Belum Apa-Apa Lagi, Dah Berebut Sakan Puak Gila Kuasa Ni..


Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut menarik perhatian parti politik di negeri ini termasuk PKR, apabila kepimpinan parti di peringkat negeri menyatakan kesediaan kemuka calon bertanding.

Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU13, 5 Mei lalu.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Dengan kelebihan dua kerusi diperoleh BN berbanding pembangkang pada PRU13 lalu, Azan tidak menolak keadaan itu akan menjadikan kedudukan BN agak genting.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dun Terengganu, Mohd Zuber Embong, berhubung kekosongan kerusi itu.

BN dan PR masing-masing akan berhempas-pulas untuk menang di Dun Kuala Besut. Bagi BN, kekalahannya di Kuala Besut akan meletakkannya seri 16-16 dengan PR. Selepas PRU13, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR mempunyai 15 kerusi.

Sejarah membuktikan kerusi Kuala Besut adalah kerusi tradisi yang ditandingi oleh Pas, Alahai Pkr, kesian kat ko.. Lagi meluat le Pas kat Pkr dan lagi bertambah teganglah hububgan sesaama mereka.
Hancurlah pakatan...


1 comment:

Anonymous said...

Parti juara pil kuda nak bertanding di Kuala Besut??? Hadi Boroi sanggup beri ke???

Kah kah kah kah kah kah kah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...