Info AS: Produk Munchys Mengandungi Arak Adalah Palsu!


Berikut AS siarkan sms layang yang telah memfitnah kononnya produk biskut yang digemari ramai, Munchys kononnya mengandungi arak!

sms yang diterima:

Terkini: jakim telah membuat serbuan ke atas kilang munchys Batu Pahat dan menemui stor arak. Bossnya dengan rasa bangga dan rasa tak bersalah mengatakan arak tersebut untuk dicampurkan ke dalam biskut...Tolong sebarkan maklumat ini kepada semua umat islam demi kepentingan bersama. Dari Peg JAKIM-HJ JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)


Namun ternyata SMS itu adalah palsu dan pembohong dimana pihak JAKIM sendiri mengesahkan bahawa SMS yang disebarkan itu adalah tidak benar!

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENYEBARAN SMS PALSU BISKUT MUNCHYS
Rabu, 14 September 2011 00:43

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...