Apa Nak jadi? La Ni Trend Wanita Bertudung Hisap Rokok Ke? (Pics)

Trend merokok dikalangan perempuan melayu Malaysia bukan sahaja dikalangan gadis berimej sosial, tapi kini trend merokok di kalagan gadis bertudung telah meningkat dan ianya bukan satu pandangan yg aneh lagi buat masa kini di bandar-bandar besar seperti Kuala lumpur.

Wanita berimej "perempuan melayu terakhir" ini telah rosak dari dalam, walaupun luarannya masih berimej sopan dan muslimah. Apa komen kalian?
Hangpa layan je gambar-gambar aku sedia ni.





4 comments:

berasiam said...

Apa nak peliknya. Manusia sekarang keliru antara aurat dan kulit. Ramai yang menyangka kulit itulah aurat. Maka mereka berbaju ketat dan bertudung, kononnya menutup aurat sedangkan mereka hanya membalut kulit. Bertudung juga bukanlah seperti tudung yang dinyatakan dalam Al-Qur'an, iaitu "menutupi dada kamu". Kebanyakan wanita hari ini mengenakan tudung sebagai trend semata-mata. Wujudlah pelbagai jenis tudung dengan nama tertentu. Tudung dikomersilkan secara berlebihan sehingga menenggelamkan fungsi dan tujuan asalnya untuk menutup aurat, bukan menutup kulit. Maka dari pelbagai kekeliruan yang timbul, tidak menjadi suatu kejanggalan bila wanita yang bertudung pun semakin ramai yang menghisap rokok.

Anonymous said...

tidak menjadi masaalah kalau org pompuan menghisap rokok ...cuma kalau di lihat dalam keadaan situasi Malaysia secara adat nya org memandang serong dan byk prasangka terhadap mereka ...benar kata berasiam... bertudung hanya lah untuk berfesyen dan bukan mengikut syariah.. dan pompuan seperti ini sama saja dgn yg tak bertudung ...tapi yg tak bertudung tu tak semesti nya buruk akhlak walaupun bertudung itu sendiri sebahagian dari pembentukan akhlak... mudahan Allah memberi kita hidayah dgn ilmu yg kita belajar..

Anonymous said...

Ape nak heran dgn perempuan jenis ini...memang banyak yang kita lihat melepak sambil menghisap rokok. Mereka ini sebenarnya adalah dari golongan yang telah rosak akhlaknya, mereka sengaja ingin menunjukkan identiti mereka agar senang di pancing lelaki yang suka bersosial. Perempuan jenis ini juga sudah hilang rasa hormat dan maruah pada diri sendiri serta keluarga. Mereka memberontak diluar rumah dgn aktiviti2 tak bermoral, menunjuk2 pada masyarakat yang mereka tidak boleh dikontrol oleh sesiapa pun. Mereka ingin bebas sebagai orang dewasa. Tetapi bertudung itu terpaksa dilakukan kerana ia adalah kehendak keluarga atau institusi tempat mereka bekerja atau belajar. Sebenarnya, wanita2ini sudah rosak akhlak. Kalau tak percaya, kerat jari aku kalau mereka masih dara lagi.

sheikh said...

hahaha..kalo lelaki Islam hisap rokok boleh pulak eh?ustaz2,pak aji, lebai hisap rokok daun kat kedai kopi ok plak eh?apehal xpost gambar2 diorg?

Apa yg aku nak katakan kat sini, rokok tu dah sah haram. Xkira la samada laki atau prempuan yg hisap. Memang xpelik la dah jd mcm ni sbb maybe ayah/datuk/pakcik perempuan ni pun perokok tegar.mana tumpahnya kuah kalo x ke nasi kan? Renung2kan dulu akhlak kita sebagai ketua keluarga atau pemimpin sbelum kita nk komen pasal org len. Sepatutnya kita kena tangani budaya hisap rokok di kalangan suma org Islam. xkira laki or prmpuan sbb dah sah haram.renungkan, Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...