Aduhai.. Sampai Pukul & Ugut Bunuh Isteri Enggan Ikut Balik Kampung!

Kuala Lumpur: Seorang guru berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul dan diugut bunuh suaminya kerana enggan pulang beraya di kampung suaminya itu di selatan tanah air, kelmarin. Gambar hiasan

Difahamkan, mangsa enggan pulang ke kampung halaman suaminya yang berusia lewat 30-an itu kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di Flat Sri Cheras, di sini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa meminta izin daripada suaminya untuk tidak pulang ke kampung berhari raya.

Menurut sumber, mangsa juga meminta izin suaminya untuk membenarkan empat anaknya beraya bersamanya.

“Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suaminya sebelum berlaku pertengkaran lebih 20 minit. “Gagal mengawal kemarahannya itu, suami mangsa mengugut mencederakannya jika dia dan empat anak tidak mengikutnya pulang ke kampung.

“Biarpun mangsa cuba memberikan penjelasan, suaminya yang hilang pertimbangan terus memukulnya lebih 10 minit,” katanya.

Sumber berkata, suami mangsa kemudian mengugut membunuh isterinya itu jika masih berkeras untuk tidak pulang ke kampung bersamanya.

“Suami mangsa kemudian keluar sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan di hospital berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -HM

AS: Seharusnya setiap pasangan perlu ada sifat tolenrasi dan banyak bersabar dalam hal seperti ini.

Portal Pemfitnah Negara Bakal Jual Bulu!!


"Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli mengemukakan saman RM200 juta terhadap portal The Malaysian Insider dan dua yang lain atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan pada 31 Mei lalu.
Writ saman tersebut yang difailkan pada 18 ogos lalu menamakan The Malaysian Insider Sdn. Bhd., pemiliknya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan.

Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal."

AS: Dari hari ke hari, dapat kita perhatikan bahawa 2 portal berita pro pakatan haram ni semakin galak menyiarkan artikel berunsur fitnah dan menghasut membenci kerajaan. Nah, sekarang amik habuan.
Teruskan saman fitnah anda TS Tajudin! Jangan bagi muka pada puak-puak lahanat ni!

Gambar Ketua Bahagian UMNO Ni Over Sangat Ke??


Gambar ini dimainkan di blog pro pembangkang yang menuduh Datuk Rahim Saibu kononnya mengambil kesempatan untuk 'memegang' betis mangsa kebakaran yang cedera itu.

Pada hemat AS yang masih rasional, takkanlah Datuk Rahim bernafsu dengan wanita yang dah berumur 55 tahun pulak. Puan Rosnah tu pula mangsa kebakaran yang mengalami kecederaan.

Namun AS tak nafikan Datuk Rahim ada sedikit silap dalam hal ini. Bagi elakkan fitnah, Datuk Rahim sepatutnya hanya perlu lihat kecederaan itu sekali imbas sahaja TANPA perlu memgang betis wanita terbabit!

Gambar-gambar sebeginilah yang dimainkan oleh puak pengadu domba untuk memfitnah Datuk Rahim bernafsu memegang betis wanita yang cedera berumur 55 tahun terbabit!

AS harapkan Datuk Rahim lebih berhati-hati pada masa akan datang. Jangan buat lagi kesilapan yang memudahkan pihak pengadu domba memfitnah kita. Gerakerja dan nawaitu Datuk Rahim selaku Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru AS tak nafikan agak cemerlang dalam mendekati masyarakat. teruskan usaha baik anda!


"Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu melihat kaki Rosnah Ibrahim, 55, yang cedera setelah rumahnya hangus terbakar di Kampung Sungai Nibong Kecil di sini, hari ini. .Dalam kejadian awal pagi itu turut mengorbankan cucu Rosnah yang berusia 9 tahun."


China haramkan lagu Lady Gaga. Malaysia??

China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal 'peraturan' pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu 'yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang'.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.

Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat 'Oh liberdade, mi amor' (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik 'This is my prayer, That I'll die living just as free as my hair' (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.

China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit 'Tibet!' ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.

Sejak 2010, China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak. - AFP

AS: Malaysia seharusnya mengambil tindakan yang sama terhadap lagu-lagu yang mampu memberi implikasi yang negatif kepada negara dan pembangunan minda anak muda.
Namun dengan keadaan dunia tanpa sempadan pada masa sekarang, keadaan tampaknya segala-galanya adalah sukar untuk dikawal!

Contoh Kerajaan Berkebajikan PAS Kedah! Sewa Bazar Aidilfitri RM6,000!!

Anak buah saya dua hari yang lalu yang tinggal di Alor Setar sempat mengunjungi bazar Aidilfitri yang menjadi acara tahunan. Deretan khemah, gerai yang menganjur di Dataran Tunku dihadapan Bangunan UMNO Kedah melimpah sehingga ke depan Kedah supermarket.

Tanpa deretan bazar ini yang mengadap Pekan Rabu, institusi niaga unggul umat Melayu Kedah, maka Aidilfitri dan sambutannya di Alor Setar dirasa tidak lengkap dan kurang meriah. Dan anak buah saya yang membawa anak dan isterinya untuk membeli pakaian raya sempat berbual dengan beberapa peniaga di situ. Dapatan paling menarik, sewa gerai melambung tinggi mencecah RM6,000, ada peniaga yang mendapat tiga buah gerai sekaligus, ada yang tidak mendapat langsung meskipun undian pemilihan peniaga dikatakan dibuat secara undi terbuka..

Jika sewa khemah dan gerai yang luasnya 20X10 atau 10X10 itu mencecah RM6,000 bayangkan peniaga kecil-kecilan yang 100%nya adalah umat Melayu Islam terpaksa berikhtiar untuk membuat untung bersih purata sehari RM200 bermula dari 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan. Namun dua minggu seminggu dua kebelakangan ini hujan, ribut menjadi semacam satu tren di bandaraya Alor Setar.

Jumlah pengunjung pula agak suram dan mungkin hari-hari terakhir menjelang Aidilfitri baru menampakkan kemeriahan pengunjung. Itupun kuasa beli pengguna kian menurun, kerana ramai yang lebih berhati-hati dan berjimat cermat meskipun kakitangan awam baru sahaja beroleh bonus setengah bulan gaji..Nampaknya inilah nasib dan himpitan yang terpaksa diharungi oleh peniaga kecil umat Melayu yang mahu berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan disebuah negeri berkebajikan yang menjanjikan slogan SEJAHTERA untuk rakyatnya.

Dan rasanya tidak perlulah kita memanjangkan hal ini kepada pembesar negeri KEDAH DARUL AMAN ini yang kini masih lagi dalam medication, dipantau kesihatannya oleh doktor kesan penyakit kencing manis, buah pinggang, jantung dan darah tinggi.Justifikasinya jika diajukan sekalipun maka jawapan si pembesar negeri yang berjawatan MB ini tentulah, 'SAYA TIDAK TAHU, SEBAB DEPA TAK BAGITAU SAYA'..

Maka bersabarlah kita semua di bulan mulia ini dalam menanggung pelaksanaan 'NEGERI BERKEBAJIKAN' di negeri KEDAH DARUL AMAN. sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...