Sah! Malaysia melobi untuk jadi tuan rumah Piala Dunia 2018


FIH sokong Malaysia bida Piala Dunia
KUALA LUMPUR - Hasrat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)  untuk membida penganjuran Hoki Piala Dunia 2018 mendapat sokongan Presiden  Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Leandro Negre.

Namun tegas Negre, menjadi tuan rumah bagi kejohanan besar empat tahun sekali  itu bukan sesuatu yang mudah, selain harus memenuhi segala kriteria  ditetapkan.

Menurutnya, antara kriteria yang perlu diambil kira sebagai tuan rumah Piala  Dunia ialah harus mempunyai stadium yang baik, hospitaliti buat pasukan,  penajaan, liputan televisyen serta jumlah penyokong.

"Sesiapa sahaja boleh membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia dan saya  juga menyokong hasrat mereka (MHC) menjadi tuan rumah.

"Proses untuk membida penganjuran Piala Dunia 2018 akan bermula awal tahun  depan dan keputusan akan diketahui pada November 2013.

"Negara yang memenangi bidaan tersebut diberi tempoh selama lima tahun untuk  membuat persiapan sebagai tuan rumah," katanya kepada pemberita selepas forum  Kongres Dunia FIH Ke-43 di sini, semalam.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada  1975 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur dan 2002 di Stadium Hoki Nasional Bukit  Jalil.

Pencapaian terbaik skuad kebangsaan dalam saingan Piala Dunia ialah  memperoleh tempat keempat pada 1957.
Piala Dunia yang terdekat ialah pada 2014 yang bakal berlangsung di The  Hague, Belanda. 

Sementara itu, Naib Presiden Kanan MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata,  seandainya Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 venue  pertandingan utama yang dicadangkan ialah di Kuantan, Pahang.-Utusan



A.S kata, Malaysia dibawah tadbiran UmnoBN akan sentiasa bersaing
Di peringkat dunia. Malausia sangat disegani dan amat dihormati oleh orang lain.
Sentiasa berdayasaing dalam segala aspekhasil kecekapan pemerintah.

Kalau di bawah pakatan haram, jahanam la negara ini. Minta dijauhkanlah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...