Mengecewakan! China keluar larangan berpuasa!!


Beijing: China melarang kakitangan kerajaan, pelajar dan guru di wilayah majoriti Islam Xinjiang daripada berpuasa pada Ramadan ini.

Parti pemerintah Komunis China - yang secara rasmi ateis - sudah beberapa tahun menghalang penduduk wilayah itu yang kebanyakannya berbangsa Uighur.

Beberapa jabatan kerajaan menaikkan notis di laman sesawang masing-masing sejak beberapa hari lalu memaklumkan larangan berkenaan.

Biro Hal Ehwal Perdagangan di Turfan berkata di laman sesawangnya Isnin lalu bahawa “kakitangan kerajaan dan pelajar tidak boleh berpuasa atau mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan lain.”

Radio Bozhou dan sebuah rangkaian televisyen universiti pula berkata larangan itu perlu dipatuhi anggota parti, guru dan golongan muda.

“Kami ingin mengingatkan semua orang bahawa mereka tidak dibenarkan berpuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebuah jabatan kaji cuaca di barat Xinjiang pula berkata di laman sesawangnya: “Sejajar dengan arahan pihak atasan, semua kakitangan sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara diingatkan supaya tidak berpuasa pada Ramadan ini.”


Sementara itu, pejabat kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Sungai Tarim pula memuat naik gambar pekerjanya yang memakai topi tradisional Uighur sedang makan.

“Walaupun gambar ini diambil pada bulan Ramadan, mereka yang digambarkan ini bersikap positif dan tidak berpuasa,” katanya.

China sebelum ini mendakwa larangan terhadap puasa adalah untuk memastikan kesihatan kakitangan kerajaan terjamin.

Sementara itu, jurucakap kumpulan dalam buangan Kongres Uighur Sedunia Dilxat Raxit berkata, dia dimaklumkan pihak berkuasa menggalakkan orang Uighur makan dengan memberi makanan percuma selain membuat pemeriksaan di rumah untuk memastikan penghuninya tidak berpuasa.

“Tindakan China yang mengekang amalan dan kepercayaan Uighur hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik.

“Kami menggesa kerajaan China memberi lebih kebebasan beragama untuk orang Uighur dan berhenti menyekat mereka daripada menyambut Ramadan,” katanya.- AFP

5 comments:

Anonymous said...

Ulama PAS ulama kampung.

Anonymous said...

Umat Islam yang lain mesti salur bantahan dan bantu saudara seagama supaya dapat menjalankan kewajipan Islam. Inikan kewajipan? Ini juga perjuangan membela Islam yang terpikul atas setiap muslim. Walau bagaimanapun caranya mestilah berasaskan kebijaksanaan dan sesuai dengan perkembangan dunia semasa.

Anonymous said...

so...masih ada hati nak kata "orang lain" akan jaga hak umat islam? fikir sejuta kali dulu okay..

Anonymous said...

so...masih ada hati nak kata "orang lain" akan jaga hak umat islam? fikir sejuta kali dulu okay..

Anonymous said...

Betul ke berita ni admin ... mana dapat sumber ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...