“Bukan janji, tetapi pasti": Bob Kuman Pembohong? Apa ni Hadi Awang?

Bob Semasa Diziarah Hadi Awang Semalam

Ramai yang sudah tahu pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman kini dilaporkan terlantar dan mengalami kesukaran untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Menurut Bob tahap kesihatannya yang menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama 'Jangan Pandang Belakang Congkak' di Hulu Langat sekitar tahun 2011 lalu. Dia juga terkilan pihak penerbitan drama tersebut tidak tampil menghulurkan bantuan. Sehingga kini, beliau hanya mampu melunaskan separuh daripada kos rawatannya itu.

Lebih mengharukan, Bob menyatakan bahawa dia hanya mempunyai RM36 sahaja dalam akaun banknya. Itu cerita dari Bob Kuman bagaimana pula cerita disebelah pihak penerbitan drama tersebut iaitu David Teo?

“Bukan janji, tetapi pasti saya sudah melangsaikan semua bayaran lakonan yang dibintangi Bob Kuman. “Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa,” kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan pelakon, Bob Kuman, 40, yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.

Semalam dilaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.

Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan pelakon itu sambil memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.

*************

A.S; Kalau benar seperti dakwaan David Teoh, harap Bob dapat muhasabah la diri tu..
Dalam keadaan sakit macam ni, cuba la belajar cakap benar sikit..
Hj Hadi, dah pi melawat tu tolong la tegur apa yang patut!!

4 comments:

Anonymous said...

lain kali ada duit simpan sikit untuk sakit pening. jangan habis kat makan. bila dah sakit tak leh bangun mulalah bising sana sini. tak malu ke meminta2 badan bukan main sihat sejahtera. malula sikit dengan org kerja buruh, yg kutip barangan lusuh yang kurus kering

Dunia Baru said...

bukan janji...tapi pasti...hehhehe

Anonymous said...

Lain macam je perangai bob tu aku tengok. Dari awal pun aku dah rasa cerita dia tak logik. Semput, sakit, susah nafas tapi boleh drive? Kelentong untuk hidup. Ramai sangat yg suka benda free.

Anonymous said...

Anonymous ni mesti trauma menfitnah orang! Where ever you are, bob kuman dan meninggal dan lu kena ingat..lu manusia sampah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...