Sempoi.. Proton Perdana Terbaru Dilancarkan Secara Rasmi






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Macam mantopp jer..
Macam mengancam jer..

Beginilah rupa Proton Perdana Limousine yang telah dipertontonkan kepada umum sebentar tadi..

Walaupun menampilkan rekabentuk Honda Accord, sedikit pengubahsuaian terhadap luaran tetap menampakkan keyakinan Proton untuk menampilkan model baru bercirikan eksekutif dan mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Proton terus mengorak langkah maju ke hadapan. Tahniah!!
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan. 
Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. 
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.
 
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet. 
Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. Bagaimanapun buat masa ini kereta ini tidak dijual kepada orang ramai. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...