Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Santai A.S; Bagaimana Jika Di Malaysia Bina Sekolah Macam Ni! (Pics)


Bila tiada budget

Selamat datang ke Sekolah Tipu Sultan Merkez di daerah Punjab Pakistan. Sekolah ini dibina dengan menggunakan buluh, lumpur dan cob. Cob ialah sebuah bahan campuran air, rumput dan tanah liat. Sekolah ini dibina dengan menggunakan bahan tradisi kerana ianya lebih murah berbanding bahan binaan moden. Sungguhpun begitu bahan binaan tardisi ini lebih sejuk dari bangunan batu bata biasa. Hasilnya student lebih enjoice






blogserius

Cuba kita insafi dan syukuri dengan pelbagai kemudahan pembelajaran yang ada di Malaysi berbanding dengan Pakistan seperti gambar di atas?

Apa lagi yang dimahukan?
Jangan kufur ni'mat!

2-3 Kerat Yang Biadap Di Perth Ini Patut Dibuang Negara! (Gambar-Gambar)

Korang lihat sendiri gambar ni. AS kira tak lebih dari 20 orang saja yang buat perkara yang memalukan negara ini. Sekor-sekor macam kera kena belacan. Jenis manusia tak tahu dek untung memang susah nak bawak bicara!

Sepetutnya kehadiran DS Najib ke persidangan CHOGM di Perth ini diraikan oleh rakyat Malaysia di sana.
Namun AS yakin, beribu lagi orang warga Malaysia di Perth masih menyanjungi pentadbiran DS Najib sebagai PM Malaysia.

Mungkin kumpulan kecil ini jenis dasar tak sedar diri lupa daratan terhadap apa yang Malaysia telah berikan kepada mereka.
Jika ada dikalangan mereka ini pelajar Malaysia yang menuntut di sana, ambil saja tindakan yang sepatutnya diatas tindakan biadap yang memberi imej negatif serta memalukan negara.

Lucut kewarganegaraan pun Malaysia tak rugi daripada ada rakyat seperti ini.








Terkini! Lagi Aksi Biadap Mat Indon Bakar Bendera Malaysia (Gambar-Gambar)


A.S: Dasar brengset tak sedar diuntung, rakyat dia mai berduyun-duyun ke Malaysia secara haram/halal semua ada mencari rezki, lagi tak sedar diri. Kerajaan Malaysia harus ambil perhatian terhadap masalah isu sempadan di kalimantan yang menjadi pertikaian ini. Ingat Malaysia kebuloq sangat tanah dia!

A.S seru orang Malaysia lepas ni pakat-pakat jangan duk jejak dah tanah Indon, pi makan angin Medan, Bandung dll semuanya haruslah dielakkan. Biar kita ajaq skit bangsa kurang ajaq ni.
Haishh.. mendidih darah A.S tengok orang main-main bakar bendera Malaysia ni!

Malaysia Caplok Camar Bulan

Foto-foto Aksi Mahasiswa Membakar Bendera Malaysia

Tribunnews.com - Selasa, 11 Oktober 2011 20:25 WIB

Berita Terkait: Malaysia Caplok Camar Bulan

Pemerintah Menyerah kepada Malaysia
Pemerintah Harus Perhatikan Masyarakat Perbatasan
Indonesia Tak Pernah Perhatikan Wilayah Perbatasan
Ketua MPR: Pakai GPS Tentukan Batas Wilayah Camar…
Pekan Depan Komisi I Sidak ke Camar Bulan
Warga Entikong: Hati Kami Tetap NKRI

Laporan Wartawan Tribun Pontianak, Galih Nofrio Nanda

TRIBUNNEWS.COM, PONTIANAK - Koalisi Mahasiswa dari Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Universitas Tanjungpura (Untan), BEM STAIN, dan Komite Mahasiswa Kabupaten Sambas, menggelar demonstrasi di Bundaran Tugu Degulis, Pontianak, Kalbar, Selasa (11/10/2011).

Dalam aksi itu mereka mengecam tindakan negara tetangga, Malaysia yang dituding mencaplok wilayah Republik Indonesia. Tak hanya mengecam negeri tetangga, mahasiwa menuding Pemerintah RI gagal menjaga wilayah perbatasan.

Protes mahasiswa juga diwujudkan dengan aksi membakar replika bendera kebangsaan Malaysia. Mereka membawa dua replika yang kemudian dibakar di lokasi aksi.


