Isu yang dihadapi penyerang Safee Sali berhubung permit kerja untuk bermain di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) City dikatakan berpunca daripada tindakan kelab itu yang tidak merujuk isu berkenaan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, FAM sedar isu berkenaan akan timbul sekiranya Safee yang kini menjalani latihan selama dua minggu bersama Cardiff City berhasrat untuk terus menyarung jersi kelab tersebut.
Menurutnya, pemilik Cardiff City dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee perlu bertanggungjawab mengenai isu permit kerja Safee selepas pihak imigresen di United Kingdom enggan mengeluarkan permit tersebut kepada pemain itu.
"Isu ini sepatutnya dijawab sendiri oleh pemilik Cardiff City.
"Cardiff City tidak merujuk dengan sekretariat FAM berhubung isu tersebut sehingga saat-saat terakhir sebelum pemain itu berlepas ke London (pada 11 September lepas),” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.
Penyerang sensasi Malaysia itu kini dikatakan menghadapi masalah mendapatkan permit kerja untuk bermain dengan Cardiff City berikutan pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.
Malaysia kini berada di ranking ke-146 dunia.- Bernama
CAMNE NI? HARAPAN UNTUK BERMAIN NAMPAK DAH MACAM CERAH! TIADAKAH CARA LAIN BAGI SAFEE UNTUK MENYARUNG JUGA JERSI CARDIFF CITY?
1 comment:
146 kalau bahagi 2 pun 73, ada lebih lagi 3...
Payah jugak tu...
Post a Comment