Hebat! Pas join sekaki Dalam Konsert Rock 4 Rights Di Penang

Suasana Konsert Petang Tadi.

1.Konsert 12 jam tanpa henti dari 12 tengahari - 12 malam di Padang Kota sekarang
2.Masa maghrib pun depa balun nyanyi, berenti sat saja.. YB Salleh man teloq naik tang dahi..
3.Tak Ramai pun Yang pi Tengok, Rata-rata yang pi dan band yang main muzik adalah orang Islam..
4.Tahniah la kepada Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam (BCCLC) yang dibelakangnya Bar Council yang kita semua tau sapa orang atasnya..
5.sampai nak panggil Nurul Izzah main atas stage, sempoi la anak anugerah tuhan sorang ni...
6. Apabila perasmian pukul 8,penonton dah kumpul antara jam 6ptg atau awal lagi..kepada anak muda beragama Islam, ada disediakan tempat solat? solat magrib & asar macam? ada laungan azan/pengumuman solat dari penganjur utk berhenti solat untuk muslim?
7. mcm mana yg datang berpasangan? minum dan mabuk, penyalahgunaan dadah! ciuman terbuka dan sex bebas? ada PAS kesah?

Tahniah PAS anda dah buktikan kewibawaan anda menjadi Munafiq Bisu..
Konsert ni takda Jauh bezanya dengan konsert Adam Lambert seperti yang anda demo tempohari kerana Konsert ini tak mengenal batasan masa..
semua ni agenda Bar Council untuk melalikan jumat Islam..

PKR Cabang Tenom, Sabah Dibubar! Anwat Meroyan lagi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom di sini “hilang” 11 daripada 15 ahli jawatankuasanya yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Mereka ialah antara 22 anggota PKR kawasan itu yang menyerahkan borang penyertaan UMNO selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan cabang dan negeri.
"Tiada apa-apa lagi untuk dipertahankan di Tenom. Semua perjuangan kami dalam PKR sia-sia.

"Kami juga sudah bosan dengan masalah yang berlaku di kalangan pemimpin PKR sendiri,” kata bekas timbalan ketua cabang itu Lampag Kurias pada sidang media di sini.
Lampag berkata, keputusan mereka untuk menyertai UMNO atas kesedaran terhadap kesungguhan parti itu menerusi Barisan Nasional membangunkan rakyat dan menyediakan kemudahan asas di semua daerah.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, pada asasnya PKR Tenom kini bubar kerana kehilangan lebih dua pertiga anggota jawatankuasa. - Bernama

Malaysia Naikkan Harga, Pakistan Turunkan Harga Minyak?

Edisi Tajuk Reverse Psycho Untuk tatapan rakyat Malaysia sekalian yang membantah dan gusar tentang kenaikan harga minyak. Umum tahu bahawa kerajaan negara mana pun kalau boleh tak mahu menaikkan harga minyak kerana akan mengundang kemarahan rakyat.

Tapi apa nak buat, keadaan semasa sekarang ini membuatkan kerajaan tak dapat mengelak dari bertindak sedemikian, Tapi anda perlu ingat, harga Petrol RON97 diapungkan mengikut harga pasaran manakala kerajaan BN yang prihatin dilihat telah cuba sedaya upaya bagi mengekalkan petrol ron95.

Kesian kat Pakistan harga petrol RM3 seliter. Pendapatan dahlah tak seberapa. Majoriti disana berpendapatan bawah RM400 sebulan. Hurmm.. Pikiaqla..

Pakistan naikkan harga petroleum hingga 13%

ISLAMABAD 1 April - Pakistan menaikkan harga minyak petroleum sehingga 13 peratus bermula hari ini, mencerminkan peningkatan harga minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, parti politik membantah langkah tersebut yang dilihat akan menimbulkan kemarahan baru rakyat ekoran peningkatan mendadak kos sara hidup.

Kerajaan campuran dipimpin Presiden Asif Ali Zardari pada bulan lepas mengurangkan separuh peningkatan harga minyak untuk memujuk rakan utama parti yang berundur daripada kerajaan sebagai membantah kenaikan harga minyak pada Januari lalu.

Peningkatan harga minyak itu telah dibatalkan sepenuhnya bagi menarik kembali Gerakan Muttahida Qaumi, parti ketiga terbesar dalam kerajaan campuran itu.

Parti itu sekali lagi mengutuk kenaikan harga terbaru itu sebagai tidak adil dan menggesa kerajaan membatalkannya.

''Rakyat Pakistan sudah berada dalam tekanan akibat kenaikan harga tinggi dan keputusan kerajaan untuk meningkatkan harga minyak akan menambah tekanan itu,'' kata parti itu dalam satu kenyataan.

Parti pembangkang utama dipimpin bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif juga menolak kenaikan itu.

