Lagi Puluhan Ahli PKR Keluar Parti Di Gua Musang !


Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kampung Jerek Baru, dekat sini, keluar dari parti itu untuk menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR yang dianggap sia-sia.

Kumpulan itu yang diketuai Mohd. Nazri Mohd. Nor menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusoff Ab Ghani hari ini.

Beliau berkata, mereka meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu yang didakwanya hanya “bermain wayang” tetapi gagal menunaikan janji kepada.

"Kami kecewa apabila parti itu bersekongkol dengan Pas untuk merampas tanah rakyat di beberapa kawasan Hulu Kelantan untuk diserahkan kepada syarikat bagi pembangunan ladang.

“Rasa sedih juga apabila tanah yang diusahakan rakyat, diambil balik begitu sahaja...rakyat juga menuduh kami bersubahatdalam perkara itu sedangkan kami tidak memperolehi satu sen pun daripada pembangunan tanah berkenaan,” dakwa Mohd Nazri. - BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Di Kelantan semenjak dulu lagi parti PAS menghadapi masaalah kerana terlalu ramai ahlinya keluar parti masuk UMNO dan mengikut statistik hampir 70 % ahli PAS telah meninggalkan PAS....tapi kenapa ya sudah 22 tahun PAS tetap memerintah Kelantan.Jadi berita keluar parti pembangkang ni telah terlalu kerap di mainkan sehinggakan di kedai kopi pun orang dah tak bincang lagi melainkan dalam surat khabar arus perdana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...