Nasib Si Hairie Othman Artis Lobai Malang Penyebar Fitnah Yang Tidak dipedulikan Tuannya Lagi..


Selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR), pelakon Hairie Othman betul-betul rasa kecewa apabila dirinya tidak dipedulikan lagi apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 5 Mei lalu.

Beliau mengakui sudah sebulan tidak menerima apa-apa panggilan atau jemputan ceramah dari mana-mana pihak dalam PR. Ujarnya dengan nada kesal:

Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan.
Baru-baru ini di akhbar Warta Perdana, pelakon Hairie Othman mendakwa sebelum pilihanraya, dia rancak dipanggil oleh mereka untuk memberikan ceramah tentang PR kepada umum lantas memberinya peluang pendapatan.

Sejak menyertai PAS dia tidak lagi dipanggil berlakon dan meninggalkan lakonan yang menjadi sumber pendapatannya sebelum ini dan menumpukan kepada membantu PR memenangi pilihanraya.
Sejak menyertai PAS,Hairie meninggalkan bidang lakonan yang menjadi sumber pendapatan selama ini kerana memberi tumpuan membantu pakatan rakyat menghadapi PRU 13.

Sebagai ketua keluarga, berkata dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur bayar ansuran kereta dan sebagainya dan semua keperluan itu dapat dipenuhi apabila sering dipanggil berceramah oleh PR.

Mengaku tidak menang tangan dibawa menjelajah ke seluruh pelosok tanah air membantu ceramah PR dan pendapatannya ketika itu mampu menyara keluarga. Namun kata Hairie:

Saya pelik sebaik selesai PRU 13,Pakatan Rakyat tidak lagi hubungi saya,padahal mereka diberi mandat memerintah ,Kelantan,selangor dan Pulau pinang,”ujarnya.

Dia berkata dia tidak boleh berterusan begini sebaliknya perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup keluarganya. Katanya:-
Saya berharap kerajaan Pakatan rakyat perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekrjaan kepada saya mengedalikan apa jua program kerajaan di Selangor.

Kata Hairie lagi, kerajaan PR perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tander potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Malah menurutnya, sejak menjadi penceramah tetap PR Hairie seolah-olah disenarai hitamkan dalam bidang seni dan sejak itu tidak menerima sebarang tawaran berlakon dari mana-mana penerbit.
Beliau sanggup mengambil risiko meninggalkan bidang seni yang menjadi sumber pendapatannya selama ini kerana yakin dengan kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Sangkaan saya meleset sama sekali,BN masih diterima rakyat pada PRU13 lalu. Harapan saya cuma minta kerajaan Pakatan Rakyat berikan sesuatu job pada saya.

Hairie mula berkempen membantu jentera pilihanraya PR sebaik menyertai PAS pada 2011 dan kemuncaknya pada kempen PRU13 beliau diberi tugasan berceramah empat kali sehari.

Sebagai aktivis Pakatan ,saya di hantar berceramah dan berkempen di seluruh negara bagi membantu calon PR, tidak kira PAS ,DAP atau PKR,Saya berkempen dua tempat pada waktu siang dan dua tempat pada waktu malam,berlarutan sehingga ke pagi.
Sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon PR.

Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor,Kelantan dan Pulau Pinang,diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi.

Secara sinis Hairie berkata,siapalah dirinya,hanya aktivis PR sahaja,bukanya wakil ADUN atau wakil Ahli Parlimen.
Sebab itulah saya tidak dipedulikan.

Pada pendapat aku, Hairie patut melakukan sesuatu untuk mendapatkan sumber pendapatan tanpa perlu bergantung harap pada PR. Ni tidak, terlalu menharapkan hidup dengan pakatan dengan
 meraih simpati nak tender potong rumput dari negeri ditadbir pakatan. Kesian sangat tengok mamat ni.
pendapat anda?

12 comments:

Anonymous said...

apa yang dikejar dak dapat yang dikendong keciciran

Anonymous said...

Berlakon pun bukannya bagus mamat nih, setakat penokok tambah meramaikan pelakon aje sesuai dia nih dan bukan tak bole berceramah dan mempunyai ideologi politik yg bertentang dengan kerajaan tapi natijahnya bila bertentangan ideologi politik bila dalam ceramah2 tuh tentulah kata2 yg dihembur khasnya dalam sesuatu pilihanraya itu tak banyak sikit memburuk2kan parti lawan dan kelentong tentang parti yg disokong tuh pastilah ada..... adatlah kalau parti yg ditentang itu menang nak bagi kau apa2 jawatan etc....wajarlah mamat nih minta apa2 jawatan dinegeri2 yg dimenangi oleh pakatan:)

Now...sendiri mau ingat lah....

Anonymous said...

Tuh le pasai.... harapkan guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan...

Anonymous said...

Itu jalan yang kau pilih. Maka kau tanggunglah sendiri. Kenapa kau berharap pada projek atau job drpd pemerintah. Kau hanya barang mainan. Maka sekarang pandai-pandailah kau nak hidup seperti mana semasa ceramah kau asyik menghina dan menabur fitnah. Ini lah balasan kepada kau Hairie. Eloklah kau mula jual nasi lemak atau goreng pisang.
PNS.

Anonymous said...

kesiannnnnnnnnnnnnn........................ish....ish....ish

Anonymous said...

Aikkk...masuk PAS cuma nk cari mkn aje..kesiannn...percaturan tak menjadi, dah kena kelentong dgn PR...mungkin ramai lg artis yg senasib dgn Hairie...

Anonymous said...

fuhh.. ini mesti sudah tinggi ilmu tahap dewa yg telah diperlajari oleh budak ini dari ularmak2 pas...
ilmu memaki/fitnah.. takebeerrr

Unknown said...

Rezeki Allah yang beri yop

Anonymous said...

Jgn harap kerajaan je bg job...rajin2 la usaha sendiri... nawaitu kena betul dulu...

Anonymous said...

baguslah PRU 13 dah selesai,jika tidak Mamat ni masih maki hamun BN/UMNO.Sekarang ni buatlah drama sendiri,berlakon sendiri,pengarah sendiri dan tontonlah sendiri,kalau jemu pergilah Tanjong Rambutan sendiri.

Anonymous said...

harap tender potong rumput konon..pr ni adil dan saksama..kalau nak tender kena bersaing laa..pr ni mana ada kroni2 dpt projek..tak macam umno..semua tender org dia sapu..hahaha tuhan bayar cash kat dunia wahai hairie othman..jadi penceramah konon tp pernah kena tangkap khalwat

manjung said...

hahaha...amik kauuuu. Aku sokong kerajaan tak pernah mengharapkan apa2 balasan pun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...