Editor: Yudie Thirzano | Sumber: Tribun Pontianak

KLIA Nombor 4 best In The World!! Pakatan Haram Tak Guna Sesenpun!

AS ucapkan tahniah kepada Tun M yang mempunyai idea menarik dan berfikiran jauh ke hadapan didalam merealisasikan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Begitu juga kredit kepada pihak pengurusan KLIA yang berkhidmat dengan cukup cemerlang menaikkan imej negara melalui pengurusan lapangan terbang yang cukup baik sekali.
Pihak pembangkang pernah menentang keras pembinaan KLIA ini suatu masa dahulu kerana mereka berpendapat Airport Subang sudah cukup baik.

Begitulah juga dengan pembinaan Putrajaya, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek mega yang dikritik keras oleh puak pembangkang sekarang semua mereka terpaksa menjilat ludah sendiri apabila semuanya mengecapi kejayaan dan kegunaan penting yang tersendiri.
Puak pakatan memang tak guna seduitpun, hanya tau menyalak kritik kerajaan, walhal mereka tak buat satu apapun untuk menaikkan nama negara!


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpilih di tempat keempat dalam kategori 10 Teratas Lapangan Terbang Seluruh Dunia Terbaik SmartTravelAsia.com 2011 dalam undian pengembaraan, naik setakuk daripada tahun lepas.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata syarikat memberikan penekanan utama kepada meningkatkan secara berterusan kepuasan penumpang di lapangan terbangnya, khususnya KLIA, menerusi peningkatan perkhidmatan dan kemudahan.

"Apa yang membuatkannya lebih bermakna ialah responden dari Asia menguasai lebih 50 peratus daripada jumlah responden, yang sekali gus menunjukkan kehadiran kukuh KLIA dalam sektor ini dan seterusnya memberi cabaran kepada lapangan terbang popular yang lain di Asia," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Smart Travel Asia, satu-satunya majalah pengembaraan di rantau ini dan mempunyai lebih satu juta pembaca seluruh dunia. - BERNAMA

Ranking-ranking lain seperti syarikat penerbangan dan hotel yang melibatkan Malaysia juga boleh dilihat di http://smarttravelasia.com/travelpoll.htm

Malaysia vs Somalia

AS doakan agar pemergian Kelab Putera 1 Malaysia yang diterajui oleh Datuk Azeez Rahim ke Somalia sentiasa didalam keadaan yang dirahmati Allah.
Semoga perjalanan mereka di sana sentiasa selamat.
Bersyukurlah dengan apa yang ada di Malaysia jika dibandingkan di Somalia.


Biadap Lagi! Persenda Lagu Negaraku di YouTube


Persenda Lagu Negaraku di YouTube

Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan segelintir individu memuat naik video yang didakwa sengaja mempersendakan lagu Negaraku di YouTube.

Tinjauan di laman web berkenaan mendapati ia masih boleh diakses orang ramai dan tidak dialihkan meskipun telah dimuat naik lebih tiga tahun lalu selain telah ditonton lebih 100,000 kali.

Selain video yang memaparkan lagu Negaraku dalam rentak muzik rock, ada juga video yang memaparkan gelagat dua warga asing menyanyikan semula lagu tersebut sambil ketawa sekali gus menyinggung perasaan rakyat negara ini.

Seorang pekerja swasta, Nuratiqah Samad, 25, berkata, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit memuat naik video-video berkenaan di YouTube serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patriotik.

“Baru-baru ini, saya cuba mencari lagu Negaraku di YouTube sempena Hari Kemerdekaan dan terkejut apabila menemui video-video sedemikian.

“Saya kecewa kerana ia boleh diakses dan dilihat di seluruh dunia,”.

Bagi jurugambar bebas, Shahrul Hassan, 40, dia marah dengan sikap ‘kreatif tidak bertempat’ segelintir individu yang mengubah irama lagu Negaraku dan kemudian dimuat naik di laman web tersebut.-KOSMO

Kepalahotak! Nak Bebas Agama Macamana Lagi?

Kajian barat ni semua tak boleh pakai! AS yakin, kajian yang dilakukan sudah pasti bersumberkan dari golongan macam si Ambiga dan SUARAM! Kalau tidak, takkanlah keluar laporan yang agak negatif sebegini!

AS juga fikir, kajian yang dibuat barat memang hanya nak untungkan agama mereka saja!
Bagi depa tak bebas la katanya sampai berlambak rumah-rumah ibadat non-muslim dan bebas buat apa sahaja perarakan di jalanraya atau mana-mana sahaja semasa perayaan mereka di negara yang majoritinya adalah orang muslim!

