Harga Minyak Naik 20sen mulai tengah malam ini

Petrol RON97 naik 20 sen, kuat kuasa tengah malam ini

Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.-MI

AS: Puak Pakatan haram jenis tak paham bahasa akan Meroyan Lagi. Yang Tak Guna RON97 pun akan buat kalut. Hangpa tengok la..

Apapun AS harap kerajaan gunakanlahsegala kebijaksanaan yang ada bagi memastikan harga petrol ron95 tak dinaikkan walau dengan apa cara sekalipun selagi termampu. Besar implikasinya kepada PRU akan datang.
Yang paham tu paham la, masalah dengan orang yang tak paham bahasa ni.

Hassan Ali: Jumlah Anak Luar Nikah ''Sangat Besar" di Selangor

Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah 'sangat besar' dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini Jumaat.

Hassan berkata bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau berkata Jais tidak mempunyai jumlah penguatkuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini.

"Nisbah pecahan anggota Penguatkuasa Agama dan Masyarakat Islam di Selangor ialah 1:25,000 orang," katanya yang berharap jumlah penguatkuasa Jais akan dapat ditambah.'Bernama

Panas! Cico Anak Uji Rashid Pula Masuk PAS Untuk Cuci Dosa?


Cakap banyak tak mau, hangpa tengok la sendiri. Kalau dia nak berubah ke arah kebaikan baguslah, tapi jangan jadi macam orang sebelah dia tu bila masuk PAS habis semua orang dia nak perlekeh seolah-olah dosa-dosa silam dia macam dah suci murni

Apabila Penzina Diangkat Sebagai Pemimpin

Tazkirah Pagi Jumaat Yang AS bawakan ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Kazim B Elias, seorang Pendakwah yang tersohor di Malaysia.

Diharap hangpa semua dapat dengar sampai habis kerana begitu baik cara penyampaian beliau yang menekankan betapa zina ini suatu perbuatan terkutuk, tambahan pula orang yang melakukan itu diangkat sebagai seorang pemipin pula.

Aparaa.. Layan Blue Di Opis..

Mohd Ashraf
Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, Tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.

Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.


AKU TAK KIRA, BENDA TAK BETUI KENA TEGUR! PEGAWAI KERAJAAN MACAM ASRAF NI LA YANG MENJATUHKAN IMEJ KERAJAAN. AMBIL JE TINDAKAN DISIPLIN KAT DIA NI.
DAN LEBIH MALANG LAGI, RAKYAT SUKA SEKALI HARUNG MENGATAKAN KESILAPAN DAN KESALAHAN PENJAWAT AWAM ADALAH KESALAHAN UMNO/BN.

PERKARA SEBEGINI PERLU DIPERBETULKAN. MACAM KES RASUAH, KELEMAHAN PENTADBIRAN, KECUAIAN AGENSI KERAJAAN, KITA JANGAN MENGHUKUM UMNO/BN. BOLEH DIKATAKAN RAMAI JUGA PENJAWAT AWAM YANG TAK SOKONG KERAJAAN.

CUBA SIASAT, MAMAT ASYRAF NI PENDOKONG PARTI MANA?

p/s: ulasan artikel ini adalah kes Ashraf sahaja, tiada kena mengena dengan siasatan TBH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...