Senarai 24 Lebuhraya Yang Memberi Diskaun Tol Sempena Aidilfitri Tahun Ini

Menjelang ketibaan Aidilfitri pada tahun ini, sebanyak 24 Lebuh Raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima hingga 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini. Antara lebuh raya yang terlibat ialah;

Diskaun Tol Lebuhraya

Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua)
Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT)
Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
Lebuh Raya Pantai Timur
Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIEe)
Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)
Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)
Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)
Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE)
Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga)
Lebuh Raya Smart
Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)
Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK)
Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Lebuh Raya Latar (Percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos)
Lebuh Raya LDP (Percuma pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari )

Selain dari itu, bagi kenderaan² yang membawa muatan berat dilarang sama sekali menggunakan laluan lebuh raya di seluruh negara pada 27 dan 28 Ogos, dan pada 3 dan 4 Sept ini. Kenderaan² tersebut merangkumi lori balak, lori pengangkut bahan binaan seperti simen, besi, keluli, batu pasir dan tanah serta lori pembancuh simen dan jentera berat termasuk kren.

Keputusan tempoh larangan kenderaan barangan berat telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri bagi membendung kadar kemalangan maut pada musim perayaan. Bagaimanapun, bagi kenderaan² yang membawa barangan keperluan harian seperti barangan berkaitan perubatan, barang mudah rosak (makanan dan minuman) dan bekalan gas, dikecualikan.

Akhir sekali, tidak terlalu awal bagi AS untuk berpesan agar berhati-hati di jalanraya semasa pulang ke kampung halaman. Ingatilah orang yang tersayang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...