Kita kena tau! Malaysia ada raya krismas, raya cina, depavali, taipusam, raya puasa, raya haji dll raya yg di sambut oleh pelbagai agama, dan raya-raya nih di sambut dengan aman damai. Nak bina tokong, kuil, gereja, wat siam sebesar alam seperti di Klate tadak sapa pun nak larang selagi mengikut peraturan, nak bebas macamana lagi?

cuma yg tak bebasnya tak boleh sebar agama kpd umat Islam di Malaysia..tu yg diorg kata tak bebas. Takkan sampai tu pun nak dibebaskan macam kes 'buka puasa' di gereja tempohari!


Lastly, Mkini celaka ni bab-bab cerita propaganda ni memang cukup depa suka lah! Mkini nak tunjukkan dan hasut kepada readers mereka yang majority non muslim supaya bencikan kerajaan melalui berita ini. Takkan tak kenai Mkini kot?
Kajian: Malaysia antara negara sekat kebebasan agama

Untuk pertama kalinya, Malaysia disenaraikan sebagai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang mengenakan sekatan ke atas kebebasan agama yang berbeza.

Menurut kajian Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada di kumpulan yang sama dengan negara-negara seperti Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.

Berdasarkan kajian selama tiga tahun di 198 buah negara dari tahun 2006, Pusat Penyelidikan Pew juga mendapati bahawa Malaysia adalah negara kelima yang merakamkan peningkatan ketara yang mendadak dalam mengenakan sekatan kebebasan beragama.

Menurut pusat itu, sekatan di seluruh dunia terhadap kepercayaan dan amalan agama telah meningkat pada pertengahan tahun 2006 dan 2009 di 23 buah negara, termasuk di Malaysia dan Mesir.

Kaji selidik itu dijalankan oleh felo kanannya Brian Grim dan para penyelidiknya yang meninjau data-data dan maklumat termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Kesatuan Eropah, dan beberapa kumpulan hak asasi.-Mkini

Isu Din Binjai dan iklan 8TV di Paper Indonesia


2 isu terang menampakkan bahawa ada yang tak kena telah berlaku. Pertama, ternyata Din Binjai memang bersalah, kerana mahu salahkan migrant care pula kononnya tak membantu mereka.
Yang kedua isu layanan masyarakat 8TV berkaitan ramadhan itu diakhirnya jika kita lihat tahun tragedi rusuhan kaum di Malaysia telah mencatatkan pada tahun 1996 walhal yang sebenarnya 1969.

Gempar!! Budak Pakatan Berbogel Diselimuti Jalur Gemilang?



Sori ye, kali ni bukan pompuan macam kes terdahulu,hehe. Kurang pahala posa hangpa nanti! Pic diatas semuanya 3 ekor 'botoi' yang biadap!

AS sendiri tak pasti mereka ni dari mana. Belek-belek muka macam Indon pun ada. Setelah digoogle, Ashiteru ni tajuk lagu dari band Indon. Tapi tak mustahil kerja-kerja bangang seperti ini dilakukan oleh budak-budak pakatan.

Contohnya masa rusuhan di Batu Buruk, Kuala Terengganu suatu masa dahulu, dikaloangan balaci pakatanlah yang bertindak biadap dengan membakar jalur gemilang hanya kerana marahkan polis.

Perbuatan 3 stooges ni memang melampau dan biadap! Dikala kita rakyat Malaysia bersemangat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-54, ada pihak yang berani berkelakuan sebegini untuk merendahkan maruah jalur gemilang yang menjadi kebanggaaan kita semua!

Pihak SKMM kalau baca, jika boleh tolong siasat dan cekup mereka atas dakwaan menghina negara Malaysia!

Tiada Lagi Engku Ibrahim, Kita Bersama Syed Danial Pula..

Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Yg Baru

Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Jan lalu.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara hari ini setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Sabtu Awab berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

“Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lepas,” katanya kepada Bernama pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sabtu berkata Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. — Bernama

Mulai pengumuman tarikh hari raya Aidilfitri tahun ini, kita pasti merindui insan yang gambarnya dibawah. Sudah 22 tahun bersama kita.

Gempar: Kematian Tragis Akibat Facebook Di Malaysia..

Inilah penangan facebook! Seorang mati dan dua orang bakal bakal dihukum mati jika didapati bersalah membunuh dengan niat di Kulim, Kedah.

