SEORANG DAH MULA KELUAR PKR, HILANG KEPERCAYAAN PADA PARTI PECAT ABDUL KHALID SECARA TIDAK ADIL


SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil kerana pihaknya telah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu yang berbangkit dari kedudukan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuang oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Surat keluar parti dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kira-kira pukul 4 petang ini.

Faekah sebelum ini yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar lantang dalam mempertahankan setiap polisi yang dibawa oleh pentadbiran Abdul Khalid.

2 comments:

Anonymous said...

Syabas dan tahniah..Faekah...sekurang kurangnya anda berprinsip...

Anonymous said...

terima kasih Faekah...diri mu akan di hormati sebab pendirian mu yang berpegang pada kebenaran dan bukan saja untuk ikut telunjuk anwar yang tidak ada prinsip dalam hidup..ugama ,Negara dan bangsa dia jual demi politik dia, semoga mendapat petunjuk allah sepanjang masa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...