Penduduk yang berkumpul di hadapan pintu gerbang itu kira-kira pukul 12 tengah hari menjulang pelbagai kain rentang yang antara lain tertera perkataan 1Malaysia menyatupadukan kenapa dipertikaikan, Kami bantah penurunan logo 1Malaysia dan Apa dosa 1Malaysia.
Demonstrasi tersebut berakhir 30 minit kemudian.
Selain demonstrasi itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom akan menghantar memorandum kepada MDKL esok bagi membantah arahan penurunan logo 1Malaysia itu.
Pengerusinya, Ma'min Radiman ketika ditemui berkata, pihaknya menerima notis daripada MDKL malam tadi yang mengarahkan agar logo 1Malaysia yang dipasang tiga minggu lalu diturunkan dengan serta-merta.
Beliau difahamkan, arahan tersebut dikeluarkan kepada MDKL oleh seorang wakil rakyat DAP di daerah ini.
"Gagasan 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, jadi mengapa Selangor yang merupakan sebuah negeri dalam Malaysia dilarang menggunakan logo 1Malaysia?
"Kami mempertahankan logo 1Malaysia yang dipasang pada pintu gerbang tersebut walaupun MDKL tetap bertegas mahu menurunkannya," katanya.
Ma'min berkata, satu lagi demonstrasi akan diadakan di tempat yang sama esok kerana pihaknya dimaklumkan MDKL akan menjalankan operasi menurunkan logo tersebut pada pukul 10 pagi esok.
"Kita akan membuat bantahan berterusan kerana logo 1Malaysia bukan lambang mana-mana parti politik, tetapi ia adalah gagasan yang murni bagi perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Lagipun pintu gerbang dan logo tersebut tidak mengganggu sesiapa sejak ia dipasang tiga minggu lalu," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan supaya menurunkan logo 1Malaysia yang dipasang pada pintu gerbang di Kampung Jenjarom di sini adalah selaras dengan keputusan kerajaan negeri yang melarang logo tersebut diletakkan pada jalan, tanah atau syarikat kerajaan negeri.
Menurut beliau, berdasarkan keputusan tersebut, pihaknya telah mengeluarkan arahan agar logo tersebut diturunkan daripada pintu gerbang berkenaan.
Beliau berkata, arahan tersebut juga dikeluarkan ekoran aduan segelintir penduduk kampung berkenaan yang tidak mahu logo itu digunakan pada pintu gerbang berkenaan.
AS: INILAH ERTI KEBEBASAN ALA PAKATAN PAKATAN HARAM JADAH! MENGAPA PERLU TAKUTKAN LOGO 1 MALAYSIA YANG MEMUPUK KE ARAH PERPADUAN KAUM? TERNYATA ADUN DAP TU SEORANG YANG BERIDEOLOGI KOMUNIS!
1 comment:
komeneh mana yg begitu kurang ajar sekali mengarahkan diturunkan logo 1malaysia...sungguh celaka dan lahanat si komeneh itu...
Post a Comment