Showing posts with label murtad. Show all posts
Showing posts with label murtad. Show all posts

Remaja Islam Murtad Melalui Facebook!

Kajian yang dilakukan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) mendapati golongan remaja wanita beragama Islam berusia 20-an yang melayari laman sosial Facebook antara mereka terdedah dengan aktiviti murtad.

Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, trend terbaru itu cukup membimbangkan memandangkan mereka seringkali menggunakan laman sosial berkenaan untuk berkenalan dengan rakan-rakan lain.

''Bermula dengan perkenalan selepas itu mahu berjumpa dan kemudiannya jatuh cinta. Ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar daripada agama Islam.

Melalui kajian yang kita lakukan ini kebanyakan yang terlibat adalah golongan remaja wanita.

''Malah berdasarkan maklumat daripada mereka yang terlibat, mereka sudah dibaptis dan mengikut upacara keagamaan.
''Bagaimanapun mereka berjaya kita selamatkan melalui beberapa bantuan yang diberikan oleh badan bukan kerajaan.


Kesemua bukti ini kita perolehi daripada mereka yang terlibat dan bukannya daripada apa yang kita perkatakan'' jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Tertutup Paroi dekat sini hari ini.

Antara tetamu lain yang akan menyampaikan ucapan pada perhimpunan tersebut ialah Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali akan menyampaikan ucapan perdana pada program berkenaan.

Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abd. Hamid; Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman dan bekas Mufti Kerajaan negeri Datuk Mohd. Murtadza Ahmad.

Pada sidang akhbar itu juga Mohd. Azmi memberitahu, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati golongan mualaf turut terdedah dengan ancaman murtad.

''Apa yang kita dimaklumkan golongan saudara baru (mualaf) juga terlibat dalam kes murtad. Setakat ini kita belum mengemaskini data berkenaan dan kita akan dedahkan kemudian, tetapi perkara itu memang wujud," katanya.

Pada masa yang sama, Mohd. Azmi turut menegaskan Himpun akan terus komited bagi membangkitkan kesedaran kepada umat Islam mengenai gejala murtad.

Dalam pada itu beliau berkata, siri Jelajah Himpun akan diteruskan ke Pulau Pinang pada 28 Januari ini.-UTUSAN

ISU MURTAD INI ADALAH ANTARA PERKARA YANG DITEKANKAN OLEH HASSAN ALI MELALUI PENGLIBATAN BELIAU DALAM HIMPUN DAN MEMBONGKARKAN AGENDA KRISTIAN UNTUK MENYESATKAN UMAT ISLAM.

NAMUN MALANGNYA, PEJUANG ANTI MURTAD INI LANGSUNG TIDAK DIHARGAI OLEH PAS. APA LA NAK JADI DENGAN PAS SEKARANG!

DESAKAN HIDUP' PUNCA RAMAI MOHON BANTUAN DARI GEREJA

Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.

Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”

Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.

Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.

“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.

Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”

Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”

Dia mempunyai tiga orang anak.

“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.

“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.

Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.

Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”

“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.

Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.

“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.

Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.

“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.

“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.

Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.

Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.

“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”

Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”.

“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi.

Camne Ni? Bapa sendiri yang hantar lima beradik muslim ke rumah amal gereja!.

PETALING JAYA: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak sampai dua minggu lagi, lain pula dengan nasib lima beradik beragama Islam yang terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja, dekat sini.

Semuanya gara-gara tindakan bapa mereka menyerahkan lima beradik terbabit kepada gereja itu selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Yang menyedihkan, lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian.

Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja.

Kes itu terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan di Gereja Methodist, Damansara Utama, dekat sini, dilaporkan 4 Ogos lalu.

Mendedahkan perkara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh), Juhaidi Yean Abdullah, berkata pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan Baitul Fiq.

“Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain.

“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” katanya.

Menurutnya, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh.

“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita.

“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain.

