Mengapa Ahli Pas terlalu taksub Kepada Pemimpin Pas?


Kajian telah dibuat berkenaan isu, 'Mengapa ahli Pas Terlalu Taksub Kepada Pemimpin Pas?' Tahukah kita kenapa ahli-ahli Pas terlalu taksub kepada kepimpinan mereka? Hingga kesalahan pemimpin mereka yang serius boleh dinafikan begitu sahaja.

Mengikut kajian, seseorang ahli Pas yang tegar, hanya akan percaya sesuatu cerita, jika hanya membaca organ rasmi parti itu akhbar Harakah, harakahdaily dan ceramah-ceramah yang dibuat oleh pimpinan parti itu sendiri. Mereka ini tidak akan membaca akhbar harian perdana sama sekali, dan tidak akan percaya pada berita di television kerana telah diajar bahawa akhbar aliran perdana dan berita di television semuanya adalah saluran propaganda UMNO.

Ahli-ahli seperti ini, terlalu taksub dan percaya kepada pimpinan Pas, hingga jika diberitahu apa jua kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan Pas, mereka sama sekali tidak akan percaya, malah akan menuduh kita sengaja memburuk-burukkan pimpinan Pas dengan niat tertentu.

Sebenarnya ahli Pas seperti ini, terlalu ramai di kampung, agak kurang di bandar, golongan seperti ini tidak bergaul dengan orang lain, mereka cuma bergaul sesama mereka sahaja. Mereka tidak bermasyarakat dengan orang ramai. Mereka cuma di dunia mereka.

Golongan ini percaya, Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Golongan-golongan inilah yang percaya hingga kemati bahawa orang UMNO ini kafir, sehinggakan mereka tak boleh bersembahyang bersama dengan orang UMNO.

Masih ingat lagi peristiwa 'Amanat Haji Hadi'? Dimana berlakunya pepecahan Melayu Islam, antara Pas dan UMNO? Sembahyang Jumaat berasingan, sembelihan orang UMNO dikatakan haram, tertubuhnya masjid Pas dan masjid UMNO. Semua ini terjadi apabila Hadi Awang memfatwakan UMNO itu kafir. Maka golongan-golongan ini dengan taksub dan dunggunya percaya bulat-bulat apa jua yang dikatakan oleh Hadi Awang.

Halnya di Kelantan sekarang, ramai ahli Pas yang terlalu taksub dengan kepimpinan N.ajis. Walhal N.ajis ini hanya seorang Tok Guru Politik, memang dia seorang ustaz, tapi hakikat yang sebenar N.ajis adalah seorang ahli politik, bertopengkan agama, berjubah dan berserban hinggakan ahli-ahli Pas yang dungu ini percaya bahawa inilah Tok Guru, ulamak Islam yang sebenar, segala cakapnya tak boleh dibantah dan di tegur. Jika ditegur nescaya akan dimaki dan disumpah (seperti kebiasaannya).

Itu sebagai contoh bagaimana rakyat Kelantan (ahli Pas) ditipu oleh pimpinan Pas sehingga menjadi begitu taksub. Golongan-golongan seperti ini, mati dan hidupnya hanya berkiblatkan Pas dan keturunannya hanya percaya kepada Pas hinggalah ke anak cucu.

Ini bukan cerita kosong, cerita ini berdasarkan kajian, cubalah anda pergi ke perkampungan yang ada ahli-ahli Pas yang taksub. Kehidupan mereka hanya di dunia mereka. Jangan disebut pasal UMNO, jangan disebut tentang dunia luar, bagi mereka itu tidak penting, kiblat mereka hanya pada pimpinan Pas.

Untuk menyedarkan golongan-golongan ini bukannya mudah, kerana mereka telah lama diracun oleh akhbar Harakah dan ceramah-ceramah yang selalu mengutuk dan menghentam UMNO/BN. Otak mereka telah di'set'kan bahawa UMNO itu jahat, kafir dan rasuah, apa saja yang UMNO lakukan semuanya tak betul, semuanya salah.

Ini sebenarnya salah kepimpinan Pas, mereka yang mengajar ahli mereka supaya taksub, mereka yang meracun otak ahli mereka supaya percaya apa saja yang mereka katakan dan hanya mereka yang boleh mengubah ahli-ahli Pas yang taksub ini balik ke jalan yang benar.