Bagi AS, Mark Zuckerberg dah reka FB ni secara percuma untuk diguna ke arah kebaikan.
Sudah banyak kita dengar kesan dan hal-hal negatif akibat dari penggunaan laman sosial facebook ini.
Kita sedia maklum, yang mana FB kadangkala digunakan secara tak terkawal dengan menjadikan FB sebagai ruang mengutuk, menghina dan menghasut yang mampu membawa hingga ke tahap ketidakstabilan keharmonian antara kaum serta kedaulatan Negara/Pemerintah Negara dengan sewenang-wenangnya dipersenda.

Dalam hal ni, kedua-dua pihak kita boleh salahkan. Yang si mati pun mengutuk secara umum terhadap keluarga wanita terbabit dan yang si pembunuh tu pun tak tahan sabar/terlalu mengikut amarah untuk 'mengajar' lelaki terbabit.

Malangnya kemarahan mereka tak dapat dibendung lagi sehingga akibatkan kematian.


Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.
Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.

Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.-metro

Pasangan Lesbian Pertama Di Malaysia Yang Berkahwin!

Apple dan Thomas ketika upacara minum teh China

Pasangan lesbian di Batu Pahat, Malaysia, yang telah menjalin perhubungan selama dua tahun akhirnya bernikah. Walaupun berita ini telah tersebar di seluruh Malaysia, namun keduanya menolak apabila diminta untuk memberi keterangan lebih lanjut.

Dipetik dari The Star, Isnin, 1 Ogos 2011, pasangan yang dikenali sebagai Thomas dan Apple ini mengadakan upacara minum teh khas China di kediaman mereka sekitar pukul 10 pagi pada Ahad, 31 Julai 2011. Thomas yang berusia 29 tahun ini melamar pasangannya yang dua tahun lebih muda darinya, Apple, dua bulan sebelum ini.

Pasangan berbahagia ini membangunkan sebuah laman Facebook khusus untuk menunjukkan kesungguhan cinta mereka. Dalam laman tersebut, terdapat sebuah album berjudul 'The Happiest Lesbian' yang berisi foto-foto pra-perkahwinan mereka. Thomas dan Apple juga menampilkan foto-foto dari resepsi pernikahan mereka sendiri di dalam laman tersebut.

Banyak pesanan yang diposting oleh teman-teman kedua mempelai dalam laman yang disukai lebih dari 656 pengguna Facebook itu. Seorang rakan bernama Wong Shally memberi ucapan selamat dan berharap dapat memiliki cinta seperti yang dimiliki Thomas-Apple. Rakan yang lain, Winny Chin, menggelar pasangan ini sebagai contoh bagi pasangan lain.

Tidak disebutkan dimana dan bagaimana keduanya melangsungkan pernikahan. Malaysia, negara majoriti Muslim, melarang dan menyatakan pernikahan sesama jenis sebagai tindakan salah disisi undang-undang. Pernikahan seperti ini tidak akan berdaftar dan tidak sah bagi pemerintah Malaysia.

'Jangan Cari Raja Bila Panas Terlalu Terik'

Raja Dr Nazrin Shah secara sinis mengingatkan bahawa raja-raja Melayu jangan hanya dicari apabila sesuatu pihak berada dalam keadaan terdesak atau tiada pilihan lain.

"Raja jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun.

“Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan,” tegas Raja Muda Perak itu ketika menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Wacana Ilmu bertajuk ‘Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara’ di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini pada Isnin.

Baginda bertitah, institusi raja wajib memberi naungan yang saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum seperti yang tersurat dalam salah satu daripada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu.

Raja Nazrin menegaskan bahawa raja bukan monumen hiasan yang kaku tanpa nyawa atau sekadar hadir memenuhi acara dan istiadat sebaliknya apa yang berlaku akan diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi.

“Dalam setiap perbalahan, tidak mungkin satu pihak yang betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua; tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, adat, moral dan agama.

“Jika suhu politik semakin panas, dikhuatirkan impian untuk membina perpaduan mungkin menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan,” titah baginda.

Raja Nazrin turut mengingatkan rakyat dan pemimpin di negara ini bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang.

"Perlu ada penerimaan kepada realiti, perlu ada fahaman bahawa tuntutan untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. Perlu ada kematangan dalam menyampaikan teguran, perlu ada etika ketika menyuarakan kritikan.

"Teguran dan kritikan untuk penambahbaikan positif nadanya akan berikan kesan yang positif; tetapi teguran dan kritikan dengan tujuan mendatangkan keaiban peribadi dan merendahkan lawan politik, akan memberikan hasil yang negatif,” titah baginda.

