Terkini dari PWTC,butiran penuh sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat #MH370, 24 Mac 2014

Terkini dari PWTC, sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat #MH370,
24 Mac 2014, 5:30 petang
oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, MAS dan DCA.


• DS Hishammuddin: Operasi pencarian # MH370 masih berterusan. Sejak beberapa hari lepas, petunjuk baru daripada data satelit telah memberi tumpuan operasi SAR di koridor selatan.
• DS Hishammuddin: Rakan-rakan negara luar terus menggunakan pelbagai aset untuk membantu kami di kawasan tumpuan carian SAR.
• DS Hishammuddin: Beberapa kapal Cina dijangka tiba pada 25 Mac.
• DS Hishammuddin: 6 kapal Malaysia berada di bahagian utara koridor Selatan.
• DS Hishammuddin: Setiap maklumat yang diterima daripada rakan-rakan di koridor Utara membantu memperluaskan kawasan carian pesawat MH370 di setiap koridor.
• DS Hishammuddin: Imej-imej satelit yang paling baru diterima daripada pihak berkuasa Perancis telah disampaikan kepada Australia pada pagi 23 Mac 2014.
• DS Hishammuddin: Gambar yang dirakam oleh Perancis melalui kamera telah disampaikan kepada pihak berkuasa Australia pagi ini.
• DS Hishammuddin: Keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 sentiasa menjadi keutamaan bagi kami untuk memberikan maklumat terbaru mengenai operasi SAR.
• DS Hishammuddin: Tumpuan pencarian kita tetap menjurus kepada kedua-dua koridor.
• DS Hishammuddin: Sentimen anti Malaysia tidak wujud dan kaum keluarga serta pelbagai pihak amat menghargai dan memberikan sokongan kepada operasi SAR.
• DS Hishammuddin: Lebih daripada 100 orang, termasuk keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat MH370, telah di soal siasat oleh pihak polis.
• DS Hishammuddin: DS Hishammuddin: 10 kapal Cina di koridor selatan sedang menjalankan operasi SAR.
• DS Hishammuddin: Petunjuk baru mengenai lokasi MH370 telah diterima daripada data satelit.
• DS Hishammuddin: 3 pesawat - 2 dari Jepun, 1 dari UAE telah bertolak dari Subang hari ini dan mereka sedang dalam perjalanan ke koridor selatan.
• Dato’ Azharuddin: Tiada isyarat kecemasan yang diambil dari mana-mana pesawat udara atau kapal setakat ini.
• Dato’ Hishammuddin: Keluarga penumpang dan anak kapal bertanya banyak soalan serta membuat permintaan yang terperinci bagi bacaan radar dan data lain.
• Dato’ Hishammuddin: Semalam, pasukan peringkat tinggi telah bertemu dengan keluarga di Beijing selama 8 jam.
• Ahmad Jauhari Yahya: Ini adalah penerbangan ke-6 untuk pembantu juruterbang di kapal Boeing 777.
• DS Hishammuddin: Ketua Polis Negara akan menghadiri sidang akhbar esok untuk menjawab soalan mengenai siasatan yang sedang dijalankan.
• DS Hishammuddin: Pada masa ini terdapat pelbagai petunjuk baru, tetapi masib belum ada lagi bukti yang muktamad.
• Ahmad Jauhari Yahya: Muatan yang dibawa oleh pesawat MH370 termasuklah buah-buahan, bateri litium 200kg, radio yang dihasilkan untuk China dan lain-lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...