Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Panas! Lagi Blogger Pakatan Haram Bakal Disaman!

Ahli Parlimen Malaysia (Silam) (dR) Hj Salleh Bin Kalbi telah membuat laporan polis terhadap satu laman blog dan meminta polis menyiasat beberapa artikel berunsur fitnah yang disiarkan oleh laman blog itu yang membabitkan dirinya dan ahli keluarga beliau. Salleh yang ditemui wartawan selepas selesai membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Beliau berkata artikel-artikel berunsur fitnah yang ditulis membabitkan dirinya dan ahli keluarganya itu secar tidak langsung telah menjejaskan kepercayaan masyarakat di kawasan Parlimen Silam terhadap kepimpinannya.

Sehubungan itu, beliau telah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan kes fitnah yang telah ditulis oleh laman blog berkenaan dan berharap tindakan dapat diambil bagi membersihkan nama beliau dan ahli keluarganya.

Berita ini disiarkan oleh semua akhbar tempatan, tetapi tidak menyebut nama blog atau laman web yang dimaksudkan. Hanya beberapa akhbar Cina yang menamakan blog berkenaan sebagai Sabah Hari Ini.

A.S: Sabahkini la tu. Portal Pemfitnah tegar dari Sabah! Saman je YB!

Edisi Bongkar! Nurhidayah Abdullah. Pegawai Khas PM Yang Menyamar? (Pics)

AS: Benarkah seperti apa yang didedahkan di bawah ini?
Takkanlah semudah itu dia memperdaya wakil rakyat di sana?
Laporan polis perlu dibuat segera jika perkara ini disyaki benar kerana ia melibatkan nama baik PM dan rahsia negara.
Pemimpin di Sabah tidak seharusnya berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan kerana ia dikhuatiri akan menjadi duri dalam daging bagi BN dalam pertempuran untuk PRU13 nanti.
TIDAK siapa menyangka, Pegawai Khas Perdana Menteri, Nurhidayah Binti Abdullah @ Helen Lim, adalah seorang penyamar yang hebat kerana Jabatan Perdana Menteri mengesahkan tidak ada Pegawai Khas yang ditugaskan ke Sabah dan Sarawak.

Kehebatan Nurhidayah memperdaya mangsa yang terdiri daripada tokoh politik, peniaga dan Ahli Parlimen Malaysia, terutamanya Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi; menunjukkan dakwaan pemerhati politik bahawa hubungan antara Perdana Menteri dengan Wakil Rakyat semakin jauh kerana dipisahkan Facebook dan Twitter.

Menurut siasatan, Nurhidayah bijak memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri yang dihantar untuk membantu dan memantau tadbir urus Wakil Rakyat.

Malangnya tidak ada seorang Ahli Parlimen yang berani menghubungi Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara untuk mempastikan kesahihan Pegawai Khas berkenaan sehingga ramai di antara mereka tertipu dengan penyamaran Nurhidayah, yang suka memarahi kakitangan awam yang gagal memberikan perkhidmatan kaunter yang memuaskan.

Antara Jabatan yang menjadi mangsa ‘Pemerdayaan Nurhidayah’ ialah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Air dan Jabatan Pendaftaran Negara di Lahad Datu; yang dimaki hamun sesuka hati atas kesilapan kecil dan mencampuri urusan pentadbiran.

Namun tidak ada sesiapa mengesyaki Nurhidayah menyamar kerana berjaya menjual nama Perdana Menteri dan Datuk Seri Panglima Rosmah Mansor dan berselindung di sebalik imuniti dan aura Wakil Rakyat bagi mengaburi mata semua pihak.

Nurhidayah telah menjadi ‘Ikon’ rakyat di Parlimen Silam kerana telah berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat seperti bekalan air; bekalan elektrik; masalah kad pengenalan dan sijil lahir; dan pelbagai isu rungutan rakyat.

Mustahil PDRM tidak mempunyai rekod Nurhidayah yang sering mengikuti Salleh Kalbi ke semua acara rasmi, termasuk acara PDRM sehingga sukar memberkas Nurhidayah, penyamar paling licik.