Menurut Raja Nazrin, perpaduan memerlukan kesediaan untuk melakukan pengorbanan dan semua pihak perlu menerima hakikat menang atau kalah dalam konsep demokrasi adalah lumrah.

Dalam pada, titah baginda, institusi diraja perlu terus berkecuali yang berupaya menurunkan suhu politik negara yang semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Titah baginda, untuk itu raja perlu kekal dalam disiplin yang berada di atas segala polemik politik.

"Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup scara rukun damai. "Raja perlu menggunakan kebijaksanaan akal bicara, memilih sebaik ketika dalam ruang kuasa yang diperuntukkan untuk menenangkan situasi.

"Namun raja tidak ada 'lampu ajaib' yang mengupayakan raja memupuk perpaduan sekelip mata,” titah baginda

AS: APA YANG PENTING DISINI, PELIHARALAH KEHARMONIAN DIANTARA KAUM YANG TERPELIHARA SELAMA INI DI MALAYSIA.

WAJIB KITA PERTAHANKAN ISTITUSI BERAJA YANG MENJADI PAYUNG NEGARA DARI DIGANGGU-GUGAT OLEH PIHAK YANG BERCITA-CITA MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA REPUBLIK.

Malaysian Masih Mentality Dunia Ketiga!

Walaupun idea Wawasan 2020 Tun Mahathir yang mahu supaya Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020, tapi masih ada pemikiran warganegara kita yang masih ditahap yang sungguh mendukacitakan!

Cuba bandingkan petikan antara 2 artikel di bawah ini....

Curi kabel, RapidKL rugi RM10 juta
24/07/2011 12:31pm

KUALA LUMPUR - Pengendali perkhidmatan dua aliran transit aliran ringan (LRT) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) kerugian kira-kira RM10 juta akibat kecurian kabel pada sistem semboyannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengurus Besar Bahagian Operasi Rel RaipdKL, Bukhari Mohamed berkata, setakat ini terdapat 20 kes dilaporkan membabitkan kehilangan kabel pada sistem itu di semua aliran LRT terutamanya di kawasan Ampang dan Sri Petaling.

"Tahun lepas RapidKL mengalami kerugian RM15 juta akibat kehilangan kabel sistem itu yang menjejaskan sistem perkhidmatan LRT terutamanya di aliran Ampang," katanya kepada media di sini selepas menyertai program Latihan Kecemasan 2011 di LRT Sungai Besi, yang berakhir kira-kira pada pukul 1 pagi hari ini.

"Pencerobohan ini menyukarkan sistem operasi perjalanan LRT terutamanya dalam aspek perjalanan, kelajuan dan jarak masa," katanya. - Bernama
Laju macam peluru

CHINA sememangnya menggemari pencapaian yang luar biasa. Pada 30 Jun lalu, ia melancarkan dua pencapaian meganya secara serentak. Pertama, jambatan laut terpanjang di dunia dibuka di Qingdao iaitu Jambatan Teluk Jiaozhou. Jambatan itu dianggap satu lagi keajaiban Negara Tembok Besar itu

Namun, projek kedua lebih mengagumkan. Rangkaian rel kereta api laju Beijing-Shanghai dibuka pada hari yang sama. Beribu-ribu orang membanjiri Stesen Kereta Api Selatan di Beijing dengan tiket di tangan.

"Saya sangat teruja," kata Tina Cheng, seorang eksekutif pemasaran teknologi maklumat yang membayar 550 yuan (RM260) untuk tiket kelas kedua kereta api ekspres itu yang turut dikenali sebagai bullet train.

Tiket kelas VIP pula dijual pada harga AS$270 (RM837) sehala.
Perkhidmatan itu melalui tiga majlis perbandaran dan empat wilayah pada kelajuan 330 kilometer sejam (km/j).

Perjalanan dari Shanghai ke Beijing sejauh 1,318 kilometer tidak sampai lima jam. "Ia detik yang membanggakan rakyat China," kata Tina seperti dipetik NBC News.

Landasan kereta api baru itu dibina dalam masa 39 bulan, iaitu hampir setahun lebih awal daripada yang dijadualkan.

Jurutera dan pegawai kereta api telah menguji laluan itu sekurang-kurangnya sebulan sebelum pembukaannya iaitu sehari sebelum Parti Komunis China menyambut ulang tahun ke-90 penubuhannya, 1 Julai lalu.

