Malaysia Naikkan Harga, Pakistan Turunkan Harga Minyak?

Edisi Tajuk Reverse Psycho Untuk tatapan rakyat Malaysia sekalian yang membantah dan gusar tentang kenaikan harga minyak. Umum tahu bahawa kerajaan negara mana pun kalau boleh tak mahu menaikkan harga minyak kerana akan mengundang kemarahan rakyat.

Tapi apa nak buat, keadaan semasa sekarang ini membuatkan kerajaan tak dapat mengelak dari bertindak sedemikian, Tapi anda perlu ingat, harga Petrol RON97 diapungkan mengikut harga pasaran manakala kerajaan BN yang prihatin dilihat telah cuba sedaya upaya bagi mengekalkan petrol ron95.

Kesian kat Pakistan harga petrol RM3 seliter. Pendapatan dahlah tak seberapa. Majoriti disana berpendapatan bawah RM400 sebulan. Hurmm.. Pikiaqla..

Pakistan naikkan harga petroleum hingga 13%

ISLAMABAD 1 April - Pakistan menaikkan harga minyak petroleum sehingga 13 peratus bermula hari ini, mencerminkan peningkatan harga minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, parti politik membantah langkah tersebut yang dilihat akan menimbulkan kemarahan baru rakyat ekoran peningkatan mendadak kos sara hidup.

Kerajaan campuran dipimpin Presiden Asif Ali Zardari pada bulan lepas mengurangkan separuh peningkatan harga minyak untuk memujuk rakan utama parti yang berundur daripada kerajaan sebagai membantah kenaikan harga minyak pada Januari lalu.

Peningkatan harga minyak itu telah dibatalkan sepenuhnya bagi menarik kembali Gerakan Muttahida Qaumi, parti ketiga terbesar dalam kerajaan campuran itu.

Parti itu sekali lagi mengutuk kenaikan harga terbaru itu sebagai tidak adil dan menggesa kerajaan membatalkannya.

''Rakyat Pakistan sudah berada dalam tekanan akibat kenaikan harga tinggi dan keputusan kerajaan untuk meningkatkan harga minyak akan menambah tekanan itu,'' kata parti itu dalam satu kenyataan.

Parti pembangkang utama dipimpin bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif juga menolak kenaikan itu.

''Kerajaan perlu membendung rasuah dan memotong perbelanjaan untuk meningkatkan perolehan berbanding mewujudkan masalah kepada rakyat miskin,'' kata jurucakap parti itu, Siddiqul Farooq.

Peningkatan terbaru yang berkuat kuasa hari ini menyaksikan harga minyak petrol meningkat kepada 83.56 rupee (RM3.038) seliter daripada 76.58 rupee (RM2.76), peningkatan sebanyak 9.1 peratus.

Diesel light speed pula meningkat kepada 78.98 (RM2.84) seliter daripada 69.91 rupee (RM2.516), kenaikan sebanyak 12.97 peratus. - Reuters

4 comments:

Anonymous said...

Utk negara yg tiada industri minyak mmglah patut dinaikkan sejajar dgn harga semasa tp utk negara yg mengeluar minyak, kenaikkan bermakna income negara pon naik, aku pernah dinegara arab diAfrika Utara,minyak dunia naik, harga dipam turun sebaliknya bila minyak dunia turun harga dipam pulak naik. Bayangkan jika kita mengeluarkan 1j tong sehari berapa tambahan income yg negara kita dpt.(jika kenaikkan US10 = US600j/bln. Kesimpulannya gunalah sebahagian dr lebihan pendapatan tersebut utk kesejahteraan, bukannya mendera rakyat. Tak payahlah nk dibanding2 dgn negara2 lain krn setiap negara adalah berbeza.

Anonymous said...

Anak Seberang pi pemohong kat orang kampung Permatang Ara la, kot2 depa bleh percaya.
Ada ka compare dgn negara yg takdak minyak, ada akai ka?

Anonymous said...

ni!!!akai letak kt lutut kot...minyak ron 95 tu kualiti rendah..setiap 2 bulan harga minyak naik..apa kejadah!!!
nk compare ngn pakistan,kita dhla negara pengeluar minyak,keluarkan minyak gred terbaik untuk industri di jepun pulak 2,sepatutnya ron97(minyak baik) murahla kt negara sendiri..ni gred baik naik walaupun kita keluarkan gred baik..minyak murah(ron95) hanyalah propaganda tanda kerajaan prihatin!!!
shitttte BN!!!!
kalo dh pro be end (BN) yg nk end,BN jgak!!!!

Anonymous said...

gaya tulih mcm pandai. tapi bodo piang!!.. hang buat perbandingan macam epal ngan durian, mana buleh. mana sama kategori bodo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...