Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

7 Terkorban Di Manjung: Gambar-Gambar Sadis & Tragis

KEMALANGAN BERLAKU DI BATU 6 LALUAN LEKIR SITIAWAN MEMBABITKAN SEBUAH MPV HONDA STREAM, TRELER (muatan penuh tong gas memasak LPG) DAN SEBUAH HONDA CIVIC.

HONDA STREAM TERSEBUT ( PLAT WJP 3633) DINAIKI OLEH 8 ORANG REMAJA LELAKI DAN TUJUH DARIPADANYA MAUT, MANAKALA SEORANG HANYA MENGALAMI CEDERA RINGAN.










AL-FATIHAH KEPADA SEMUA MANGSA - SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH-ROH MANGSA DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ROH ORANG2 YG SOLEH DAN BERIMAN.

TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA MANGSA ~ SEMOGA TABAH DAN REDHA DGN TAKDIR YANG MENIMPA ~ BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG PIKUL BEBANAN.


Lagi gambar-gambar, berita penuh, kronologi & video di SINI

PM Ziarah Allahyarham HAMID OTHMAN (Pics)


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman, di kediamannya Taman Tenaga, Puchong di sini malam tadi. Allahyarham,72, meninggal dunia dipercayai akibat serangan angin ahmar.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada isteri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman, Puan Sri Jamilah Mohd Said di kediamannya Taman Tenaga, Puchong di sini malam tadi.


Kredit : Bernama

ADUN Meninggal Dunia

Ahli Dewan Un­­dangan Negeri (Adun) DAP, bagi Bukit Gasing Edward Lee Poh Lin meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya pada kira-kira pukul 4 pagi semalam.
Naib presiden DAP Selangor, Charles Santiago berkata, mendiang meninggalkan seorang isteri, Christina Lee dan tiga anak lelaki.

Lee, 64, penolong eksekutif Exco Pelan­congan, Hal Ehwal dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong, lebih dikenali sebagai aktivis sosial sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2008.

Adun DAP buat penggal pertama itu, menerima undi 15,735 pada pilihan raya umum lepas mengalahkan, Datuk Dr Lim Thuang Seng daripada Gerakan dengan majoriti 8,812 undi. -Sinar
A.S:R.I.P untuk jenazah mendiang..
Nasib baik dah tak perlu untuk mengadakan Pilihanraya kecil,
kalau tak pening pulak!

Seorang Lagi Pelajar Malaysia Di Indon Meninggal Dunia


Selepas kira-kira sebulan, seorang lagi pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Malang, Indonesia meninggal dunia malam tadi.

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat menerusi laman Facebooknya bagaimanapun berkata, punca kematian pelajar tersebut masih belum dipastikan tetapi dipercayai akibat masalah kesihatan.

Ini merupakan kematian kedua pelajar Malaysia di kota di Jawa Timur itu selepas awal bulan lalu seorang pelajar perubatan di Universiti Brawijaya, Adrian Jay Pereira maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya.
- Utusan

TAKZIAH A.S UCAPKAN KEPADA KELUARGA SI MATI..

Al-Fatihah: Perginya Seorang Pejuang

KANGAR 22 Nov. - Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis, Datuk Ishak Arshad, 58, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah awal hari ini kerana menghidap penyakit barah tulang.

Menurut abang iparnya, Abu Bakar Senapi, 71, Allahyarham meninggal dunia kira-kira empat pagi selepas dirawat di hospital itu sejak seminggu lalu, dan jenazahnya dibawa pulang ke rumah beliau di Chuping, dekat sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bawah Bukit pada 11 pagi.

Ishak, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, meninggalkan seorang balu, Norhaida Sulaiman, 56, dan lima anak berusia antara 16 dan 33 tahun.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Yazid Mat, bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dan anggota Exco kerajaan negeri.

Allahyarham, yang pernah berkhidmat sebagai seorang pendidik, adalah Anggota Parlimen Kangar dari tahun 1990 hingga 1995, dan mulai 26 April 1995 hingga 6 April 2004, beliau menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Mata Ayer selama dua penggal, dan dalam tempoh itu, beliau dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri dengan menerajui portfolio agama.

Mulai 2008, Allahyarham dilantik sebagai Pengarah Yayasan Islam Negeri Perlis (YIPs) dan baru-baru ini, beliau dilaporkan menghantar surat permohonan untuk meletak jawatan mulai Januari 2012 kerana faktor kesihatan. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...