Syukur! Malaysia Negara Paling Aman di Asia Tenggara & 19 Di Dunia (Beserta Ranking Penuh)


AS SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SANGAT BERBANGGA APABILA KAJIAN GLOBAL PEACE INDEX 2011 TELAH MELETAKKAN MALAYSIA NEGARA KE-19 PALING SELAMAT DI DUNIA, PERTAMA DI ASIA TENGGARA DAN KEEMPAT DI ASIA PASIFIK.

INI MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN YANG MEMBERANGSANGKAN YANG MANA SALAH SATU PUNCANYA AS YAKIN IALAH HASIL DARI PELAN NKRA YANG DICETUSKAN OLEH PM KITA, DS NAJIB.

BERSYUKURLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA DIATAS KEAMANAN YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH TERHADAP BUMI MALAYSIA INI. SEMOGA NEGARA KITA TERUS DIKEKALKAN KEAMANAN DAN BUAT PENYOKONG PAKATAN HARAM, PIKIR-PIKIRKANLAH, APA LAGI YANG ANDA MAHUKAN?

ADAKAH DENGAN MENGADAKAN DEMONSTRASI JALANAN YANG MENYUSAHKAN PELBAGAI PIHAK DAPAT MENYELESAIKAN SEGALANYA?

Walaupun ada pihak tidak henti-henti cuba memburukkan imej negara ini, namun kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran -- daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.

Petunjuk itu dipilih oleh sebuah panel ahli akademik antarabangsa, ahli perniagaan, dermawan dan anggota institusi keamanan bagi tempoh 15 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

Kajian itu menyatakan Malaysia mengambil alih kedudukan Singapura yang tersenarai sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara pada 2010. Kini, republik itu menduduki tempat kedua di Asia Tenggara dan ke-24 keseluruhan, diikuti Vietnam (ke-30 keseluruhan), Laos (ke-32 keseluruhan), Indonesia (ke-68 keseluruhan), Thailand (ke-107 keseluruhan), Myanmar (ke-133 keseluruhan) dan Filipina (ke-136 keseluruhan).

Dalam kalangan negara maju pula, United Kingdom menduduki tangga ke-26, Korea Selatan (ke-50), China (ke-80) dan Amerika (ke-82).

"Peningkatan tahap keamanan Malaysia dicerminkan oleh peningkatan kestabilan politik dan hubungannya yang lebih baik dengan negara jiran, terutama Singapura dan China," kata kajian itu.

Sepuluh negara yang menduduki tangga teratas dalam senarai itu ialah Iceland, yang merupakan negara paling aman, diikuti New Zealand, Jepun, Denmark, Republik Czech, Austria, Finland, Kanada, Norway dan Slovenia.

Dalam kalangan negara Islam pula, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Qatar apabila negara itu diletakkan di tangga ke-12 dan merupakan negara paling selamat di Timur Tengah. Tempat kedua bagi kategori ini menjadi milik Kuwait, yang menduduki tangga ke-29 keseluruhan.

Sepuluh negara yang menduduki tangga paling bawah ialah Libya (ke-143), diikuti Republik Afrika Tengah, Israel, Pakistan, Russia, Republik Demokratik Congo, Korea Utara, Afghanistan, Sudan, Iraq dan Somalia.

Kajian itu menyatakan Somalia, negara yang dilanda perang, jatuh satu anak tangga untuk mengambil alih tempat Iraq, sebagai negara paling tidak aman.

Kajian itu juga menunjukkan pencapaian keseluruhan beberapa petunjuk mencatat peningkatan, paling besar ialah potensi wujudnya tindakan keganasan dan kemungkinan berlakunya demonstrasi ganas.

Ahli sains politik Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata rakyat Malaysia perlu mengiktiraf ranking itu kerana ia dikeluarkan oleh sebuah badan antarabangsa yang dihormati.


Ranking penuh

Terbaru Musti Baca! Penjelasan Rapi Scorpene Yang Kononnya Tidak Boleh Selam!

1. Walaupun sudah banyak penjelasan di dada akhbar, majalah dan blog-blog pertahanan tempatan, saya perhatikan masih ada lagi pembaca yang percaya bulat-bulat bahawa kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dari jenis Scorpene telah rosak dan tidak dapat menyelam.

2. Lebih buruk lagi apabila ada yang menyangka bahawa kapal selam tersebut merupakan bahan terpakai dari Tentera Laut Peranchis sedangkan Malaysia telah menghabiskan wang sebanyak RM7.7 bilion untuk membeli dua buah kapal selam terbaru dan tercanggih di rantau ini. Sejumlah RM359 juta lagi dihabiskan untuk membeli kapal selam terpakai dari jenis Agosta.

