Eksklusif! Entry Khas Harapan dan Luahan Kepada Team Baru Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang


Dengan pembentukan dan pengekalan dalam barisan hadapan BPUNPP ini saya khusunya dan Ahli UMNO Pulau Pinang amnya ingin merayu bawalah pembaharuan carilah pendekatan bagaimana ingin membaikpulih kelemahan-kelemahan di peringkat Bahagian terutama di Bahagian-bahagian yang diwakili kerusi UMNO.
Usahlah terlalu menjaga hati pemimpin-pemimpin Bahagian hingga tidak mahu membuat teguran-teguran membina.

Keunikan barisan kepimpinan yang di pimpin oleh Tok Non ini sebenarya cukup membanggakan di barisi dengan orang yg cukup berpengalaman.
Dengan ketua peneranganya yang mempunyai byk pengalaman di peringkat Negeri dan peringkat pusat.

Pada saya perlantikan Dato Helmi sbg Ketua Penerangan bukankah sesuatu yang membanggakan ramai orang.Bukan saja diperingkat sesama kepimpinan tapi di peringkat ahli sendiri ianya diklasifikasikan sebagai "turun pangkat" dan bagi ahli pula ia di anggap "kitar semula".Nama ini sudah tidak membanggakan serta ahli tidak sangat menaruh harapan serta keyakinan yg tinggi.

Namun kehadiran Dato Seri Reezal sbg Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia seolah ianya memberi nafas baru. Ia seolah biro penerangan ini di apit kemas dan bisa memujuk hati ahli UMNO PP untuk cuba meletakkan "sedikit"harapan.
Kebelakangan ini beliau amat sinonim dgn kerja-kerja agresif termasuk isu "Mamak boleh balik india" yang masih panas di perkatakan.
Harapan kami...Dato Seri Reezal harus kehadapan dalam sebarang perancangan penerangan..kami sudah tawar hati dengan produk"kitar semula"
Tolonglah...bantulah...agar perlantikan ini tidak juga dianggap sia-sia!

Manakala di Biro Latihan, menyaksikan pengekalan jawatan. Salah satu biro terpenting bagi memantapkan ahli dan parti,di terajui oleh Dato'Abd Latif Mirasa,salah seorang pemimpin senior dalam BPUNPP memiliki pengalaman yang tebal serta ekonomi yang kukuh hasil jawatan yg di beri oleh UMNO sejarah serta riwayat seorang pemimpin amat sukar di kambus ianya pasti akan diceritakan dari satu generasi ke satu generasi
Kepimpinan yg baik akan di puji dan di kenang tetapi kepimpinan untk kepentingan diri akan mengakibatkan cemuhan berpanjangan.

Mengikut penceritaan veteren UMNO,tidak ada era terhebat dlm biro latihan melainkan era yang di sebut "era Rahim King", era yg cukup tegas serta bersungguh dalam mengendalikan sebarang program kelatihanan.Apakah pengerusi biro sekarang tidak mampu mengulangi era kegemilangan itu???Era yg di penuhi dan disumbat pelbagai aktiviti latihan dalam diri ahli UMNO PP.

Harapan kami....walaupun selama 3 tahun Dato mempengerusilan biro latihan..namun hanya di isi dgn beberapa program,masih mampu di maafkan.Tetapi di barisan baru ini adalah barisan yg menghampiri cabaran paling getir iaitu penentu yang dahsyat sebagai tali pengukur akan wujudkah lagi Melayu Pulau Pinang atau terus di halau selepas PRU 13 nanti. Jangan sampai melayu akan terus merempat hasil kelalaian serta kerakusan pemimpin.

Di biro Keahlian dan daftar pengundi juga menyaksikan Ketua Bahagian termuda kekal menerajuinya. Perlu diingat! segala program serta belanja yg besar utk aktiviti2 UMNO tidak akan mendatangkan apa2 jika tidak ada kemasukan atau penambahan ahli baru. Apa yang terpenting ialah Daftar Undi dan kaedah mengepung pengundi-pengundi baru. Tidak guna juga pendaftaran yg ramai jika tiada tindakan khusus utk mengawasi mereka.Mereka perlu di isi dgn program-program motivasi dan penerangan yang berterusan.
Yang penting, ingatlah! dalam pilihanraya yang menjadi penentu bukan kepada bendera dan poster yg banyak dan meriah tetapi ianya di pengaruhi oleh"angka"
Angka yg terbanyak itulah yg memenangkan calon!

