YB Zul dah tarik diri, kesian Anwar


PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
ADVOCATES & SOLICITORS PEGUAM SYARIE

Ruj. Kami : DSAI/MTSWP/QAZAF
Ruj. Tuan : MTSWP-14100-099-0012-2010

Selasa: 23 Rabi’ul Awal 1431 / 09 Mac 2010

PendaftarMahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan
Jalan Damansara
Kuala Lumpur

Fax: 03-22740136/ POSTuan

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH W.PPERMOHONAN NO: 14100-099-0012-2010DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM –v- SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN DLL


Perkara diatas dirujuk.Dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia meneruskan perwakilan mewakili YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim bagi kes permohonan di atas.

Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan/ atau bertindak sebagai peguam syarie YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim berkuatkuasa serta merta.Dilampirkan sesalinan Borang MS 8 untuk tindakan lanjut pihak tuan.
Oleh itu, saya pohon kebenaran pihak tuan untuk kemaafan tidak hadir pada sebutan kes ini yang dijadualkan pada hari Rabu 24 Rabi’ul Awal 1431 / 10 Mac 2010.

Sekian untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak tuan.


Yang benar

(ditandatangani)

Zulkifli Bin Noordin

s.k

1. Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi
2. Tetuan Zainul Rijal & Associates
3. YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...