''Kerajaan perlu membendung rasuah dan memotong perbelanjaan untuk meningkatkan perolehan berbanding mewujudkan masalah kepada rakyat miskin,'' kata jurucakap parti itu, Siddiqul Farooq.

Peningkatan terbaru yang berkuat kuasa hari ini menyaksikan harga minyak petrol meningkat kepada 83.56 rupee (RM3.038) seliter daripada 76.58 rupee (RM2.76), peningkatan sebanyak 9.1 peratus.

Diesel light speed pula meningkat kepada 78.98 (RM2.84) seliter daripada 69.91 rupee (RM2.516), kenaikan sebanyak 12.97 peratus. - Reuters

Info Santai Dari AS:12 cara hidup sederhana yang boleh menjimatkan wang yang banyak

Pakat tengok dan amalkanlah ye.. :)
Kadang-kadang cara sederhana ini dapat menjimatkan wang yang paling banyak.

1. Membuat kopi atau minuman sendiri. Kos membeli minuman setiap hari sama seperti 20 hari kerja = per bulan.

2. Menghabiskan seluruh waktu cuti anda dirumah dengan ahli keluarga sehingga anda tidak perlu meninggalkan rumah dan menghabiskan wang di luar.

3. Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di Pasar Petani tempatan... lebih segar nya DAN lebih murah dari hypermarket.

4. Membayar lebih daripada minimum pada kad kredit anda, kereta, pinjaman, dll ... sedikit sebanyak membantu dalam jangka panjang dari anda membayar bunga.

5. Gunakan perkhidmatan awam - cthnya jika saya naik bas ke bandar, harganya RM 1.00. Jika saya memandu kereta saya, kos sebanyak itu hanya untuk parking tidak termasuk tol, minyak dsb..

6. Beli penapis air dan pasang ke rumah anda. setiap bulan air ditapis percuma, lebih ,menjimatkan dari membeli air mineral botol dan dilain2 tempat.

7. Pergi ke perpustakaan. lebih menjimatkan dari membeli sebuah buku atau majalah, atau hanya meminjam dari kawn2 anda.

8. Banyakkan melakukan senaman dan berjogging setiap hari, itu membuat anda lebih baik dari berjumpa dengan doktor dan dengan demikian lebih menjimatkan wang.

9. Membayar bil anda secara online ... lebih menjimatkan masa dan wang.

10. Dapatkan berita anda dari internet dan bukan surat khabar - lebih menjimatkan wang dan kertas

11. Menjual semua barang-barang lama anda di internet .. anda anda tidak mahu, bermaksud
ada orang lain mahukan nya !

12. Potong perkhidmatan tv berbayar.... Kata orang.... di restoran dan kedai makan pun boleh tengok bola.

Kerajaan UMNO BN Rasis Tindas Kaum India

AS: EDISI REVERSE PSYCHO. HANGPA BACA LA SENDIRI BERITA DI BAWAH NI BETAPA KERAJAAN MENJAGA KEBAJIKAN SEMUA KAUM. PINJAMAN TEKUN YANG SELAMA IN DIMONOPOLI OLEH KAUM MELAYU PUN DAH DIBERI KEPADA KAUM INDIA. NAK APA LAGI? DAH BAGI BANTUAN MENIAGA TU, MENIAGA ELOK-ELOK.

P/S:JANGAN TERLALU JAGA KAUM LAIN SAMPAI KAUM SENDIRI TERABAI.DENGAQ2 RAMAI LAGI MELAYU YANG POHON TAK DAPAT-DAPAT LOAN TEKUN NI.

35 Usahawan Muda India Terima Bantuan Kewangan RM285,000

Seramai 35 usahawan muda India menerima bantuan kewangan RM285,000 melalui Skim Pembangunan Usahawan Muda India yang disediakan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) pada Jumaat.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan berkata mereka merupakan kumpulan pertama yang menerima bantuan daripada skim itu, yang baru diperkenalkan awal tahun ini.

Katanya usahawan dari kalangan belia India sememangnya semakin bertambah ramai dalam negara ketika ini, namun sebelum ini tidak ada peruntukan khas disediakan bagi membantu mereka.

Beliau berkata demikian pada satu persidangan media selepas menyampaikan cek bantuan di bawah skim itu kepada kumpulan penerima dari Wilayah Persekutuan, di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat.

Sementara itu Saravanan berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, 259 belia di seluruh negara memulakan perniagaan mereka, menggunakan pinjaman yang disediakan Tekun berjumlah RM2.2 juta.

Beliau berkata program Tekun mula beroperasi pada 2008 dan sehingga kini ia memberi pinjaman berjumlah hampir RM18.2 juta kepada usahawan dari kalangan belia di seluruh negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...