Nota : Jika ada ahli-ahli Pas yang membaca posting ini, topik ini bukan untuk menghina atau mengutuk, cuma mengambarkan kejadian sebenar apa yang telah terjadi pada politik di Malaysia sekarang. Harap sedarlah wahai ahlul-ahlul Pas!
ApC

Bila PAS di PKRkan : Mana fakta Tok Guru?


Apa-apa jua yang dipacakkan DSAI dalam Pakatan Rakyat, Fatwa TGNA tidak kedengaran. Bila Boss Interfaith Commission-IFC jadi Pengerusi JK Desiplin PR tiada siapa yang membantah. Kebal sangatkah Faith PAS dengan pengaruh Interfaith?

SIVARASA RASIAH PENGERUSI JAWATANKUASA DISIPLIN PR.

"Kita menetapkan untuk tubuh suatu jawatankuasa tatatertib peringkat Pakatan Rakyat dan kita minta Saudara Sivarasa Rasiah untuk mempengerusikan jawatankuasa ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bila DSAI membuat keputusan melantik Pengerusi Jawatankuasa Desiplin PR seperti di atas dengan meletakkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah selaku boss IFC, PAS diam. TGNA tidak kedengaran mengeluarkan apa-apa fatwa. Malah tiada tindakbalas dari PAS dan pemimpinnya. Dalam bab Sodomi II dan rogol, TGNA sudah mengeluarkan fatwa, "konon tidak boleh dibicarakan dimahkamah kerana mengaibkan tertuduh". Boleh pegangkah fatwa ini?

Semua sudah mengetahui bahawa Sivarasa bermasalah dengan YB Zulkifli Noordin interm of "faith" termasuklah "political faith". YB Zul menghadapi tuduhan menyalahi "political faith" kerana faithnya dan ketegasannya mempertahankan fundamental faith yang menjadi pegangannya. Selesakah YB Zul jika kesnya ditangani boss IFC dan bekas "lawannya bergusti"?

Apakah PAS sudah merelakan dirinya untuk diPKRkan sehingga Mursyidur Am PAS sendiri sudah tidak bersuara mengenai keputusan DSA ini? Soal PAS di Pakatan Pembangkangkan sudah tidak dipersoalkan lagi kerana PAS memang dalam Pakatan pembangkang.

Selesakah PAS dalam Pakatan Pembangkang bila ideologinya disapu di bawah carpet dan HANYA dibenarkan untuk di perjuangkan di pentas rakyat TETAPI BUKAN untuk diterimapakai dalam urusan pentadbiran Pakatan Pembangkang? Selesakah PAS diadili oleh boss Interfaith Commision Malaysia dalam soal-soal desiplin? Hatta, bila berlaku penyelewengan aqidah politik PAS refer to IFC's boss!!
apc

Juak Pakatan hapraq Makin terdesak! Buat demo masa orang nak bagi bantuan!


Apo kena ni?
Orang Buat Program, Dorang pi bantah???
Hilang akal ke ape ???,
tu tahap dengki tak bertempat tu...
.........mungkin program juara rakyat ini amat besar implikasi...
pada masyarakat .... mesti disekat.. kalau boleh jangan datang.. tahap desperado dah juak pakatan rongak nie.. heheh






lepas 15minit riuh macam kera kena belacan, Polis pegang kepala demo yang duk menjerit tu...berselerak lah depa....! Ni belum jadi Pemerintah Malaysia lagi, bru pegang tampuk Negeri P.Pinang saja...dh jadi bengong!



Gambar sekitar Program Juara Rakyat yang berlangsung di Sekolah kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh. UMNO di dlm duk buat Program Juara Rakyat (Kebajikan) geng bengong Pakatan di luaq sana duk buat reyoh demo; bantah UMNO bantu Rakyat, apa ke jadah ngok nyer depa ni...!!!

gambar ini membuatkan PAS sakit mata bila melihat ramai penduduk hadir ke program UMNO. Niat mereka sebenarnya buat demo ini untuk sabotaj program ini agar ramai org tidak sertai ..


