FRU sedang mara
1.Amaran
Pegawai Polis FRU akan
memberikan amaran kepada perusuh dalam jarak 100 meter yang berbunyi " Bersurai serta merta atau kami ( FRU ) akan suraikan anda dengan kekerasan!”arahan ini di berikan sebanyak lebih dari 3 kali dengan pelbagai bahasa yang mudah di fahami oleh kumpulan haram itu.
Latihan Balingan Bom Asap di kawasan yang jauh dari penduduk
2.Tembakan Gas Pemedih Mata
Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, maka pegawai polis FRU akan mengangkat bendera kuning iaitu bertujuan mengarahkan satu seksyen senapang gas untuk mara kehadapan dan melancarkan tembakan gas pemedih mata dalam jarak 100 meter dari kumpulan haram.
Tembakan gas pemedih mata di lepaskan
3.Tindakan Semburan Air Water Cannon ( Lori Meriam Air )
Sekiranyaperusuh itu enggan bersurai maka pegawai polis FRU akan mengarahkan Lori Water Cannon untuk mara ke perusuh dan melepaskan air bercampur gas. Adakalanya Lori Water Cannon akan menggunakan air berwarna dan tembak ke arah perusuh dan ini memudahkan anggota polis biasa menangkap perusuh yang telah di sembur tadi. Teknik ini pernah di gunakan semasa Reformasi Jalanan 1998.
Trak Meriam Air yang di beli ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir adalah menjadi sokongan kepada FRU
4.Tindakan Paluan Perisai
Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen anggota infantri FRU mara beramai – ramai kehadapan sambil memukul ( Palu ) perisai dengan belantan bertujuan menakutkan perusuh. Teknik ini pernah juga diguna pakai semasa Reformasi Jalanan 1998.
5.Tindakan Balingan Bom Asap
Apabila 2 seksyen infantri FRU telah rapat dengan perusuh tersebut dan perusuh itu pula enggan bersurai, maka Pegawai Polis FRU akan menganggkat bendera hijau dan beberapa anggota FRU yang di tugaskan membawa bom asap akan melepaskan bom asap dengan cara balingan ke arah perusuh itu tadi dan kemudian 2 seksyen infantri FRU tadi akan berpecah kepada 2 kumpulan dan lari ke belakang semula.
6.Tindakan Cota ( mengunakan pukulan belantan )
Sekiranya perusuh tadi enggan bersurai maka Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen infantri FRU tadi mara semula kehadapan sehingga rapat dengan perusuh dan sarjan FRU setiap seksyen akan mengarahkan anggota FRU serang perusuh mengunakan cota atau belantan dan memukul perusuh yang enggan bersurai. Tindakan ini pernah di gunakan semasa rusuhan – rusuhan sehingga era 90 an.
7.Tembak Menggunakan Peluru Hidup
Ini merupakan tindakan yang terakhir sekali sekiranya perusuh enggan bersurai dan rusuhan menjadi lebih dasyat, maka pegawai Polis FRU berkuasa mengangkat bendera merah dan menandakan tembakan akan bermula dan 1 seksyen anggota FRU yang membawa senjata M16 akan mara kehadapan dan melakukan tindakan tembak dengan arahan dari Pegawai Polis FRU tadi.Tindakan ini pernah di guna pakai oleh FRU semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tragedi Memali 1985.
Senjata M16 single shoot yang di gunakan oleh FRU untuk menembak perusush sekiranya perlu.
Tindakan tembakan ini merupakan tindakan awal oleh pihak FRU sementara menunggu pasukan sahabat tiba untuk mengambil alih tugas FRU seperti Platun Infantri Pasukan Gerakan Am ( PGA ), Komando 69 dan Unit Tindak Khas, POPO ATM dan Pasukan 10 Briged Para.
Anggota FRU bergambar bersama Pelakon Osman Kering yang datang memberi sokongan semangat Kepada FRU.
Komando 69 Pasukan Elit PDRM akan ambil alih sekiranya rusuhan menjadi tidak terkawal.
Kekuatan 1 Platun FRU
- 1 X Pegawai Kanan berpangkat Asisten Superintendant Polis ( ASP ) ( Ketua Platun )
- 1 X Pegawai Kanan Berpangkat Inspektor ( Penolong Pegawai Platun )
- 1 X Sarjan Mejar ( Pentadbiran )
- 3 X Sarjan ( Seksyen Komander )
- 18 X Koperal ( Infantri kaki pukul )
- 1 X Koperal ( logistik )
- 1 X Koperal ( Pemandu / mekanik )
- 36 X Konstabel ( Infantri kaki pukul )
- 11 X Konstabel ( Pengawal Lori sambil mebawa M16 untuk pertahanan keliling )
- 2 X Konstabel ( Pengawal Ketua Platun )
- 2 X Konstabel ( Perubatan )
- 7 X Konstabel ( Pemandu )
- 2 X Konstabel ( Pemandu Simpanan )
- 1 X Konstabel ( Radio Operator )
- 1 X Konstabel ( Juru Tulis )
- 1 X Konstabel ( Juru Bahasa )
- 1 X Konstabel ( Juru Kamera )
- 1 X Konstabel ( Penembak Tepat )
Angota Pengawal Lori FRU di tugaskan untuk pertahanan keliling lori FRU dari di cerobohi
- Gambar sumber dari FB Perajurit Penjana Pemikiran Pertahanan
Anggota FRU sedang siap memasang topeng
Kesimpulan
Sehingga kini pasukan FRU Malaysia begitu berhemah dalam menangani rusuhan di negara ini, FRU sering menggunakan tindakan sehingga ke tahap 5 ( seperti di atas ) sahaja kerana mereka berprinsip menggunakan tindakan yang paling minima.
Anggota FRU mara ke objektif
2 comments:
teratur dan mengikut prosedure antarabangsa. Tahniah PDRM. Pada puak2 Pakatan Rakyat jangan dok buat tuduhan yg bukan2
Bergemuruh darah dengan rasa bangga melihat gambar-gambar (bangga yang di benarkan kot).
Bunyi seperti klise tetapi inilah kumpulan yang amat berjasa pada negara-( berbezakan dengan mat rempit dan unit amal PAS?)
Sigh malangnya saya ni pada ketika muda seorang insan yang fizikalnya kureng sikit pakai spek mata pulak tu bulu dada pun takat 7 helai ...lalu tidak berpeluang untuk menjadi insan hebat seperti mereka.
Jasa saya pada negara amatlah kurang terhad kepada bayar cukai je -tapi saya tidaklah merosakkan negara pulak macam sesetengah orang.
Syabas. Semoga Allah memberkati mereka.
Post a Comment