3. Orang ramai diprogram untuk percaya serta yakin bahawa kapal selam TLDM tidak dapat menyelam dan sedang mengalami kerosakkan besar.

4. Mereka juga dipaksa tanpa sedar bahawa pembelian kapal-kapal selam ini melibatkan isu pembunuhan seorang wanita, bagaimanapun kebanyakkan tuduhan dibuat tanpa asas, bukti dan sekadar cakap-cakap. Ia melibatkan beberapa orang individu yang bukan dalam lingkungan Kementerian Pertahanan Malaysia.

5. Hanya mempunyai kenalan seorang atau dua pegawai tentera, ramai sekali muncul sebagai penganalisis ketenteraan tidak bertauliah berdasarkan maklumat yang longgar dan “hear say”.

6. Bukan saya hendak menyalahkan pembaca sekalian, tetapi itulah senario politik di Malaysia, di mana persepsi memainkan peranan yang penting sedangkan parti-parti politik yang bertelagah ini sebenarnya tidak memberi manfaat yang berguna kepada rakyat kecuali kesedaran dan minat yang terlebih-lebih kepada perkhabaran angin.

MASALAH KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM

7. Kapal selam yang dikatakan bermasalah iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada Sept 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika selepas itu sehinggalah kapal itu didakwa tidak boleh menyelam oleh sekelian jentera propaganda parti-parti politik ini.

8. Sebenarnya sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa termasuklah ujian Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke dasar yang paling dalam (sejauh mana kedalaman itu tidaklah boleh saya dedahkan di sini kerana ia mengandungi maklumat sulit ketenteraan).

9. Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan (kawasan di mana kerosakan pertama dikesan).

10.Untuk maklumat para pembaca sekelian, sehingga ke Mac 2010, anak-anak kapal selam dan KD Tunku Abdul Rahman telah membuat selaman dan pelayaran di dasar laut selama 31 hari dari 43 hari (tempoh perjalanan kapal dari Peranchis ke Lumut).

11.Ini bermakna sejumlah 72 peratus pelayaran kapal itu dilakukan di bawah permukaan laut dan ini sekaligus menyangkal tuduhan kononnya kapal selam itu dibawa pulang secara berlayar di atas permukaan.

12.Perkataan “Tidak Boleh Menyelam” ini sebenarnya muncul dari langkah berjaga-jaga yang diambil oleh TLDM apabila masalah teknikal dikesan berlaku di atas kapal.

13.KD Tunku Abdul Rahman sebenarnya boleh menyelam tetapi arahan telah dikeluarkan oleh pihak tertinggi TLDM supaya kapal selam itu dilarang membuat selaman sehingga masalah kerosakkan dibaiki oleh pihak pembekal iaitu DCN International.

14.Untuk pengetahuan pembaca, aset kerajaan tersebut dilindungi oleh perjanjian dalam kontrak yang ditandatangani di antara TLDM, DCN dan IZAR.

15.Proses pembelian aset ketenteraan sama sahaja dengan kontrak saudara pembaca ketika memberi kereta atau rumah kecuali ada sedikit perbezaa, setiap aset yang dibeli mempunyai jaminan pengedar untuk beberapa tahun dan jangan lupa bahawa kerajaan Malaysia adalah negara pengguna.

16.Sehingga ke hari ini, aset strategik yang termahal milik negara ialah kapal selam dan kos penyelenggarannya sahaja menelan belanja sehingga RM270 juta setahun.

KEMENTAH TIDAK KAWAL MAKLUMAT

17.Saya benar berharap supaya pembaca saya terutama di kalangan pelajar untuk mengambil inisiatif mengkaji sesuatu perkara dengan dalam sebelum membuat keputusan untuk menerima maklumat secara total. Dalam kemudahan internet hari ini, tidak ada sebab anda ketinggalan dalam arus teknologi maklumat.

18.Saya sendiri mempunyai laporan kapal selam Scorpene milik TLDM setebal beratus-ratus muka surat tetapi tidak ada yang menarik untuk dipaparkan, masalah yang berlaku pun kecil sahaja tetapi telah diperbesarkan sehingga ke persada antarabangsa.

19.Masalah juga melanda kapal selam Singapura dan Indonesia tetapi maklumat seperti ini tidak pernah sampai ke tangan orang awam kecuali dalam rangkaian mereka yang terlibat dengan perisikan serta kontrak perkapalan sahaja.

