Tee Beng Terus Haria Tsu Koon!

Pandangan Tee Beng dalam hal ini mungkin ada benarnya. Tee Beng sekarang melihat Tsu Koon sebagai suatu liabiliti besar kepada BN. Sikap Tsu Koon yang dilihat kerap 'membontoti' PM ke mana saja dia pergi perlulah dielakkan. Sebagai Pengerusi BN Negeri, Tsu Koon wajar melebihkan masa bagi menumpukan usaha dan gerakkerja BN dalam menawan kembali Pulau Pinang.

Tapi untuk mengatakan Tsu Koon perlu dipecat mungkin terlalu kasar, tapi bahasa lebih enak mungkin Tsu Koon wajar meletakkan jawatan atau berundur. Cubalah Tsu Koon buat tindakan ini, mana tau mungkin ada hikmahnya! Persepsi rakyat P.Pinang (cina teutamanya) terhadap BN mungkin kembali positif dengan tindakan ini dan seterusnya mencerahkan usaha BN untuk kembali merampas Pulau Pinang!


Tsu Koon perlu dipecat jika BN mahu rampas Pulau Pinang - Tee Beng

PULAU PINANG 13 Sept. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon perlu dipecat daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, pemimpin tersebut bukan lagi pilihan rakyat negeri ini terutama kaum Cina malah kehadirannya pada program BN hanya mencacatkan usaha bagi memulihkan sokongan terhadap parti.

Tegas beliau, peluang untuk merampas semula Pulau Pinang sebenarnya cerah tetapi ia bergantung kepada sejauh mana seriusnya usaha BN menggantikan Tsu Koon yang kini dilihat hanya menjadi liabiliti besar dalam parti.

''Kita lihat kelmarin, hampir 25,000 orang datang memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang diadakan di Guar Perahu meskipun kawasan itu diwakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini satu petanda yang cukup menarik dari segi politik untuk BN.

''Malangnya, kehadiran Tsu Koon pada hari itu tidak dialu-alukan rakyat negeri ini. Berdasarkan maklum balas akar umbi, ramai yang marah dan tidak gembira apabila melihat dia (Tsu Koon) berada di samping Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan kerana yang menentangnya bukan hanya orang Melayu malahan orang Cina sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tee Beng, sejak dua bulan lalu juga berlaku penentangan hebat bukan sahaja daripada rakyat malah parti komponen BN di negeri ini terhadap kepimpinan Tsu Koon terutama tugasnya sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang dilihat tidak berfungsi.

Katanya, mereka sudah muak melihat Tsu Koon yang hanya suka 'mengikut' Perdana Menteri ke sana sini sedangkan tugas hakikinya sebagai menteri dan Pengerusi BN negeri terabai.

''Dia bukan Timbalan Perdana Menteri kedua yang perlu mengikut Perdana Menteri ke sana sini. Tetapi itulah yang dilakukan sejak dulu. Apa guna menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi BN negeri jika tidak menjalankan tugas untuk mengembalikan sokongan rakyat.

''Mungkin orang Melayu tidak rasa sangat seperti yang dirasai masyarakat Cina. Mereka sudah terlalu muak dengan Tsu Koon. Justeru, jika mahu mendapat kembali sokongan sepenuhnya daripada mereka, Tsu Koon perlu dipecat," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Hoi, apa hal guna Islam dalam hal-hal politik!!! Kalau iman cukup kuat tak payah takut dengan dugaan syaitan. Tapi apabila syaitan itu adalah wang, maka munafiklah kamu. Semoga Allah laknat kamu manusia munafik!!!

Anonymous said...

Oi manusia munafik, apa hal tak masuk komen orang, rasa bersalahkah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...