ADUN PKR Bakar Arang bakal keluar parti?

gambar hanya hiasan

ALOR SETAR 10 Mac – Ketidakhadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu pada Majlis Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang baru di Istana Anak Bukit di sini hari ini menimbulkan teka-teki mengenai kedudukannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).Malah tindakannya yang dikatakan mengambil cuti sejak minggu lalu telah menimbulkan spekulasi kemungkinan beliau akan keluar daripada PKR.

Wei Shu yang memegang jawatan Exco selama dua tahun tidak dilantik semula ke jawatan tersebut berkuat kuasa hari ini dan tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil rakyat PKR iaitu ADUN Sidam, Tan Show Kang.Seorang lagi penyandang yang tidak dilantik semula ialah ADUN Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh daripada Pas.

Bagaimanapun, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kassim ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, beliau yakin ADUN Bakar Arang itu akan terus bersama PKR berdasarkan perbualan terakhir mereka menerusi telefon minggu lalu.“Beliau memberitahu saya masih setia dan menyokong perjuangan PKR. Cuma beliau rasa sedikit terkilan dan mengambil cuti.

“Saya yakin beliau akan terus setia dengan perjuangan parti berdasarkan jaminan mulut beliau sendiri,” katanya.Ahmad berkata, lagi pun tiada guna bagi Wei Shu melompat parti kerana ia tidak memberi sebarang kesan kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semasa diminta mengulas perkara itu berkata, ketidakhadiran Wei Shu hari ini disebabkan masalah kesihatan.

AS: Ustaz Zizan, kamu lihatlah, Bukan senang nak jadi pemimpin. Bukan senang nak memuaskan hati semua pihak. Bukan mudah nak jaga hati setiap individu yang di bawah kita. Apakah rasional rombakan 2 kerusi exco tersebut? Apakah mereka tak perform? ataupun 2 ADUN ini tak sehaluan dengan Menteri Besar ini?

ADUN PKR keluarlah dari kepompong kerajaan negeri Kedah yang hanya tau menebang balak bila tak de duit, Kulim Hi Tech Park pun merudum jatuh, masalah sampah tak selesai-selesai, masalah bekalan air semakin berlarutan. Jika perkara asas ini pun sukar ditangani, bagaimana agaknya nak mentadbir negara? Semua ahli pKR dah sedar mengenai keboborokan kuasa veto penasihat umum yang mengalahkan preseiden. Firaun kecil dan badut hingusan sentiasa bermaharajalela dalam parti, sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan orang lain untuk mereka naik dalam parti. PKR harus tumbang! PKR parti bermasalah. Parti ini tak dilihat takda asas perjuangan yang kukuh.

2 comments:

anakwatan said...

punca segala masalah ni datangnya dari peninggalan kerajaan terdahulu.kerajaan pakatan di kedah ni cuba sedaya upaya utk menyelesaikan segala masalah yang ditinggal kan namun masih terdapat ramai lagi kakitangan dan agensi kerajaan negeri yang pro umno enggan berkerjasama dgn kerajaan pakatan.ini lah yang menimbulkan masalah pada kerajaan pakatan skrg. ditambah pula dgn peruntukan utk kerajaan negeri tak sampai pada yang berhak iaitu krjaan pakatan.duit tu semuanya masuk kepada ketua2 bahagian umno negeri.disini dimanakah keadilan yang diwar2kan oleh umno dalam 1malaysia,sedangkan negeri majoriti melayu pun dianaktirikan.inikah yang dikatakan pejuang bangsa agama dan negara yang umno dok bangga sangat.hentikanlah sandiwara anda, memang umno dengan apa cara sekalipun akan tawarkan RM..kepada YB pakatan yang ada masalah kewangan ini lah peluang yang umno ada cara yang paling kotor dalam sejarah demokrasi malaysia. kalau umno yakin akan sokongan dah pulih mari kita lawan di kota siputeh tanpa rasuah,ugut,tekanan dan media talibarut umno, ini lah dinamakan demokrasi.

Anonymous said...

Alhamdulillah kepada anak watan yg telah membuat tuduhan tanpa usul periksa. Ketahuilah bahawa dalam pengurusan sesebuah negeri/negara terdapat peruntukan yang telah ditetapkan. Untuk makluman bahawa pembanguan yang mengambil kepentingan keatas kesihatan, keselamatan serta cukai adalah tertakluk keatas bidang kuasa kerajaanpusat. Manakala pembanguan sesebuah ekonomi negeri adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri. Buka minda sebelum membuat tuduhan melulu. Sebagai manusia yang dikurniakan oleh Allah akal fikiran hendaklah menggunakan anugerah Allah itu supaya tidak menjadi sama taraf dengan makhluk Allah yang lain...Faham-faham ajalah.Sebab itu lah manusia dijadikan sebagai khalifah Allah. Berbalik kepada isu yang dibangkit tadi bahawa peruntukan yang diberi kepada ketua-ktuas UMNO adalah peruntukan luar bandar.Sebab wakil-wakil inilah yang telah membuat cadangan pembangunan kepada pusat untuk kepentingan rakyat marhaen. Sebagai kerajaan negeri yng memerintah maka bertanggungjawab untuk mencari pelaburan serta memasti kan kutipan cukai kerajaan tempatan digunakan sepenuhnya untuk pembanguan negeri/daerah/kampung. Maka ini adalah tanggung jawap ketua kg/penghulu/adun dan lain-lain untuk memastikan pemerintahan yang berkesan serta dapat membangunkan pembangunan ekonomi serta insaniah. Jika rasa tak cukup modal maka deraf lah satu pembangunan yang berkesan bagi membuat pinjaman kepada pusat bukannya pakai mulut sahaja. Fikir-fikirkanlahhhh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...