“Yang saya khuatir ialah soal akidah lima beradik itu dan saya sedih dengan tindakan si bapa menempatkan mereka dalam gereja,” katanya.

Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

Katanya, lebih menyedihkan, anak sulung keluarga itu bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun ini, dan kemelut yang berlaku dikhuatiri turut menjejaskan persiapan peperiksaannya.

Difahamkan, setakat ini lima beradik terbabit masih beragama Islam tetapi dikhuatiri menukar agama jika waris atau penjaga mengarahkan mereka berbuat demikian kerana hak menentukan agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun terletak di tangan waris.

10 Cara Musuh Islam di P.Pinang Boleh Memurtadkan Orang Islam?

Siapa MUSUH ISLAM?
Betulkah ada MUSUH ISLAM ?satu hipotesis?
hipotesis perlu dibuktikan dengan fakta/BUKTI tentang MUSUH ISLAM.
Berikut fakta yang kita tahu,kalau rakan-rakan nak tambah,bolehlah.

1.Hapuskan DEB
-barulah orang Melayu/Islam boleh susah..bolehlah dimurtadkan sebagai syarat membantu

2.Robohkan Gerai2 Melayu/Islam
-barulah orang melayu tak reti berniaga,kerja dengan depa sampai bila2,kena ikut cakap depa,cara hidup depa dan mudahlah untuk dimurtadkan

3.Pengambilan Tanah2 Melayu/Islam
-satu rancangan untuk memastikan orang Islam tidak dapat hidup bermasyarakat dan membina komuniti Islam,mudahlah untuk dimurtadkan

4.Tiada Rumah Kos Rendah
-barulah mudah untuk depa keluarkan perintah menghalang Azan,dah tak ada orang Islam,nak azan apa?mudahlah untuk dimurtadkan

5.Pilihanraya Masjid
-barulah orang Islam akan bergaduh ditempat satu-satu mereka berada dalam satu jemaah walaupun berbeza pendirian politik, yang merajuk pasai kalah mudahlah untuk dimurtadkan

6.Dia Ganti Agong...Dia minta jadi PM..lepas ni ???mudahlah untuk memurtadkan orang2 Islam

7.Minta tukar Agama Rasmi?mudahlah untuk memurtadkan orang2 Islam

8.Minta PM Agama Dia?mudahlah untuk memurtadkan orang2 Islam

9.Minta Guna Kalimah Allah?mudahlah untuk memurtadkan orang2 Islam

10.Gunakan Wang judi -pasai dia nak tunjuk bahawa orang Islam akan tetap mengambil wang judi...lepas ni bolehlah murtadkan kalau tambah sikit

Pokemon, Pikachu & Charmander Serta Kisah Ahmad's Dream!

AWAS!!!!! Pemberian CD percuma yang bertajuk AHMAD'S DREAM motifnya untuk memurtadkan orang melayu ISLAM!

Watak lakonan oleh orang melayu yang berjaya dimurtadkan.

Info Seterusnya di1peluru

Sebarkan kalau sayangkan ISLAM!!!

Juga Info Yang Perlu kita Tahu!

Bahayanya kartun POKEMON. bermaksud' SAYA YAHUDI'.
PIKACHU bermaksud ' JADILAH ORANG YAHUDI'.
CHARMANDER bermaksud 'ALLAH ITU LEMAH'. (NAUZUBILLAH).

Wallahualam..

Sebarkan untuk peringatan..

Panas!! Pelajar Islam Dedah Di Ajar Nyanyi Lagu Kristian!

Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam. Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat. Ruangan Cuit-Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia oleh editor kanan Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu. Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut.-fmt-

Pendedahan Dari Zaini Hassan Yang Perlu Kita Tahu Mengenai Ancaman Murtad!

