Gambar-Gambar Muammar Ghadafi Terbunuh?



Tidak lama selepas berita bahawa bekas pemimpin Libya yang diguligkan, Muammar Gaddafi cedera di kedua-dua kakinya, satu laporan berita dari Al Jazeera menyebut beliau telah terbunuh.

Punca kematian Gaddafi akibat daripada kakinya yang cedera parah selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera pealihan kerajaan (NTC) dengan bantuan tentera NATO yang berjaya menawan kubu terakhir Gaddafi di bandar kelahirannya, Sirte.


Jurucakap NTC, Jamal abu-Shaalah yang juga komander operasi menangkap Gaddafi berkata, semasa ditawan, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak kerana kedua-dua kakinya cedera teruk semasa pertempuran.

Satu lagi laporan menyebut bahawa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang bawah tanah setelah cuba melarikan diri menggunakan lebuh raya menuju ke sempadan Tunisia. Jurucakap NTC yang berada di Sirte, Abdel Majid berkata Gaddafi dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah ambulans.

Majed juga menyebut semasa pertempuran tersebut, ketua turus tentera Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr terbunuh berhampiran dengan tempat di mana Gaddafi ditawan. Agensi berita Reuters turut mengesahkan bahawa Gaddafi terbunuh, sebentar tadi.-aakj -

AS:Inilah bahananya jika ada kuasa asing masuk campur dalam urusan sesebuah negara.
Adakah kita ingin tragedi seumpama ini berlaku di Malaysia?

2 comments:

Anonymous said...

salam
mana negara islam yang tinggal yang berupaya dan berani yang melawan perintah israel dan amarika? iran ? dah kena sanction. iraq ? dah huru hara. libya ? dah jadi apa ? tinggal malaysia aje. ni pun dah nak kena punah dengan agen israel degan kuncu-kuncunya. Perlulah kita mempertahankan malaysia daripada mereka ini.
Selamat berHIMPUN - pertahankan aqidah umat islam malaysia.

Anonymous said...

Kenapa le sampai bunuh2 begini? Nyawa tidak boleh dibeli wang ringgit, tidak boleh dicipta mana2 manusia....tetapi dengan mudah itu saja di ambil orang!

Kenapa le bodoh dan kejam sangat manusia dalam dunia ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...