Wajah Asmaelz Yang Baru Sahaja direman 5 hari..

Pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata perintah reman diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12 tengah hari.  
Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun itu kini ditahan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Suspek yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi ini setelah dia ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. - Bernama

3 comments:

Awangliku said...

Jangan dah haru biru baru nak bertindak..

Anonymous said...

his, his ada ke harapan mamat sekor ni jadi bini baru mat omegay tua si Nuar lahanat tu. Macam tak menyelerakan jeeee...

Anonymous said...

Reman tu biasa lah,si mamat Khalid Ismath dan Adam Adlil pun kena reman dan berpuluh kali kena Amaran sekarang kerana tindakan kerajaan Ah Jib Gor mereka telah di iktiraf sebagai wIRA dan masih BEBAS. Kerana BN ini memang bagus bab mewujudkan wira wira untuk berjuang untuk pembangkang.

alfie

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...