Ybhg Dato' Abd Jalil Abd Majid duk brucap, nk bagi bntaun kpda 300 org miskin n OKU d kawasan Parlimen Permatang Pauh, di Bukit Indra Muda, Pmtg Pasir, geng pakatan di luaq sana duk mnjerit mcm org gila, tk suka org miskin dan OKU terima bntuan dri UMNO !
Cuba pembaca mai crita kat aku sat, awat la depa ni bengong ngok sangat!, 300 org miskin duk trima bntuan dari UMNO Bhg Pmtg.Pauh dlm Program Juara Rakyat (Kebajikan) depa ni di luaq duk demo bntah ! apa ke jadah ??

LGE Haram Jadah Tak Habis-Habis Menipu!


Sejarah tercipta di PP: Ar. Hjh Pathiyah Bt. Ismail dilantik YDP MPPP berkuatkuasa 1 Mac

PULAUPINANG, 20 Feb (Bernama) -- Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) majlisitu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yangmengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika inimemangku jawatan YDP majlis itu adalah wanita pertama di negara inidilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.

"Selepas persaraanTan Cheng Chui sebagai YDP MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatanitu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan," katanya kepadapemberita di sini.

Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.

Patahiyahmengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yangsebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.

Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985. - BERNAMA

AS: Nih LGE, sudah-sudahla menipu. Nak dapat kredit pun guna la cara lain. Untuk makluman semua, perempuan yang pertama jadi YDP Majlis Perbandaran Tempatan Bukannya
dari Penang. Contohny dah ada YDP dari Majlis Daerah Kubang Pasu klik
sini dan YDP PBT dari Sandakan. Tak percaya klik sini.

Di Sabah bah... Sudahla LGE, aku nak hang mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia pasal menipu rakyat Malaysia, kalau tak AS akan buat laporan polis kerana menipu. Lainnla kalau hang anggap Sabah tu bukan dari sebahagian dari Malaysia.
Satu lagi ni semua kes kaver line la,
Sebelum Tan Cheng Hui ni YDP MPPP semuanya bangsa melayu, sekarang ni mamat LGE ni dah cuak sebab orang melayu mula cari kelemahan dia, kelam kabut dia letak melayu balik.

Klik sini..

Sudah-sudahla LGE, nak cari glamour pun guna la cara lain, bukan dengan cara menipu!

LGE, Lu sudah-sudahla mempermainkan nama Tokoh Islam


BUTTERWORTH: Seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang memberi amaran kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, supaya menghentikan penggunaan slogan Amar Makruf Nahi Mungkar serta kenyataannya mahu mencontohi peribadi Saidina Umar Abdul Aziz.

Amaran itu diberikan Pengerusi Badan Anti IFC (Badai), Mohd Hafiz Nordin, yang juga Ketua Penerangan Pas cawangan Bagan Ajam.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu juga berkata, amaran diberikan berikutan tindak tanduk Guan Eng yang mempermain-mainkan orang Islam di negeri ini dalam pelbagai isu, termasuk perarakan Maulidur Rasul.... Lihat seterusnya..

Katanya, sikap Guan Eng dalam menangani pelbagai isu di negeri ini jelas berbeza dengan apa yang dilaung-laungkannya.

"Tokoh Islam seperti Saidina Umar Abdul Aziz tidak pernah memutarbelit fakta seperti Guan Eng dalam isu perarakan Maulidur Rasul. Dalam surat pekeliling cakap tiada, tetapi tiba-tiba cakap pula dengan memberi pelbagai alasan.

"Beliau hanya mempermainkan syiar Islam dan tokoh Islam. Bagi saya, beliau tidak sama sikapnya dengan Saidina Umar Abdul Aziz. Kalau benar-benar hendak gunakan slogan Amar Makruf Nahi Mungkar, maksiat tidak akan semakin berleluasa seperti kita lihat pada sambutan Valentine’s Day serta Tahun Baru Cina, baru-baru ini," katanya di sini, semalam.

AS : Ni cakap dari Ustaz Hafiz sendiri. AS secara peribadi mengenali Ustaz Hafiz memang seorang yang cakap berterus terang, contoh pejuang Islam tulen. Bukan macam pejuang pas yang semata-mata berpolitk untuk mengambil hati dan takutkan rakan pakatan haprak. Nanti PAS sound lebih-lebih, Saleh Man kena pecat TIMBALAN YDP MAIPP plak. Dah le tu je post yang dapat untuk ADUN pas seorang ni di Penang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...