Zambry Menang! Ternyata PR kaki fitnah!

Zambry menang kes saman fitnah terhadap Suara Keadilan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menang kes saman fitnah RM100
juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dan tiga pihak lain.

Nilai ganti rugi akan ditentukan mahkamah.

Menteri Besar Perak itu memohon untuk memasukkan penghakiman mengikut
Aturan 27 (Peraturan 3) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 berikutan pengakuan
defendan-defendan dalam pernyataan pembelaan mereka.

Pada 25 Februari lalu, Zambry memfailkan saman fitnah menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor
Suara Keadilan; penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak
Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata, artikel yang disiarkan dalam akhbar
Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010, bertajuk "Zambry
Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan
berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Menteri Besar Perak itu berkata, perkataan berunsur fitnah itu telah
melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi
awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan
penghinaan.

Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi
teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi
bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau
sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk “Mohon Maaf Dr Zambry” dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar
parti keluaran 30 Mac hingga 6 April 2010.

AS: Ternyatalah sekarang siapa sebenarnya kaki fitnah! PR menggunakan akhbar rasmi mereka iaitu Harakah dan Suara Keadilan untuk terus memburuk-burukkan kerajaan. Niat mereka tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memberi persepsi buruk rakyat terhadap Kerajaan BN yang sememangnya terbukti cemerlang dalam mentadbir negara.

MB Kedah tak nak saman tv3,bharian, utusan, bernama dan lain-lain sebab katanya asyik mencerita buruk kerajaan kedah ...kata cerita tipu , tak berani saman ke?
Pada pandangan AS, DS Zambry tuntut 100 juta, kalau dapat 5 juta pon kira okay lah juga (bila diambil kira jumlah tuntutan yang diperintahkah dibayar kepada seorang Perdana Menteri Lee Kuan Yew oleh JB Jeyaretnam, tidak mustahil seorang Menteri Besar boleh dapat RM5-10 juta).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...