Kerajaan BN sungguh zalim dan kejam!!


ALOR SETAR – Bantuan segera berjumlah RM60 juta akan diperuntukkan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu pesawah yang
terjejas banjir melakukan penanaman semula padi mengikut jadual.

Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, daripada jumlah
itu, peruntukan RM50 juta melibatkan bantuan berupa baja, benih padi sah, serta
kerja-kerja membadai dan meratakan tanah.

“Manakala RM10 juta lagi
diperuntukkan untuk membaiki infrastruktur seperti parit pecah agar sistem
pengairan tidak terganggu.

“Perkara ini akan kita akan bawa ke Kabinet
untuk mendapatkan kelulusan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis
penyerahan pinjaman semula kepada usahawan Tekun Nasional (Tekun) yang terjejas
banjir di negeri ini, di sini, semalam.

Menurutnya, RM60 juta itu hanya
melibatkan bantuan kepada pesawah dan tidak termasuk bantuan terhadap kerugian
yang ditanggung penternak mereka yang terlibat dalam perikanan.

“Selepas
peruntukan ini mendapat kelulusan Kabinet, Kementerian akan membuat pembayaran
segera dalam bulan ini juga, bagi memastikan pesawah dapat memulakan tanaman
mengikut jadual.

“Bagaimanapun, saya meminta agar semua agensi tidak
perlu mengikut prosedur biasa dalam menyalurkan bantuan kepada pesawah yang
menjadi mangsa banjir, tidak perlu,” katanya.

Terdahulu, beliau
menyampaikan pinjaman semula kepada 360 usahawan Tekun yang terlibat dalam
bencana banjir di negeri ini, dengan jumlah pinjaman RM1,985,000.

Sinar
Harian difahamkan, sejumlah RM136,704,000 dipinjamkan kepada 16,193 usahawan
Tekun di negeri ini dan daripada jumlah itu, seramai 360 peminjam dengan jumlah
pinjaman RM3,332,489, terjejas dengan banjir.

Noh berkata, pinjaman
semula itu adalah siri kedua untuk agensi Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani menerusi Tekun memberikan bantuan segera berupa pinjaman semula untuk
peminjam yang terjejas banjir memulakan kembali perniagaan mereka.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar peminjam Tekun diberikan
insentif dalam usaha menggalakkan mereka membuat bayaran balik yang lebih baik.

“Sebagai contoh, peminjam Tekun yang terlibat banjir tetapi mempunyai
rekod baik dalam pembayaran balik pinjaman, yang menerima pinjaman semula, boleh
dipertimbangkan untuk diberi insentif.

“Jika ada yang membayar mengikut
jadual atau lebih cepat daripada jadual, juga boleh dipertimbangkan Tekun untuk
memberikan rebat kepada mereka. Dengan itu baru ada perbezaan antara peminjam
yang bayar cepat dengan peminjam yang culas,” katanya


SINAR HARIAN


AS: Tajuk diatas hanya bahasa kiasan dan sarkastik untuk penyokong PR yang masih bebal
menuduh macam-macam yang buruk kepada kerajaan UMNO/BN. Ketahuilah bahawa kerajaan Pusat sentiasa mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan. Rakyat yang bernasib malang akan dibantu sebaik-baiknya.

Kalau benar seperti yang dimainkan oleh Penyokong Buta Tuli PR yang kerajaan Pusat tidak mempedulikan rakyat, untuk apa bazirkan wang sebanyak RM 60 juta untuk bantu rakyat kerana banjir adalah bencana alam semulajadi! Rakyat yang nak meniaga diberi pula pinjaman tekun. Kalau nak cerita keprihatinan kerajaan Pusat ni, 3 hari 3 malam pun tak abis cerita.

Tolonglah buka hati dan minda wahai penyokong tegar Pakatan Haromm, kerajaan macamana lagi yang anda hendak? kalau nak kata tidak Islamik, semua negara di dunia mengiktiraf Malaysia sebuah negara islam yang moden.
Sampailah Anwar gila meroyan menafikan apa yang PM Australia kata baru-baru ini.

4 comments:

jo laboo said...

hang buat aku tekejut la..
mangkok betui..
aku ingatkan hang dh ikut bung nuar... heheh

Megat Alam Gempita said...

Para bahlul PASrael akan cakap semua bantuan kerajaan tersebut adalah untuk kroni dan rasuah bagi mencuri kesetiaan penyokong PAS. Jahat dan zalim sungguh BN no!

aminarlisy said...

kerajaan bg 6o juta tadak la riuh serata alam mcm pakatan haram..

lge celaka baru2 ni bg duit rm100 seorg utk setahun kpd oku canang satu dunia woo..

Dot said...

salam as,

memang kerajaan bn ni tak tau apa pun! orang2 yg tak sokong kerajaan bn pun tetap kerajaan bn nak pi tulong!! selama ni pueh depa puak2 pr dok maki hamun kerajaan bn walaupun depa hari2 dok makan subsidi yg kerajaan bn bagi. bayangkanla..beraih kerajaan bagi subsidi, gula kerajaan bagi subsidi, minyak kerajaan bagi subsidi, pendek kata kerajaan baik tagha ni pun depa tetap kata takdak satupun kebaikan...

tapi last2, ostad zan berterimakasih juga adanya!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...