Demo Aneh Depan KFC! Kat Malaysia Ada Berani? (Pics)

Seorang lelaki di Wuhan China melakukan demo yang agak aneh di depan sebuah KFC. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Encik Yang membeli beberapa KFC Bucket dan kemudian meletakkannya di hadapan restoran KFC bagi menghalang orang ramai dari memasukinya. Menurut laporan media China, Encik Yang tidak puas hati dengan tahap kebersihan cawangan KFC ini. 

Beliau dikatakan ternampak seorang pekerja meyediakan sebuah burger tanpa menggunakan sarung tangan, pentutup mulut dan sarung rambut. Beliau terus bertemu pengurus restoran dan memarahi pengurus tersebut kerana tidak menjaga tata tertib kebersihan pekerjanya. Si pengurus meminta maaf atas kesalahan pekerja tetapi Encik Yang mahukan pampasan berupa 20 hidangan Family Bucket Meal. Pengurus enggan memberi pampasan melampau ini dan Encik Yang naik berang.

Beliau kemudian datang semula ke restoran KFC ini dan mencampakkan Yuan 140 000 (RM 67 000) di atas meja dan memesan 2000 Family Bucket Meal. Tujuunnya menurut Encik Yang ialah untuk "menyelamatkan penguna lain dari memakan makanan yang tidak bersih". Yeah lolwut.

Beliau kemudian menyusun Family Bucket Meal yang beliau beli di hadapan pintu restoran dan sebagai amaran kepada orang ramai supaya tidak makan di restoran yang kotor ini. Pihak KFC hanya memjual sebanyak 22 Family Bucket Kepada beliau sebelum berhenti kerana merasakan tindakan Encik Yang tak masuk akal.

Sungguh aneh demo Encik Yang ini. Nak boikot KFC kerana kotor tetapi sanggup membelanjakan duit sendiri beli ayam KFC berbucket. Weirdo gila. Lepas tu tak makan! Damn rugi siak tak makan KFC lepas dah bayar! I RAGE!



-Sumber

1 comment:

Prince Righty I said...

Jangan, jangan dan jangan buat di Malaysia. Kalau kita buat benda yang sama, kita dah tutup periuk nasi orang melayu sendiri sebab KFC Malaysia kepalanya orang Melayu Islam. Lagipun KFC di Malaysia hampir semuanya bersih, tambahan lagi ayamnya dan makanan lainnya dijamin halalan toyyiba. Cuma jangan makan selalu je, takut darah naik... :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...