Taib Mahmud Nak Berundur, Eloklah.. Dah Lama Dahh

Dalam hal ini AS 100% bersetuju dengan pendirian Taib mahmud jika benar. Beliau dah lama dah. bagilah peluang kepadapelapis atau pengganti beliau menunjukkan kredibiliti meneraju Sarawak dengan acuan mereka sendiri.

Segala sumbangan Taib Mahmud kepada Sarawak selama ini sangatlah dihargai. Pemimpin datang dan pergi, namun yang perlu kekal adalah BN itu sendiri dalam mentadbir negeri Sarawak bumi bertuah itu.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting yang bakal mengejutkan banyak pihak hujung minggu ini iaitu tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Barisan Nasional BN bagi mengurangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin veteran itu selain mahu menggunakannya sebagai peluang memperoleh kemenangan mudah kali ini

Difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu yang hampir sama besar dengan Semenanjung Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa “tunggu hingga esok ” -MI


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...