Mohon macai jangan meroyan. DS Rosmah Dipuji Pereka Fesyen Tersohor Dunia..


PEREKA fesyen tersohor Itali, Roberto Cavali baru-baru ini telah menghadirkan diri ke pertunjukan fesyen Eleganza bersempena Sidang Kemuncak Wanita Global 2014 yang berlangsung di Paris. Pertunjukan fesyen tersebut telah dianjurkan oleh Matrade, Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia bagi mempromosikan keunikan dan kepelbagaian kualiti tekstil tempatan di persada antarabangsa.

 Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi hos pertunjukan yang dihadiri 300 tetamu jemputan dari industri fesyen Paris di Le Pre Catelan di sana dan beliau berharap agar usaha menonjolkan fabrik Malaysia dapat diterima baik dan dihargai terutama oleh rumah-rumah fesyen Perancis.

 Apa yang menarik perhatian ,Roberto sempat merakamkan foto bersama Rosmah dan turut memuat naik gambar mereka bersama beberapa tetamu yang lain di laman sosial Instagramnya.

 “Wanita menarik ini adalah wanita terpenting di Malaysia, beliau menggemari koleksi fesyen saya dan telah menjemput saya ke Paris untuk memberi sebut harga kepada pereka fesyen Malaysia di majlis yang fantastik ini!,”ujar Roberto dalam laman sosial tersebut. Ternyata dirinya sangat menghargai peluang dan jemputan yang telah diberikan kepadanya oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

 Selain itu, batik, tenunan Diraja Pahang dan songket moden turut ditonjolkan pada pertunjukan fesyen ini yang dipamerkan oleh empat pereka terkemuka Malaysia iaitu Radzuan Radziwill, Syaiful Baharim, Khoon Hoi dan Tom Abang Saufi.

 Antara tetamu terhormat yang hadir adalah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Duta Malaysia ke Perancis, Tan Sri Ismail Omar.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau boleh jgn tunjuk link Facebook tu kalau tidak nanti dlm masa Beberapa minit link pereka fesen tu akan dimaki hamun oleh RBA... Ini pasti memalukan negara...

Anonymous said...

Berapa Rosmah bayar untuk dia keluar kenyataan ini?

Anonymous said...

allergic pada rosmah mansor....so jahiliyah...lansung tidak mengekalkan ciri wanita melayu dan kesantunan sebagai muslimah....pratice wat u preach rosmah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...