Showing posts with label am. Show all posts
Showing posts with label am. Show all posts

Hangat! Kenapa UMNO masih belum dapat menguasai majoriti anak muda?


Hasil pemerhatian AS, perkara-perkara seperti dibawah inilah yang perlu dititikberatkan di semua peringkat kepimpinan terutamanya pemimpin pemuda untuk bermuhasabah setiap kelemahan dan kelalaian kita. AS amat berharap agar kenyataan ini dapat dijadikan panduan dan ingatan kepada keseluruhan kepimpinan UMNO.

Pendekatan pada anak muda melalui kampus dan insitusi pengajian tinggi perlulah dilakukan secara radikal keran kita alpa bahawa pihak lawan samada secara senyap-senyap atau terang-terangan menggunakan kaedah ini dan didapati ia amat berkesan.

1Pihak pembangkang mengeksploitasikan mahasiswa di kampus dengan cara meringankan beban pelajar memalui persatuan-persatuan dan MPP melalui cara menanggung kos sewa mesin fotostat,bekalan kertas A4 dan binding msein dan juga binding strips serta lain lain berkaitan.

2.Pembangkang amat kerap bersama pelajar dgn perjumpaan yg tidak formal,manakala umno hanya tertumpu kpd perjumpaan formal dan program yg bertaraf tinggi.

3.Para pemimpin pemuda kurang aktif dan hanya mengambil kesempatan poltik untuk mempromosikan diri , berlagak angkuh dan terlalu rasmi serta dilihat terlalu elit dan gaya org kaya dan gaya org besar yg amat tidak perlu sama sekali.

4.Konsep mesra rakyat umno amat rendah kualitinya dan konsep mesra pelajar pemuda amat bersifat poltik sahaja.

5.Kepimpinan pemuda umno tidak berjemaah dengan pelajar dikampus dan tidak berminat memberi tazkirah di masjid ataupun surau kampus sedangkan mereka berupaya melakukannya.

6.Kepimpinan pemuda umno amat suka harapkan pemimpin pelajar sahaja tanpa memantau mereka dgn baik dan sentiasa beranggapan RM boleh menyelesaikan segalanya.

7.Pemimpin pemuda umno amat gila glamer dan kurang kualiti sosial dgn rakyat biasa ataupun sensitif dengan status para pelajar yg kebanyakannya adalah daripada kampung.

8.Pemimpin umno leka dan lalai sentiasa dan kurang mempromosikan produk politik parti dan hanya tertumpu kpd soal promosi diri mereka sahaja.

9.Membawa politiking parti dan promosi pemimpin ataupun indidvidu tertentu apabila bersama para pelajar dan juga pada masa yang sama menjatuhkan pemimpin yg lain.

10.Kepimpinan pemuda umno kurang realistik dan praktikal dalam usaha menembusi poltik kampus kerana mereka juga sebenarnya tak faham dan tak reti.

Iklan pilihanraya yg terlampau...




Maafkan AS jika entry kali ni mengganggu keselesaan kalian..
Tidak berniat sikitpun untuk membawa unsur-unsur lucah didalam blog suci murni ini..
Ini ialah iklan pilihanraya di Sepanyol..
Bayangkan jika di Malaysia? mohon jauhkanlah dari benda-benda macam ni..
Syukurlah negara Malaysia yang agama rasminya Islam tidak akan membenarkan perkara ini akan berlaku sama sekali!
Entahlah jika PR perintah? Sama Rata, Sama Rasa semua buleh jadi..
Jangan main-main woo...

Lucukah perbuatan ini? (Video)



Pertama kali AS menonton video ni macam-macam perasaan yang berbaur difikiran.
Mungkin ini jenaka bagi mereka, tapi jika dipikir secara mendalam, inilah reality sikap anak-anak melayu sekarang.
Jika dari kecil tidak dipupuk perasaan kasih mengasihani dan sayang menyayang diantar satu sama lain, bila sudah besar apa la nak jadi dengan mereka ini. Dimanakah nilai kemanusiaan yang ada dalam diri mereka?

