Gambar ini diambil bukan dibulan puasa. Tapi ketahuilah ramai rakan AS di Ipoh umum sudah mengetahui bahawa inilah tempat untuk membeli juadah untuk ponteng Puasa. Kenapa AS cakap macam tu, kerana apakah pointnyer beli Nasi Ganja ni tengah-tengah hari kalau bukan untuk ponteng Puasa.
Siapa sahaja yang lalu berdekatan kedai ini akan nampak ramai pelanggan melayu yang membeli Nasi Ganja pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Situasi ini berlaku setiap kali hadirnya bulan Ramadhan dan Modus-Operandinya sama setiap bulan Ramadhan yakni beg plastik berwarna hitam dan nasi yang sudah dibungkus siap-siap dan diambil ditepi kedai. Rasanya semua orang Ipoh dah tau hal inikan.
Susah sangat ka nak berpuasa budak sekolah rendah pun boleh Puasa(Rasanya kedai ini tak pernah diambil tindakan padahal dekat dengan Balai Polis. Mana pi penguatkuasa Jabatan Agama Perak?)
Tapi AS yakin senario begini bukan saja berlaku di kedai nasi ganja Ipoh saja kan? AS boleh katakan seluruh Malaysia ada saja kedai-kedai terutamanya Nasi Kandar yang ada pakej 'plastik hitam' yang dibeli selalunya oleh individu 'bertopi keledar' di kala pagi dan tengahari di Bulan Ramadhan kan? La ni dah takda ka penguatkuasa yang cekup kaki tuang puasa naik 'van mayat'?
1 comment:
bukan setakat kedai mamak, kedai cina pun diorang pergi, minummmmmmm air.
Post a Comment