Terbaik UPSI! Terkini Kisah Budak Biadap Ini!!


Tempoh penggantungan pengajian aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang mencuri perhatian ramai kerana menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diteruskan sehingga tempoh yang tidak ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


Adam sebelum ini digantung pengajiannya selama tiga semester sejak 9 Januari 2012 dan sepatutnya berakhir bulan ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Adam berkata dia terkejut menerima surat dari UPSI memaklumkan bahawa pengajiannya terus digantung sehingga tarikh yang tidak ditetapkan.

Adam sebelum ini digantung selama tiga semester kerana didakwa merosakkan reputasi UPSI dan "membahayakan ketenteraman awam dan moral orang ramai".

Dia kemudiannya cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan penggantungan itu, tetapi gagal untuk mendapatkan penghakiman yang memihak kepadanya.

Menurut Adam, surat bertarikh 6 September yang ditandatangani Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Zakaria Kasa itu menyatakan penggantungan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada perbicaraan Akta Hasutan di mahkamah.

"Surat tersebut turut menyatakan bahawa tempoh penggantungan yang berkuatkuasa serta-merta ini hanya akan tamat setelah selesai perbicaraan kes Akta Hasutan di mahkamah," kata Adam, siswa jurusan TESL dengan PNGK 3.30.

Adam bagaimanapun yakin penggantungan ini tidak sah dan bermotif politik memandangkan tindakan itu hanya boleh dibuat universiti jika dia didapati bersalah selepas prosiding pendengaran disiplin dijalankan.

"Sepucuk surat makluman tidak boleh menggantung seorang pelajar," katanya.

Menurutnya lagi, UPSI dan Putrajaya hipokrit dan cuba menghalangnya daripada menamatkan baki dua semester pengajiannya.

Buat masa ini, dia sedang mendapatkan nasihat undang-undang sebelum memutuskan langkah seterusnya.

"Jika UPSI benar-benar tidak mahu saya kembali ke kampus, mungkin saya akan mengambil inisiatif lain berkaitan pendidikan saya. 

"Beberapa peluang belajar di tempat lain termasuk luar negara pernah saya lepaskan sebelum ini kerana ingin kembali ke UPSI dan menamatkan pengajian di sana," katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Budak macam ni yang tak tahu sejarah,yang sombong bongkak kepada bangsa sendiri yang tak tahu budi bahasa yang menjulang bendera saka neraka tu tak patut dilayan. Nyahkan anasir seperti SiAdam ini dari kampus UPSI yang murni

Anonymous said...

Tindakan pihak UPSI adalah tepat.Budak Adam ni kalau jadi guru kelak entah betul apa yg beliau ajar.Entah2 mengajar "bahasa" yg salah dan memesong.

Anonymous said...

USM pulak lebih tolol dari UPSI! Siap ambik si komunis Ismeth! TuiiiH!

Anonymous said...

USM = Untuk Syiah Melayu??

Anonymous said...

Kesultanan ISLAM Melaka dijatuhkan oleh orang ISLAM didalam nya... Adakah Kerajaan Islam Malaysia juga akan begitu?

Anonymous said...

I think UPSI shd terminate him from his studies.Tell him to work with Anwar..maybe as his coffeeboy.We dont like him. He is a traitor and not loyal to his country.He can migrate to any country of his choice..or he mqy ho to hell who cares.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...