Kematian Karpal Singh Bukan Alasan Untuk Lanjutkan Masa Fail Rayuan Kes Liwat Anwar..


Permintaan untuk lanjutan masa bagi memfailkan rayuan terhadap sabit kesalahan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak mahkamah, kata ketua undang-undang PKR, Latheefa Koya.

Beliau berkata, Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebaliknya meminta Anwar untuk memfailkan permohonan formal, termasuk notis usul, bagi meminta lanjutan masa bagi memfailkan alasan rayuan.

"Ini berlaku meskipun mereka tahu esok merupakan hari terakhir untuk memfailkan petisyen itu," katanya.

Latheefa berkata beliau diberitahu tentang hal ini daripada seorang peguam daripada firma guaman mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan di lebuh raya pagi Khamis lepas.

Karpal merupakan peguam utama yang mewakili Anwar di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

"Ia dianggap sangat tidak bertimbang rasa dan tidak simpati ke atas kematian Karpal," kata Latheefa.

"Nampaknya Mahkamah Persekutuan nekad untuk mempercepatkan rayuan, dan ini dapat dilihat dalam kengganan mereka untuk memberi lebih masa kepada Anwar," katanya.

Semalam, Ramkarpal Singh yang terlibat bersama Karpal dalam kes liwat itu berkata beliau sudah menulis kepada Mahkamah Persekutuan untuk meminta lanjutan masa bagi memfailkan rayuan untuk kes itu.

"Beliau berharap untuk mendapat jawapan hari ini tentang sama ada mahkamah akan mengizinkan masa dua minggu untuk memfailkan alasan rayuan," katanya.

Mahkamah Rayuan menghantar alasan rayuan kepada firma guaman Karpal pada 16 April, yang memberikan mereka masa 10 hari.

Karpal, 73, terbunuh dalam kemalangan lebuh raya pada 17 April dengan pembantunya Michael Cornelius di KM301.6 di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Kampar, Perak.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar selepas membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengetepikan pembebasan Mahkamah Tinggi.

Anwar tetap dengan pendiriannya yang dakwaan ke atasnya semuanya bertujuan untuk membantutkan kerjaya politiknya.

Putrajaya sudah memfailkan rayuan balas untuk mendapatkan hukuman lebih berat bagi Anwar yang berusia 66 tahun itu.

The Malaysian Insider 

2 comments:

Anonymous said...

Percepatkan masuk penjara dan tambahkan kepada 20 tahun.Naik meluat aku.

anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal said...

itulah....yang dulu ko orang postpone sampai 60 kali tu sapa suroh. Le ni marah kat mahkamah tak bertimbang rasa. Aku mintak judge nanti increase tempoh penjara ke maksima 20 tahun dan cepatkan hukuman. Mandela boleh tunggu 30 tahun dalam jail, apasal Bang Non penjuboh ni tak boleh?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...