20.Dalam senario Malaysia, saya lihat Kementerian Pertahanan agak linear dan longgar terhadap pengaliran maklumat ketenteraan pada masyarakat awam berbanding Indonesia dan Singapura.

21.Perkara ini diakui oleh sahabat-sahabat saya dari Singapura yang menyatakan bahawa media negara ini bebas mencungkil maklumat ketenteraan berbanding Singapura yang seboleh-bolehnya akan mengawal maklumat militari republik itu secara ketat.

LANGKAH TLDM TEPAT

22.Langkah TLDM untuk tidak membenarkan kapal selam miliknya yang mengalami kerosakan mekanikal adalah sangat tepat dan merupakan satu prosedur yang biasa.

23.Sekali lagi saya ingatkan, kerosakkan tidak ada kaitan dengan masalah rasuah atau pembinaan yang sub standard oleh DCN dari Peranchis.

24.Mana mungkin sebuah syarikat perkapalan terkemuka seperti DCN mahu membina sebuah kapal selam yang sub standard untuk pelanggannya kerana ini sebenarnya memberi risiko kepada nama baik syarikat itu.

25.Walaupun ada pilihan yang lebih murah dari Russia misalnya seperti kapal selam Kilo dan Amur tetapi reputasi negara besar itu sebagai pembina kapal selam sebenarnya sudah cacat sedikit kerana rekod-rekod kerosakan dan kemalangan yang dialami oleh kapal selam miliknya.

26.Selain dari tenggelamnya kapal selam Kursk pada tahun 2000, kapal selam Russia dari jenis Akula pada tahun 2008 ditimpa petaka apabila berlaku kebocoran gas sehingga menyebabkan hilang 20 nyawa dalam insiden yang berlaku di Laut Jepun.

27.Insiden itu berlaku semasa kapal selam terbabit yang mahu dijual kepada India sedang menjalankan UJIAN PELAYARAN dan gas yang bocor sebenarnya datang dari SISTEM PEMADAM API.

28.Jika kita lihat dalam insiden kapal selam Akula ini, sekecil masalah seperti kebocoran gas pemadam api telah menyebabkan kehilangan nyawa dan risiko seperti inilah yang menyebabkan TLDM tidak membenarkan kapal selam Scorpene menyelam walaupun kerosakan mekanikalnya kecil.

29.Saya berharap penjelasan ini mampu mencerahkan minda pembaca mengenai kapal selam pertama milik negara kita dan tidak perlu membuat komentar sehingga memalukan ibu pertiwi kita dalam forum antarabangsa mahupun milik jiran.

30.Orang luar tidak tahu apa itu UMNO, sebaliknya yang dimaki dan dicerca adalah negara kita, ibu pertiwi kita, MALAYSIA. SUMBER

Biadap! Rakyat Indon Maki Hamun & Hina Negaraku Di Wall FB FAM!

Cuba tengok Screen Shot dibawah ni. Kurang ajaq betul org indon. Pic diambil dari facebook FAM.Link SINI

Dekat page tu ramai pulak Indon masuk nak maki hamun Malaysia. Gila ka apa org indon ni. Sejak kalah dengan Malaysia final piala AFF dulu tak habis-habis depa cari pasal. Belek punya belek maki hamun orang Indon tak sedar diri tu akhirnya ternampak mereka ni dah melampau, menghina Lagu Negaraku!


klik utk lebih jelas

Kalau ikut aku ni, memang malas nak layan provokasi murahan dari mat-mat Indon tak sedar diri negara depa hidup pun merempat sampai berjuta orang rakyat Malaysia masuk Malaysia nak carik makan. Mungkin juga mereka cemburu sebab tiada satu pun Pasukan Top EPL yang nak bertandang ke negara mereka sedangkan kita 3 pasukan yang mai!

Tapi bila masuk bab hina lagu Kebangsaan, ini sudah lebih! Adakah Kerajaan Malaysia terus nak berdiam diri dalam hal ini?

Nama Malaysia Terpampang Besar Di Jersi Cardiff City!

Pasukan Cardiff City secara rasminya memakai jersey dengan perkataan Malaysia yang amat besar di hadapan jersi mereka.


Pengurus baru Cardiff City FC menayangkan jersi dengan perkataan Malaysia

Cardiff City FC secara rasminya membuat pengumuman di akademi bola sepak di Kuala Lumpur, Malaysia.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...