Akhbar The Star Kini Semakin Jelas Mesra Pembangkang??

Sebelum ini, tidak banyak cerita yang mendedahkan persoalan besar tentang kiblat politik akhbar The STAR. Lebih-lebih lagi bloggers berbahasa Melayu sama ada pro-kerajaan atau tidak, modus operandi dan persoalan kemungkinan curang kepada MCA dan BN tidak diperkatakan.


The Star is owned by the Malaysian Chinese Association, a political party in Malaysia that represents the Malaysian Chinese ethnicity, one of the component parties of the ruling Barisan Nasional coalition.

Walaubagaimana pun, sudah tiba masanya untuk kita warga bloggers berbahasa Melayu pro-BN untuk memikirkan dan mula serius untuk mengetahui lebih lanjut kiblat politik The Star. Malah, mendedahkan dengan lebih luas jika benar berlaku kepincangan dan kecurangan akhbar milik MCA ini terhadap parti Barisan Nasional seperti yang diperkatakan oleh sesetengah bloggers.

Begitu juga jika benar wujud penyiaran akhbar The Star yang berat sebelah dan lebih mempromosikan Pakatan Pembangkang.

Blogger Helen Ang telah menulis beberapa artikel yang mempersoalkan hala tuju akhbar MCA ini. Contohnya : baca sini dan baca sini 





The Star juga pernah ditangkap melampau mesra pembangkang di dalam twitter seperti printscreen di bawah. The Star telah retweet twitter Ong Kian Ming, ahli politik DAP yang memburuk-burukkan akhbar Utusan Malaysia seperti didedahkan oleh blogger Helen Ang.


Cubalah kita bayangkan akhbar MCA turut membantu cubaan untuk menjatuhkan akhbar UMNO! Bolehkah dibiarkan begitu sahaja? Bolehkah kepimpinan UMNO membiarkannya begitu sahaja?

Yang paling penting sekali, bolehkah kepimpinan tertinggi MCA tutup mata, zip mulut dan membiarkannya sahaja?

Selain daripada blog Helen Ang, blog The Unspinners juga telah menyentuh isu 'gunting dalam lipatan' ini. Baca Sini


Selain daripada itu, Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan juga telah menulis artikel mempersoalkan The Star :
Akhbar The Star yang menonjolkan diri sebagai juara untuk mengharmonikan semula hubungan antara kaum selepas Pilihan Raya Umum Ke13, tetapi tidak langsung menyiarkan berita mengenai Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan yang dijuarai oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. 
Jika The Star ikhlas untuk mendamaikan negara, maka berita ini akan memberikan sumbangan yang besar ke arah melemahkan masyarkat Cina yang sedang berada dalam uphoria gerakan untuk menjatuhkan kerajaan dengan keganasan dan kekerasan yang diwarisi dari PKM. 
Mereka ini sebenarnya adalah communist surrogate. Nasib baik The Star gagal dalam usaha untuk membawa balik Chin Peng ke Malaysia. Jika tidak, dia tentunya memberikan inspirasi dan semangat besar kepada orang Cina Malaysia dari dekat. 
The Star juga tidak menyiarkan berita orang Cina Malaysia di London mengadakan tunjuk perasaan untuk mencemarkan Pilihan Raya Ke 13 di Malaysia dan demikian juga pelajar-pelajar Malaysia menterbalikkan bendera Malaysia di Taiwan. 
Apa yang disiarkan hanya bila pelajar-pelajar yang kurang ajar ini mempertahankan diri mereka.

Zamkata akan menyiarkan dari semasa ke semasa betapa kelicinan The Star menjadi duri dalam daging untuk membuka mata seluruh rakyat yang prihatin terhadap keselamatan negara ini. 
Saya kira masa telah berakhir untuk The Star bermuka-muka dan bermain silap mata, pepat di luar rencong di dalam. seterusnya
Realitinya, kita bloggers berbahasa Melayu pro-BN mesti menyuarakan persoalan-persoalan besar tentang The Star, akhbar MCA. Perkara ini sangat serius dan perlukan jawapan-jawapannya.

Kita juga berharap DS Najib Razak, Pengerusi Barisan Nasional tahu perkara ini dan melakukan sesuatu kepada persoalan-persoalan besar ini.

Kita tidak boleh menafikan kepentingan media untuk mempengaruhi pemikiran rakyat

SumbeR

2 comments:

ahlee said...

kedai MESRA PETRONAS jual air mineral CINA jenama MESRA, Spritzer CINA TAIPING DAP begitu juga jenama CACTUS, , DESA dll betul ke? katanya sumber air sebelah JIRAT CINA dan REBAN AYAM? boikot kalau betul.

Anonymous said...

laaaa admin ni tido ke?THE STAR DH mmg lama jd kuda dapa secara sukerela!tp2 hari muka hannah yeo.cite pasl aktivi hannah yeo hnya THE STAR yg rajin highlightkn!KDN wajib siasat napa THE STAR ni makn kuat semanggat KEDAPAIn!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...