Hantu dan Jembalang- Eii Takutnya

Rakyat Sarawak Perlu Menolak `Hantu & Jembalang’

TS Muhyiddin minta penduduk Sarawak menolak 'hantu dan jembalang' yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini semasa pilihan raya negeri yang akan datang.

Ini kerana golongan ini boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang merupakan asas terpenting kepada kestabilan politik.

Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara untuk terus maju dan berkembang. Kita kini berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia....TS Muhyiddin yakin hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang.

Tambahnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini lebih dikenali sebagai 'Parti Kian Runtuh' dengan pemimpin dan penyokongnya keluar dari parti itu setiap hari manakala DAP dan PAS mempunyai ideologi yang berbeza dan bercanggah. Sebaliknya, BN dengan 13 rakan politik yang berlainan mempunyai ideologi tunggal untuk berkongsi kuasa untuk membantu dan berkhidmat kepada rakyat

Sumber: umno-online.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...