LIM GUAN ENG MENERUSKAN PEMBINAAN TEROWONG BAWAH LAUT HANYA UTK AGENDA POLITIK PERIBADI!!


Hasrat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meneruskan pembinaan terowong bawah tanah dilihat sebagai bermotifkan kepentingan politik peribadi dan bukanlah semata-mata untuk kemudahan rakyat di negeri itu, demikian jelas seorang penganalisa politik, Prof Madya Dr. Hanafiah Harun.

Beliau yang merupakan pensyarah di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) berkata, Lim Guan Eng sepatutnya menjustifikasikan dengan jelas keperluan untuk membina terowong di bawah laut itu memandangkan jambatan kedua Pulau Pinang sudah pun siap untuk digunakan.

“Saya fikir, tidak ada keperluan yang mendesak untuk beliau meneruskan rancangan pembinaan terowong tersebut melainkan ianya mempunyai kepentingan politik di situ. Bagi saya, mungkin Guan Eng inginkan ‘self glorification’ dengan pembinaan terowong tersebut ketika di bawah pentadbirannya.

“Jika pembinaan tersebut diteruskan, maka saya yakin ia akan memberikan kesan terhadap ekologi laut dalam serta akan menjejaskan punca pendapatan nelayan dan mereka yang bergantung kepada laut sebagai sumber pendapatan

Kenyataan Lim Guan Eng di dalam sebuah portal berita yang menganggap bantahan pembinaan terowong tersebut akan merosakkan sistem ekologi laut dan merupakan satu pembaziran sebagai bantahan rapuh, memperlihatkan sikap rakus beliau yang tidak mempedulikan pandangan rakyat.

“Mungkin Lim Guan Eng tidak pernah memikirkan tentang titik bengit masalah masyarakat khususnya golongan yang menjadikan laut sebagai sumber pendapat mereka di negeri tersebut. Sebab itu, beliau menganggap pandangan rakyat berhubung perkara itu sebagai bantahan rapuh yang tidak perlu dipedulikan,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, sebagai Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya mengambil kira daripada semua aspek sebelum meneruskan pembinaan terowong tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

pembetulan. UiTM adalah Universiti Teknologi MARA bukan Universiti Institut Teknologi MARA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...