Lukisan sayu anak Abby Abadi Yang Menggambarkan Kehancuran Perkahwinan Mamanya..


PETALING JAYA - Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, kembali rujuk terpaska dilupakan kerana perkara itu tidak mungkin berlaku.

 Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaharu Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajabian kepadanya. “Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,” ujarnya dalam kapsyen status berkenaan.

 Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dahulu dan terkini.

 Sebelum ini Abby turut memuat naik rakamkan video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah. Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dahulu dan terkini. Sebelum ini Abby turut memuat naik rakamkan video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah.

 Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tiritnya. Sebaliknnya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harpan lagi terhadap rumah tangga mereka.

 Abby juga turut mengulas luksian yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang brbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu. Malah Abby turut menjelaskan, pekahwinannya dengan Farhan bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua. “Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun,” ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu.

 Terdahulu Muhammad Noor Farhan dilaporkan telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuklah salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah. Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun depan bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

 Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Muhammad Noor Farhan dan kedua bagi Abby. Sebelum ini Abby pernah bernikah denagn pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim,9, dan Maria Danisha Hakim yang berusia enam tahun, lapor mStar.

2 comments:

Anonymous said...

sorry aaa tp aku sangsi anak dia yang lukis gambar tu.....rasanya cam orang lain...pendapat aku la...jahat kan?? hahahahah

Anonymous said...

kecik-kecik umur baru 9 tahun dah tau pasal love-love ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...