Confirm! Anwar bertanding di Perak. Orang Permatang Pauh dipercacaikan..

riwayat Anwar akan berakhir di Persk. Bersedialah..

SHAH ALAM:
Ketua Pembangkng Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh tetapi akan beralih ke Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau walau bagaimanapun akur keputusan itu telah dibantah oleh pengundi-pengundi Permatang Pauh  namun berkata ia diambil untuk kepentingan kempen Pakatan Rakyat di Perak. 
“Saya akan ke Permatang Pauh untuk meredakan mereka (pengundi). Ada bantahan yang kuat tetapi bukan maksud saya untuk tidak menghormati pengundi di sana," kata Ketua Umum PKR yang sebati dengan kawasan parlimen semasa di dalam dan di luar kerajaan. 
Kempen Pakatan Rakyat di Perak hambar berikutan keputusan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk meninggalkan kerusi Ipoh Timur dan beralih ke Gelang Patah di Johor. 
Beberapa pemimpin DAP lain berkemungkinan mengambil tindakan sama. 
Tindakan Anwar meninggalkan Permatang Pauh menyusuli pengumuman isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bersaing untuk kerusi DUN di Selangor.
Anak sulung Anwar, Nurul Izzah pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai di mana beliau dijangka ditentang oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik.-Antarapos

2 comments:

Tasek Gelugor Portal said...

Assalam..Tuan empunya blog...mohon dipautkan Portal Ini empiremeditg.blogspot.com dihalaman blog saudara...blog saudara telah pun dipautkan di halaman TGP...terima kasih...

Anonymous said...

Pengundi Pmtg. Pauh dah celik dan sedar, sokongan kpd Anwar dah merudum. Anwar dapat mengesan lebih awal bahawa sekiranya bertanding diPmtg. Pauh, dia pasti akan kalah. Beberapa kali lawatan dan ceramah tidak mendapat sambutan dari pengundi Pmtg. Pauh. Sebagai Ahli Parlimen mewakili Pmtg. Pauh, perkhidmatannya amat mengecewakan pengundi yang telah memberi undi kpd. Anwar. Kaki2 perang yang menyokongnya telah sedar, mereka ditipu oleh orang yang bernama Anwar Ibrahim.

Orang PERAK akan menerima perkhidmatan yang sama seperti diPmtg. Pauh. DiTipu, DiLiwat, DiBohonggi, DiJanjikan pelbagai, DiRasuah (Wang akan bertaburan dikawasan yang diwakilinya)sama seperti diPmtg Pauh semasa PRU12.

Ayuh Orang PERAK bangkitlah menafikan orang yang bernama Anwar Bin Ibrahim drp. menjadi pemimpin anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...