YB Tercedera Semasa Membantu Orang Kampung

Jangan Risau, Tok Mud Ok..Hehe
Bukan cedera teruk pun. Cuma luka di bahagian jari akibat terguris objek tajam.

Cuma post kali ni AS nak ucapkan tahniah dan amat terharu dengan keprihatinan ADUN UMNO Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud B Zakaria @ Tok Mud yang sanggup bangun dari tidur yang lena dan sejuk kerana hujan pada awal pagi tadi pergi ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 15 km dari rumah beliau.

Jam 2 PAGI tadi apabila mendapat maklumat yang mengatakan beberapa rumah rosak di Jalan Baharu Sungai Acheh akibat dilanda ribut, Tok Mud pun bergegas pergi meninjau untuk melihat musibah yang melanda penduduk di kampung tersebut. Beliau turut sama membantu kerja-kerja mengangkat serpihan bumbung dan struktur rumah yang rosak sehingga mengakibatkan jari beliau sedikit luka dipercayai akibat terkena zink bumbung rumah.

Teruskan khidmat bakti anda YB. Rakyat Sungai Acheh memerlukan pemimpin seperti anda yang bukannya hipokrit dan sanggup menikam antara satu sama lain demi kepentingan peribadi. Penduduk Sungai Acheh juga tak menginginkan pemimpin yang hanya bersifat retorik dan hanya pandai cakap saja serta kerjanya mencari kelemahan dan kesilapan orang lain saja.

Semoga Allh swt terus memberikan Tok Mud kesihatan yang baik untuk menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi membantu rakyat.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


3 comments:

Anonymous said...

Syabas kepada Tok Mud semoga Allah swt memberkati segala usaha Tok Mud dan sentiasa didalam perlindungan Allah swt

KELISA DURI said...

Tolong habak kat tok mud kelisaduri ucap tahniah tolong org bukan setakat dengan duit, kederat, peloh malah darah Tok Mud ....

Mohd said...

Nak harapkan ADUN PAS masyallah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...