Statistik Terbaru Kes Rogol Di Kelantan Cukup Menakutkan!!


91 kes rogol di Kelantan untuk lima bulan pertama 2014.

KOTA BHARU: Polis Kelantan berkata 91 kes jenayah rogol dilaporkan di negeri ini dalam tempoh lima bulan pertama 2014, 88 daripadanya berjaya diselesaikan. Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ia menjurus kepada penahanan 90 individu.

 Menurutnya, 92 kes rogol dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu. Insiden terbaharu yang mendapat perhatian ramai adalah kes dua remaja berusia 15 tahun dan 17 tahun yang dilaporkan dirogol sekumpulan lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian di Ketereh, 20 Mei lalu.

 Dalam pada itu, Jalaluddin menarik perhatian pihaknya menyelesaikan 214 daripada 225 kes rogol sepanjang 2013 yang menyaksikan 161 individu ditahan.-AstroAwani

A.S kata, inikah balasan Allah kepada mereka yang suka memperdagangkan hukum Islam demi survival politik mereka? Malu weh ngeri yang digelar Serambi Mekah mencatatkan angka kes rogol yang agak tinggi sebegini. Memang wajarlah hukum hudud Islam dilaksanakan di Kelantan kerana keadaan dilihat cukup mendesak di sana apatah lagi 95% rakyat Kelantan beragama Islam.

1 comment:

Anonymous said...


tak heran culture dia orang sama macham dekat thailand,kan dekat sempadan,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...