Kiri, YB Wong Hon Wai , ADUN Ayer Itam Penipu Rakyat |
Akibat bantuan yang dijanjikan tidak kunjung tiba, empat sekeluarga mangsa kebakaran di Pangsapuri Desa Mawar, Ayer Itam di sini terpaksa tinggal dalam rumah yang belum dibaik pulih akibat kebakaran pada Selasa lepas.
Peniaga barangan lusuh, P. Susila, 40 berkata beliau bukan sahaja kehilangan harta benda bernilai belasan ribu ringgit, malah terpaksa mempertaruhkan keselamatan diri dan keluarga, tinggal di rumah yang terbakar 45 peratus itu kerana tiada pilihan lain.
Salah sebuah bilik di kediamannya hangus terbakar dalam kejadian 9 malam itu dan kesemua barangan berharga termasuk wang tunai, barang kemas dan pakaian gagal diselamatkan.
Mereka terpaksa tinggal di pangsapuri itu dalam keadaan bergelap dan berpanas berikutan bekalan elektrik belum dibaik pulih akibat kebakaran itu, katanya.
Beliau bersama tiga anaknya berusia 17 hingga 22 tahun itu kemudian tinggal di dewan orang ramai berdekatan pangsapuri itu selama sehari Rabu lalu sebelum pulang semula ke pangsapurinya selepas wakil Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Itam, berjanji untuk membantu mereka.
Selepas menunggu bantuan yang tidak kunjung tiba, Susila dengan bantuan jiran kemudiannya menghubungi Ketua MIC Bahagian Bukit Gelugor, K. Loganathan untuk meminta bantuan.
Sementara itu, Loganathan berkata beliau bersama Penyelaras Barisan Nasional (BN) Ayer Itam, telah melawat keluarga itu malam tadi dan bersetuju menghulurkan bantuan.
Kerja membaik pulih rumah akan bermula pada Isnin.
"Kami telah mendapatkan peruntukan dari Majlis Pembangunan Masyarakat Penyayang (Mayang) bagi membantu meringankan beban Susila sekeluarga," kata Loganathan. -
No comments:
Post a Comment