PAS Kata Power Sangat! Tapi kerusi yang ada pun bagi kat orang. Kahkahkah

PAS akan bertanding 29 atau 30 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam pilihan raya umum akan datang ini. Di
peringkat Parlimen pula, PAS akan bertanding lapan kerusi, kata Pesuruhajaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

"Dalam pilihan raya 2008, kita bertanding 33 kerusi. Namun kali ini kita serahkan sebahagiannya kepada PKR dan DAP," kata beliau  ketika ditemui selepas majlis dialog dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS di sebuah hotel dekat sini.

Menurut beliau, pengundi Melayu perlu memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya ini untuk mempastikan kestabilan politik berlaku di negeri ini. "Ini kerana, ekoran kebangkitan pengundi Cina selepas 2008, kebanyakan kerusi di Johor akan jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Kali ini, kita jangka pengundi mereka akan bertambah (untuk PAS)," kata Dr Mahfodz. Jika pengundi Melayu masih terus bersama Umno, mereka akan bersama pembangkang dan kerajaan yang dibentuk nanti tidak akan stabil.-Petikan Haprakdaily

Dr mahfodz. Belakang lengang je kerusi..

Kasihan tengok PAS yang kononnya semakin kuat tetapi terpaksa membaculkan diri dengan mengurangkan kerusi yang ditandingi di peringkat DUN dari 33 kepada 29 dan parlimen dari 9 kepada 8 untuk diberi kepada DAP dan PKR. Kalau Din Puduraya sering beretorik kononnya PAS semakin diterima di Johor, mengapa harus mengurangkan kerusi yang ditandingi? 
Seharusnya perlu ditambah!! Ini jelas memperlihatkan PAS parti pak turut!!

PAS juga tak yakin untuk mendapat undi orang Melayu.
Kaum cina yakin menyokong pas , sebab kemenangan pas nanti serupa dengan kemenangan Dap. 
Sebab Dap yang akan berkuasa. pas tetap seperti jadi "Yes man: Dap yg akan berkuasa. 
Nak tau cuba pas keluar dari pakatan haram baru tau pas akan disokong atau tidak oleh kaum cina dan India

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...