Seperti yang diduga ramai hanya yang memiliki akedemik yang baik serta kelulusan yang tinggi saja layak utk menerajui Biro Ekonomi. Kejayaan yang besar dalam mengendalikan Program Konvensyen Ekonomi P.Pinang tahun lalu masih dlm ingatan. Malangnya segala perbelanjaan yang besar itu ibarat mencurah air di daun keladi. Setakat hari ini belum terlihat sesuatu yg membanggakan hasil dari konvensyen tersebut dengan tema"menggarap peluang dalam cabaran",program tersebut hanya di lihat sbg program yg tidak bermanafaat berikutan tidak ada langsung usul yang di bawa berjaya di selesaikan dan persepakatan yg di persetujui masih belum ada tindakan.
Apa pun, dari pengalaman konvensyen-konvensyen yang lalu telah membuatkan kami tidak langsung meletakkan harapan yg tinggi diatas keputusan konvensyen tersebut.
Bukan bermaksud kelemahan pengerusi biro, mungkin di peringkat nasional. Pulau Pinang sudah di anak tirikan!

Biro Agama sudah tidak ada calon lagi..melainkan terus di jawat oleh YB Shahbudin Yahya, Ketua Bahagian tasek gelugor.Buatlah apa yg patut yb..hanya yb sorang saja dianggap ulama UMNO di Penang ni.

Dato Rahim Saibu juga di kekalkan di biro pendidikan.Tidak lokek serta mudah bergaul.
Syabas dan teruskan mendekati"bunga-bunga bangsa".

Biro yg baru di wujudkan ialah Komunikasi Maya...
Terbukti aktif dlm mengetuai UMB melahirkan bloger-bloger yang aktif dalam UMB..berkelulusan tinggi serta rajin dlm kerja-kerja amal.
Dr.Novandry antara pelapis muda yg di beri kepercayaan mempengerusikan biro ini.
Syabas dan tahniah.

Mantan Ketua Pemuda Negeri, Dato Roslan Saidin pula diberi tanggungjawab menerajui biro Pemikir dan Golongan Profesional. Tahniah dan syabas.

Ketua Bahagian Permatang Pauh juga dikekalkan di biro kebajikan. Nasib bumi permatang pauh, hanya di bekslkan nasi lemak berlaukan ikan bilis sebagai bekalan untuk mendaki gunung yang amat tinggi.
Sedangkan pengayuh basikal di tanah rata dibekalkan nasi ayam yg mengenyangkan. Bertatihlah

Segala rumusan,luahan dan nasihat di atas bukanlah bererti untuk bercakap pandai. Inilah luahan dari bawah. Luahan yg bukan semua ahli mampu sampaikan. Luahan bagi tujuan kesedaran agar kita berubah. Berubah utk menebus maruah bangsa serta menidakkan kekejaman Komunis DAP.
Ianya tidak bertujuan menyakiti hati serta berkepentingan mahupun di suruh di upah dan di paksa. Ianya satu penulisan yg ikhlas demi memantapkan UMNO P.P.
Saye tak mahu lagi mengulangi kenangan mengurungkan diri dan lembik seluruh badan apabila menyaksikan secara langsung pengumuman keputusan PRU12.
Saye tidak mahu lagi terus menggamit kenangan pahit. Negeri ini jatuh ke tangan sebuah Parti yg paling saya benci iaitu DAP!!!

Jika ketika anak Pulau Pinang memegang jawatan PM.,negerinya terjunam di rampas..
Ketika menteri kewangan dan timbalan menteri kewangan anak jati Pulau Pinang anak negeri ini meronta keperitan hidup.

Kepada Tok Non, ingatlah pada Dato harapan kami kami buang jauh-jauh segala persepsi dan cerita-cerita negatif demi mengimpikan sebuah perubahan kerah kemantapan!
Jika UMNO kembali gemilang, Dato akan di puji. Tetapi jika terus mengecewakan...sejarah akan terus mencaci!

"BERUBAHLAH SEBELUM TERUS REBAH!"

3 comments:

Anonymous said...

Semua di beri tugas baru...Ketua Pemuda Negeri buat apa pulak kali ni...atau masih dengan tugas pegang teloq hayun sana sini lagi ka?...sadisnya...A4 paper ada..tenyeh la dengan tajuk " Saya berkuatkuasa pada hari ini melepaskan jawatan bla..bla..bla..."...baru la gentlemen....ahakkkk

Anonymous said...

singkirkan aje ketua pemuda PP,klu setakat nak pegang jawatan tapi tak tau nak buat kerja buat apa,

Anonymous said...

Agak2 la UMNO boleh menang lagi ka dlm PRU13? Silap2 2-3 kerusi lg terlepas.
Kata2 manis pemimpin UMNO hanya penyedap hati ahli2 saja. Realitinya susah la UMNO/BN nak tawan balik P.Pinang ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...