UMNO Ampang Buatkan Pudin Terkedu Lagi!

Umno Bahagian Ampang mengesahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bukan ahli Umno di Bahagian Ampang sebagaimana yang dibangkitkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, setalah semakan dibuat baik di bahagian mahupun cawangan, tiada nama beliau dalam senarai keahlian Umno di Ampang.

Menurutnya, sepanjang penglibatan beliau bersama Umno di Ampang, beliau tidak pernah melihat Tan Sri Abdul Aziz menghadiri mana-mana mesyuarat yang dianjurkan.

“Walaupun Saifuddin cuba mengaitkan Tan Sri Abdul Aziz dengan mengemukakan bukti nama, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian, semakan yang dilakukan termasuklah di Ibu Pejabat Umno Malaysia mengesahkan beliau tiada penglibatan dengan Umno Ampang.

“Malah saya cukup kesal dengan tuduhan Saifuddin yang hanya mengemukakan bukti tidak berasas dan hanya semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keraguan kepada rakyat berhubung kredibiliti seseorang yang mempunyai jawatan penting,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, Pakatan Rakyat (PR) hanya mahu menggambarkan kepada dunia bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil malah sanggup mengaitkan individu penting dalam SPR bagi menimbulkan keraguan.

Ismail berkata, beliau mempelawa Saifuddin bertemu dengannya sekiranya mahu melihat bukti bahawa Tan Sri Abdul Aziz bukanlah ahli Umno dalam bahagiannya.

Katanya, tindakan Saifuddin jelas mengaibkan seseorang dan beliau perlu meminta maaf.

1 comment:

cara pemesanan trica jus said...

=========================================
berbagi Kata Kata Motivasi cuy
Hidup ini penuh pilihan. Semakin baik keputusan yang kamu pilih semakin baik juga kamu dalam mengendalikan kehidupanmu.
=========================================

semoga dapat di terima :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...