Tetapi penyamaran Nurhidayah mula terhidu apabila seorang tokoh UMNO di Libaran, Sandakan merasa tertipu setelah percubaannya mendapatkan projek yang dijanjikan Nurhidayah gagal, sekalipun telah menyewa dan mengubahsuai pejabat.

Beberapa laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan Sandakan, namun kes penyamaran Nurhidayah ditutup begitu sahaja demi menjaga nama baik Ahli Parlimen Malaysia dan Perdana Menteri.

Bagi penduduk kampung Bukit Belacon, Lahad Datu, mereka kenal Nurhidayah sejak kecil tetapi tidak mengetahui latar belakang Nurhidayah; berbangga kerana anak kampung mereka menjadi Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Malaysia.

Mereka berbangga kerana Ahli Parlimen Silam mengheret Nurhidayah ke mana sahaja, baik acara rasmi atau tradisi, demi mendambakan restu Perdana Menteri.

Bagi mereka, Kampung Bukit Belacon yang terketinggalan jauh di belakang kampung lain kita dilimpahi kemajuan kerana pembangunan prasarana semakin rancak akibat desakan dan hubungan baik Nurhidayah dengan Ahli Parlimen Silam.

Kini Nurhidayah beroperasi di Tawau, memperdaya tokoh politik UMNO yang gila kuasa dan ingin mengekalkan pangkat mereka sehingga sanggup membelanjakan wang yang banyak tanpa mengetahui siapakah Nurhidayah sebenarnya.

Berapa ramai di luar sana Pegawai Khas seperti Nurhidayah yang berjaya menjual nama Perdana Menteri dan isteri untuk mencari makan dengan cara menipu dan memperdaya orang?

Suatu soalan yang menarik, kenapa tidak ada pihak yang berani bertanyakan kedudukan Nurhidayah kepada Jabatan Perdana Menteri; sehinggalah Sabahkini.net mengambil inisiatif menghubungi Biro Aduan Awam Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri sendiri.

Walaupun jawapannya agak mengejutkan, “Tiada Pegawai JPM bernama Nurhidayah Abdullah @ Helen Lim”, tetapi sudah diduga daripada awal kerana mengikut maklumat penduduk kampung, Nurhidayah gemar meminjam pakaian mereka untuk melaram sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri dan mendapat layanan bertaraf VVIP!














PERCAYA....Salleh Kalbi benar-benar percaya Nurhidayah (kiri) adalah Pegawai Khas yang dihantar Perdana Menteri.












PRIHATIN.....Nurhidayah merenung Salleh Kalbi ketika PATI yang dipelihara Salleh Kalbi, Nazri Subairah sedang merakam video.


KENANGAN....'Kenangan Bersamamu Kasih' adalah bait lagu yang diminati Nurhidayah dan Salleh Kalbi.



HEBAT....Nurhidayah dapat menembusi semua agensi Kerajaan termasuk benteng terakhir negara, Tentera!
















KEMBAR....Di mana ada Salleh di situ ada Nurhidayah sehingga digelar Kembar Siam tidak seiras.

-Sabahkini.net

Sabah Minta Tambah Kerusi DUN dan Parlimen

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa terdapat keperluan untuk menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Sabah.

Beliau berkata ini kerana beberapa kawasan DUN dan Parlimen di Sabah mempunyai kawasan luas dan ramai pengundi yang mewajarkan pertambahan kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya sebarang penambahan kerusi memerlukan persetujuan atau kelulusan dua pertiga di peringkat Parlimen untuk dilaksanakan.

"Ini adalah cadangan di peringkat negeri. Setiap negeri mempunyai hak untuk mencadangkan dan diluluskan tetapi akhirnya bila dibawa ke Parlimen ia memerlukan kelulusan dua pertiga.

"Jadi kalau ada keperluan di peringkat negeri, ia harus diselaraskan dengan kerajaan di peringkat pusat bagi memastikan ia mendapat persetujuan dua pertiga," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Rumah Terbuka Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail di sini Jumaat.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mahu kerajaan mempertimbangkan untuk menambah kerusi DUN dan Parlimen di Sabah berdasarkan keperluan semasa. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...