Ulang Tayang Sindrom Bangau oh Bangau



Ulang Tayang Sindrom Bangau oh Bangau

Tentu kita semua pernah dengar lagu "Bangau Oh Bangau" nih.. kalau pun tidak pernah menyanyinya..
secara discreetnya, lagu ini mengajar kita agar menuding jari kpd orang lain setiap kali ada masaalah..

Dan tarikh 10.10.10 adalah tarikh ulang tayang sindrom bangau oh bangau ini utk ke sekian kalinya...
Ini bukan pasal perkahwinan sensasi angkasawan negara Dr. SMS.. tapi pasal bas express yang terbalik di Lebuhraya Plus yang meragut 12 nyawa (last count) yang happen to be at the wrong place at the wrong time...

Seperti diduga.. baik di media cetak, mahupun media elektronik, maka bermulalah satu lagi siri tuding menuding jari mencari siapa yang harus dipersalahkan. Menteri tuding jari kat sana, Polis tuding jari kat sini, JPJ tuding jari situ, ahli2 masyarakat pulak tuding jari ikut dan.....

Maka akan hebohlah sampai 10 hari cerita itu.. cerita ini.... Wartawan pun akan sibuk korek sana korek sini pasai latar belakang pemandu, latar belakang syarikat... latar belakang bas...
pendeknya... everybody has something to say.. something to tell...

Polis dan JPJ pulak mulalah adakan operasi hampir 24 jam... saman sana saman sini...sampai tayar basikal yang tak ada bunga kalau boleh depa nak keluaq saman..

Lepas 10 hari.... ?????? anda tak perlu jadi saintis nuklear utk mengagak bagaimana segala ini akan berakhir..
UNTILLLLLLL.....

Terkini, Gambar dan Video Kemalangan Maut di Alor Gajah berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat yang mengorbankan 12 nyawa



















Kita berhenti seketika dari topik politik.
Mari kita sama-sama sedekahkan alfatihah dan ucapkan takziah kepada mangsa kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat sebentar tadi.
Sudah lama negara kita tidak digemparkan dengan kemalangan ngeri yang meragut banyak nyawa, namun dengan ketentuan Ilahi, perkara malang ini berlaku jua. Difahamkan setakat jam 12 malam tadi sudah 12 nyawa yang terkorban.

video saksi di tempat kejadian














Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.
Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.
Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.
Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.
"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Sungguh biadap terhadap undang-undang!




Tak kira la apa bangsa sekalipun, hormatilah undang-undang. Beri kerjasama kepadaanggota polis yang menjalankan tugas.

Cuba bayangkan jika wanita ini diragut di tepi jalan?Agaknya kepada siapakah yang dia nak meminta pertolongan?

Qeba Yang Bakal menanti Jika Nama Allah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh Bukan Islam


Sekadar ingin berkongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia . Saya tidak berniat memburukkan Indonesia .. They have my respect, dan saya tahu orang-orang Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya.

Aku ingat satu hari aku buka TV perdana di Indonesia,untuk menonton satu program. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar-kobar. Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal-pasal dia sambung Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam! Aku langsung tergolek. Astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku di Indonesia, kalau baca surat khabar , nanti ada slot obituaries: Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah. Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black" tergolek lagi aku..

Satu lagi cerita ketika di Indonesia, satu hari aku bermusafir lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya! Aku pun pergilah dekat.. tup-tup... aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah...gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah Usha buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang macam ini. Memantapkan Iman Anda Kepada Allah bila buka, tinjau helai demi helai , aku jadi keliru, lain macam saja ayat-ayat dan hadis ni. Aku tengok balik lah.. ayat-ayat kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.

Risau juga kalau Malaysia jadi macam ini. Di tengah-tengah bandar Bandung juga terdapat sebuah gereja yg dinamakan Rumah Allah. Qeba (emel dari rakan)
qeba = bala

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk (Nak tahu sila baca artikel tulisan wartawan MG Pillai yang saya sertakan dalam blog ini pada Dec, 2008).

--Bersambung jika ada update
Posted by shahpaskal at 8:10 AM 21 comments Links to this post
Labels: Analisis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...