Sultan Johor telah meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap tahap kebersihan di Negeri Johor. Inilah yang baginda perhatikan semasa program tahunannya iaitu Kembara Mahkota Johor yang melalui kesemua daera-daerah dalam negeri Johor.
Baginda Sultan Johor, (Sultan Ibrahim) juga membidas terhadap peranan Ahli-Ahli Majlis PBT yang kata beliau hanya tidur dan makan elaun buta iaitu sebanyak RM 500 sebulan.
baginda berpendapat Ahli-ahli majlis ini yang mana majoritinya dari parti-parti politik komponen BN, gagal menjalankan tanggungjawabnya dimana mereka ini dilihat gagal untuk memberi idea atau membuat cadangan bagaimanakah cara untuk memastikan negeri Johor lebih bersih dan indah.
Maaflah, AS terpaksa cakap benda ni. Orang kata, berkata benarlah walaupun pahit. Yang duk duduk kerusi Ahli majlis PBT tu yang mana rasa tadak peranan dan makan elaun buta baiklah berundur sebagaimana yang dititahkan oleh DYMM Sultan Johor.
AS tak mau perkara sebegini memberikan persepsi buruk rakyat terhadap peranan PBT didalam menjaga kebersihan sekitar Johor. Pilihlah dan lantiklah ahli majlis yang lebih efektif dan proaktif didalam menjalankan tugas. Semasa kita ada kuasa ni, pakat-pakat sedaqla. Rakyat sedang menilai! Takkan tak sedaq-sedaq lagi kot? jangan ingat Johor tu fixed deposit BN, hangpa boleh LENA!
4 comments:
tulah, bila negeri kena rampas pembangkang, terkinja2 nak rampas balik. masa ada kuasa ni, masing2 'mengulo' makan hasil. elok pecat je ahli majlis yg pekak ni...
bagus tuanku..tolong tengok siapa dalang yg jual berlori2 pasir ke seberang tambak... kerana pasir ni lah nanti kita kalah macam pulau batu puteh,
ingat umno nak dengar ke? dia orang buat pekak aje ler yob...
Assalam Bro
Bila Tuanku berbunyi adalah yang tak kena dengan pentadbiran kerajaan negeri Johor tu.. MBnya pun dah berkarat kat atas tu.. Gantilah yang lebih baik... PBT tu pun satu hal syok sendiri... Ini kira sejarah saya masa sekolah menengah kat MBSB(EC) Johor Bahru.. Tuanku merupakan Senior saya disekolah masa tu... Daulat Tuanku..
Post a Comment