Bagi AS,beza islam dan kafir adalah solat. Mereka yang nak jadi MURTAD disebabkan iman terlalu nipis sehingga terpedaya oleh hasutan duit dan kebendaan sehingga lalai.
Oleh itu, marilah bersama kita mencegah hal ni dari terus berlaku.
AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

Dari satu sudut,walaupun orang melayu Islam tidak terduga berlaku kepada anak-anak mereka disebabkan kemiskinan juga melayu islam membiarkan anak-anak mereka apa mereka suka buat,kemiskinan menjadikan seorang islam itu boleh jadi murtad!
Islam sangat menitikberatkan mengenai hal ini ,itulah tugas pengelolaan zakat untuk atasi masalah ini!


klik untuk besarkan

Gempar! Sekitar 3,000 muslim guna khidmat, tinggal di gereja

“Saya anggarkan 3,000 orang atau lebih mendapatkan khidmat atau tinggal di gereja,” kata Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, di sini, semalam.

Pengalamannya menyelamatkan lapan penghidap HIV Muslim yang berlindung di gereja atau rumah kebajikan masyarakat atau WCH (welfare community homes) membongkar perkara sebenar di sebalik sumbangan itu.

“Walaupun kesemua mereka kemudian dipindahkan, selama setahun mereka tinggal dengan kami, banyak cerita yang dapat dikongsi.

“Malah, saya anggap cerita ini akan berterusan jika kerajaan tidak berbuat sesuatu,” katanya.

Beliau diminta mengulas 12 individu beragama Islam yang hadir pada satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, dekat sini, sebelum diperiksa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), 3 Ogos lalu.

Lapan penghidap HIV positif yang berasal dari Lembah Klang itu mendapat perlindungan di Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh Subang Jaya sekitar dua tahun lalu sebelum mereka dipindahkan ke Rumah Al-Ijabah, dekat sini, untuk rawatan dan pemulihan.

Juhaidi pada masa sama turut meminta kerajaan supaya memberi kebenaran kepada pertubuhan kebajikan berasaskan Islam untuk mengesan Muslim yang mendapat khidmat daripada pertubuhan lain untuk dibawa ke pertubuhan mereka.-hm-

Ezam Nak Bakar Betul-Betul ??

Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.

Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk
"membakar" Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad.

Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat.

Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam".

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan itu.

Wanita Islam Murtad Masuk Kristian Dibogel Dan Dipukul Oleh Orang Ramai!

pic hiasan

sumber berita dari christianpost

New Delhi: Sekitar 50 orang Islam mengamuk di sebuah gereja menuntut seorang wanita, Selina Bibi agar bertaubat dan masuk semua ke dalam Islam. Mereka mengugut untuk membakar gereja tersebut jika waniat itu enggan memeluk bertaubat.

Sebelum itu Selina Bibi telah dibogelkan oleh 2 orang wanita muslim yang datang bersama sekumpulan orang ramai ke rumahnya bagi melihat tanda dia telah menjadi Kristian. Mereka percaya seorang muslim yang murtad menjadi kristian akan terdapat tanda pada tubuh badannya.

India bukanlah sebuah negara Islam tetapi rakyatnya akan segera bangun jika ada orang Islam yang murtad. Berlainan bagi negara kita kini yang didakwa sebagai sebuah negara Islam tetapi apabila penguatkuasa agama yang memang ada peruntukan undang-undang mencegah murtad membuat pemeriksaan di gereja riuh satu negara. Itu baru buat pemeriksaan dan bukannya serbuan kasar atau tidak beradab.

Kita hanya mengambil isu murtad sebagai modal untuk mencari siapa salah samada kerajaan atau pembangkang sedangkan isu ini bukanlah masalah samada pembangkang atau kerajaan yang bersalah. Ia adalah masalah keseluruhan umat Islam di negara kita yang perlu mencari jalan penyelesaian dan menampal segala kelemahan yang ada. Kita jangan hanya tau menuding jari diantara satu sama lain bila berlakunya isu yang berkaitan murtad ini!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...